Kerja isteri yang tak pernah surut, duduk jauh kejap dengan suami pun dia tetap memikirkan tugas hariannya sebagai seorang mak-mak.

Pendek kata, penat tetapi seronok bila dia tahu semuanya teratur dan selesai. Lebih ‘manis’, tengah merajuk pun tetapi dapur berasap.

Macam contoh yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini, orang rumah ni tak reti duduk diam.

 

Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?

IKLAN

Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita.

“Abang dah bangun?”, “Abang dah sampai tempat kerja?”, ” Abang dah lunch?”, ” Abang dah otw balik kerja?” , “Abang dah sampai umah?”, ” Abang dah makan mlm?” Sampaila dia tanya, “Abang dah tido?”

Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah apa pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri. Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami.

IKLAN

Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri. Dan kita yang jadi suami ni, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan… banyak sebenarnya tuan-tuan.

Balik kerja, ada tak kita tanya,

“Macam mana hari ni, ayang ok?” Ada tak mesej dia, “Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni…?”

IKLAN

Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa, kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung.

Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya, even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.

24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita plak asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri? Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan tu… hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA. Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu.

Hadiah dari Allah untuk kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI