Wanita, seorang yang cukup luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Apatah lagi setelah bergelar isteri dan ibu yang mampu lakukan pelbagai perkara dalam satu masa.
Bayangkan, seawal pagi, isteri buat kerja rumah tanpa henti, dari mengemas, memasak, uruskan anak-anak dan banyak lagi. Nalurinya cukup luar biasa, perasaan kasih dan sayang pada anak-anak tak mampu diganti oleh orang lain.
‘Instinct’ seorang isteri dan ibu cukup luar biasa. Sebab itulah suami atai anak-anak jangan sesekali ‘kelentong’, naluri ibu boleh tahu perkara ini. Hebatnya anugerah Allah swt pada seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Boleh bayangkan hati isteri cukup rapuh bila menyentuh tentang kesedihan tapi kentalnya dia sebab mampu harungi walau apa sekali pun rintangan yang mendatang. Cukup luar biasa.
Jadi, suami hargailah isteri. Inilah yang dikongsikan oleh Zulfikarullah Ren tntang pandangannya terhadap seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Setelah 11 tahun hidup sebumbung dan sebantal bersama seorang wanita, saya boleh katakan bahawa wanita yang bergelar isteri ini:
1. Luarannya kelihatan lemah lembut, tetapi dalamannya cukup kental dan luar biasa. Sebab itu zuriat lahirnya dari rahim seorang ibu.
2. Keutamaan hidupnya adalah keluarga. Apa jua yang berlaku, dia akan utamakan keluarga berbanding perkara lain waima dirinya sendiri.
3. Sedih hati dipendam erat. Hanya menangis merintih kepada Yang Maha Esa di saat orang lain sedang lena dibuai mimpi.
4. Air mata terkadang menjadi mahar demi membahagiakan orang tersayang. Jiwa sentiasa kental dikala badai datang menerpa.
5. Terkadang hati sedikit keras. Suara sedikit lantang. Tetapi ianya tidak ada lain kecuali hanya untuk kebahagiaan keluarga.
6. Walaupun terkadang jadi singa, tetapi jiwa dalamannya masih tetap mahu terus dipimpin, dididik dan diajar sehingga layak masuk syurga.
7. Demi anak, segalanya sanggup dikorbankan. Kecantikan, liburan, hobi, semuanya diketepikan demi melihat si kecil tumbuh dengan penuh kebahagiaan.
8. Penat diri tak dapat dirunguti. Bangun seawal pagi dan tidur paling lewat. Dari pagi sampai ke malam ada sahaja pekerjaan yang perlu dilakukan.
9. Seteguh mana sekalipun dirinya, jauh dilubuk hatinya tetap mendambakan belaian dan pelukan kasih sayang.
10. Apabila sudah fedup dengan keadaan atau masalah yang berulang-ulang sama, dia akan memilih untuk terus memendam rasa. Sampai satu masa, dia akan melangkah pergi.
Hargailah seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri.
#MekanikCinta
Mingguan Wanita : Isteri adalah ibu dalam rumahtangga. Tanpa dia, sunyi sepilah sebuah keluarga itu. Percayalah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Mendisiplinkan anak-anak agar mematuhi peraturan dan tugasan harian bukan tugas mudah. Adakalanya anak-anak sukar untuk mematuhi jadual hrian yang mak ayah sendiri aturkan.
Memandangkan beberapa negeri sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah ditutup dan kebanyakan mak ayah pula bekerja dari rumah, pelaksaan jadual ini sangatlah penting. Agar anak dapat mengatur masa,buat kerja sekolah, belajar, berehat, bermain dan sebagainya.
Sebenarnya, menyuruh anak buat jadual sendiri merupakan teknik komitmen didik anak-anak dan mampu memberi kesan berbeza.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ibrahim M Hasan ini.
TEKNIK KOMITMEN DIDIK ANAK-ANAK
Apa khabar anak-anak hari kedua PKPB? Semalam survive ke?
Mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk anak-anak mengikuti jadual yang kita sediakan. Kenapa sukar? Sebab kita yang sediakan, bukan dia sendiri.
Dalam menyediakan jadual, saya menyuruh anak-anak sendiri yang buat jadual tersebut dan saya hanya ‘guide’ sikit sahaja. Bukan kerana saya malas nak buat tapi jika anak buat sendiri, ini akan memberi kesan berbeza kepada mereka.
Kerana mereka yang menulis sendiri, mereka akan lebih rasa ‘punya’ dan memiliki. Ini menjadikan mereka akan lebih komit dan buat apa yang mereka sendiri telah persetujui. Bahkan jika ingin ubah jadual, saya akan suruh mereka ubah sendiri.
Dengan pantauan yang minima, saya hanya akan tanya “jadual sekarang apa?” lalu mereka sendiri akan jawab dan terus buat. Almaklumlah saya juga ‘work from home’ jadi tiada masa sepenuhnya untuk memantau anak-anak.
Dalam teknik persuasion, ini dipanggil ‘komitmen’ bermaksud mereka akan lebih terikat dengan apa yang mereka telah lebih awal persetujui.
Tapi bila dah tengok betul-betul rupanya banyak jugak masa freetime.
Jika teknik tidak berjaya, mungkin akan cuba guna teknik ‘rotan’ pula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi nak mendisiplinkan dan mendidik ana-anak boleh cuba teknik komitmen ini. Suruh anak buat jadual harian mereka sendiri dan ia dapat beri kesan berbeza berbanding bila mak ayah yang sediakan.
Sebagai mak ayah, mendidik anak memang tak mudah. Karakter setiap anak-anak itu berbeza. Ada yang mudah mendengar kata dan ada yang sebaliknya walaupun ‘berbuih’boleh menengur dan menasihatkan mereka. Kita sebagai ‘orang luar’ janganlah mudah menghukum dan tak sepatutnya menegur cara didikan dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Ini kerana perjalanan dan situasi kita mungkin berbeza.
Semalam ada terbaca komen digambar seorang ibu yang berkongsi gambar anaknya tumpahkan beras.. Bila saya terbaca komen tu, saya terus rasa marah.. How could you asked a mother, “Sis tak ajar anak ke.. ?” wow.. Instead of asking someone that stupid and rude question, why don’t you give an advise to help the situation?
Teguran buat ibu-ibu semua,
jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang.
Jangan sesekali mendongak ke langit cakap anak awak behave, anak orang lain nakal..
Jangan sesekali anggap awak hebat, you have good parenting skills while others don’t.
Jangan sesekali tanya orang lain rude question, “TAK AJAR ANAK KE?”
Mana awak tau dia tak ajar anak dia? Mungkin dah berpuluh kali, malah beratus kali dia tegur anak dia, tapi anak dia tetap main.. Mungkin anak dia tak behave macam anak awak? Daripada awak tanya soalan macam tu, baik awak suggest parenting skills awak yang dapat membantu dia selesaikan masalah anak dia main beras tu.
Perjalanan Hidup Kita Tak Sama
Perjalanan hidup kita semua tak sama tau. Awak tau ke kehidupan ibu lain macam mana? Ada yang kena uruskan anak sendiri 24jam, suami takde nak membantu, seminggu, 2 minggu, sebulan, malah setahun. Ada pulak suami ada je setiap hari di rumah tapi tetap tak membantu.. Semua isteri yang uruskan. Suami main game, main fon, tidur.Tak beri kerjasama jaga anak.
Setiap anak pun perangai lain-lain, bukan anak awak sama perangai macam anak jiran, anak sepupu, anak orang lain.. Macam anak saya jugak, Aryan dan Areeq.
Aryan ni, bawak pi mana pun, semua cakap “behave giler anak hang”, “baiknya Aryan dengar cakap ibu”.. Saya bawak Aryan naik flight berdua masa dia umur 2 tahun lebih, penumpang lain, termasuk ‘mat salleh’ puji bagusnya Aryan tak banyak meragam, tak banyak karenah sepanjang 14 jam lebih dalam flight. Tu belum masuk waktu menunggu, uruskan beg dan sebagainya. Lebih kurang 18 jam berdua. Dan aryan beri kerjasama dengan ibu.. Tak susah nak bawak ke mana pun, memang dia dengar cakap ibu.
Areeq pulak belum cukup 2 tahun. Tapi dia punya akal tu fuhh boleh buat ibu tarik nafas dalam-dalam. Bila ibu kat dapur, dia akan cuba apa je cara untuk dia buat keje sekali kat dapur.. Dia akan ambik kerusi, panjat, main air, buka segala almari kabinet, keluarkan barang, panjat meja makan, baling pinggan.
Eyh, ibu tak larang ke? Ofcourse la dah berbuih mulut, dengan rotan semua tak jalan.. Marah pun dia buat tak tau. Cakap baik-baik pun dia buat tak tau.Nangis tak sampai seminit, dia senyum pastu cari kerja lagi. Segala mainan abang dia, semua dia patahkan.. Abang main 5 tahun tak pernah rosak mainan sebelum ni.
So sekarang nak cakap saya pandai ajar anak ke tak? Sebab Aryan behave je, Areeq suka buat kerja. So mak mak ni jangan la cepat melatah tanya soalan “Tak Ajar Anak ke?” for me, it’s rude! Don’t judge other mothers ‘tak pandai ajar anak’ hanya disebabkan anak awak behave. Umpama, mulut awak biadap, orang tanya awak, mak awak tak ajar ke dulu jangan biadap tanya orang macam tu?? See? Memang as parents, kita kena ajar anak kita.. Tapi jangan la sampai macam tu soalannya.Suggest a solution, advise what should she do.
Sekian membebel panjang. Thank you yg sudi baca bebelan pagi ni
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak, jangan mudah menghukum dan menilai cara didikan anak orang lain. Menegur ada caranya. Mereka ada cara mereka sendiri, tak seharusnya bandingkan dengan cara kita didik anak.
Semasa bercinta dulu-dulu, kalau isteri merajuk, cepat-cepat dipujuk. Bila sudah berkahwin, lain pula ceritanya. Isteri merajuk sampai pujuk hati sendiiri. Suami buat tak tahu dan tak kisah pun.
Beza betul, merajuk sebelum kahwin dan selepas kahwin. Begitulah, sebelum dapat sanggup buat apa saja. Bila sudah jadi hak milik lain pula ceritanya.
Semasa awal-awal perkahwinan dan masih muda lagi boleh saja isteri nak merajuk. Bila sudah bertahun kahwin dan kenal hati budi, tiada lagi istilah merajuk. Pujuk diri sendiri. Jangan dilayan pun perasaan itu.
Setakat sekali dua isteri merajuk masih boleh dilayan tapi kalau dah terlalu kerap, boleh naik bosan juga pasangan nak pujuk. Bimbang nanti isteri pula yang makan hati, lagi teruk pasangan mula jauhkan diri.
Nak merajuk kena pada tempatnya, bukan saja-saja buat sampaikan suami pun naik rimas nak pujuk. Perkongsian daripada PUAN DIYANA TAHIR, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd harus diambil kira oleh isteri supaya tidak mengharapkan diri untuk dipujuk, sebaliknya ciptalah bahagia cara kita.
Isteri Bila Merajuk, Belum Tentu Suami Pujuk
Dalam perkahwinan, memang ada pasang surutnya. Kadang-kadang, ada yang bergaduh-gaduh manja, merajuk-rajuk manja. Ada pula yang merajuk macam tiada esok harinya lagi. Merajuk lama-lama sebab suami tak pujuk. Semuanya suami yang kena pujuk. Kalau beginilah keadaan, percayalah suami pun akan lari daripada anda. Suami rasa rimas apabila isteri asyik meminta-minta untuk dipujuk.
Tidak salah kalau nak merajuk. Mungkin anda tak sedar ketika anda merajuk, ada beberapa perkara akan berlaku. Terlalu berharap kepada suami untuk faham apa yang anda rasa dan mencari solusi kepada perasaan anda itu.
Wahai isteri, ketahuilah suami anda tak ada superpower nak baca fikiran anda. Anda terlalu mengharapkan suami untuk bantu anda settle emosi anda, tapi ini sebenarnya hanya akan membuatkan suami semakin menjauh.
Bila suami menjauh, anda pun nak menjauhkan diri juga daripada suami. Sebab apa? Sebab emosi anda masih tak settle lagi. Nampak je suami, mula lah nak rasa benci, meluat tengok suami sedangkan lelaki itu juga lah yang anda pilih untuk bersama dengan anda hingga ke hari tua. Perkara yang paling merisaukan adalah apabila hubungan intim pun menjadi semakin hambar kerana masing-masing melayan perasaan dan tidak mahu mengalah.
Situasi inilah yang akan menciptakan ruang kosong di dalam hubungan anda. Kekosongan itu akan dirasai sama ada oleh anda ataupun suami anda. Kekosongan ini juga lah yang akan membawa kepada hadirnya orang ketiga di dalam hubungan. Apabila suami mula memberi perhatian kepada wanita lain, hubungan anda menjadi semakin retak. Percayalah tindakan andalah yang telah mencipta lubang di dalam hubungan anda.
Perkara ini lebih dikenali sebagai triggering point di dalam hubungan. Perkara inilah yang ramai pasangan buat tanpa sedar kerana mereka sendiri pun tidak tahu tindakan mereka sebenarnya dah trigger pasangan mereka. Bila anda asyik merajuk dengan suami, anda sebenarnya mencabar ego suami dalam diam. Ramai wanita bila mereka merajuk, tanpa sedar mereka akan mengeluarkan kata-kata beracun terhadap suami kerana mereka sakit.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka rasa sakit dan sukar nak keluar dari perasaan tu. Perkongsian kali ini saya ingin mengupas isu yang mungkin ramai wanita di luar sana boleh ambil sebagai iktibar. Sekiranya anda seorang yang suka merajuk tanpa henti, teruskan membaca apa yang anda harus berhenti lakukan!
Berhenti Drama Membatukan Diri
Membatukan diri atau lebih dikenali sebagai silent treatment adalah perkara yang sering wanita lakukan bila mereka merajuk. Mungkin bagi anda mendiamkan diri adalah cara terbaik untuk kurangkan pergaduhan antara anda dan pasangan. Tapi sedarlah, ini juga boleh mencetuskan kemarahan pasangan. Anda diam merajuk dengan harapan nak sembunyikan perasaan anda sedangkan lain pula yang difikirkan suami anda.
Bila anda memberikan silent treatment kepada suami, anda sebenarnya menyakitkan diri anda sendiri. Ia bukan cara terbaik untuk anda mengelak daripada terus disakiti. Ada pula sesetengah isteri merajuk hanya kerana dia tak dapat apa yang diinginkan daripada suaminya. Bila tak dapat je, merajuk adalah jawapannya. Itu salah. Anda hanya memberi lebih pressure kepada suami anda.
Dalam tak sedar, action anda terhadap suami juga akan mempengaruhi dirinya. Anda mungkin dapat mendiamkan diri. Tapi melalui perbuatan anda terhadap suami, suami dapat tangkap ada sesuatu tak kena.
Berhenti hidup dalam penafian
Perkara kedua yang anda perlu berhenti lakukan adalah untuk berhenti hidup di dalam penafian. Bila anda merajuk, anda susah nak mengaku bersalah dengan apa yang berlaku. Anda nak mempertahankan diri anda daripada terus disakiti. Ada saja benda yang anda rasa tak puas hati terhadap suami. Sedangkan, masalah kadang-kadang datangnya daripada diri anda sendiri.
Anda tak nak menyalahkan diri anda dan anda mula nak menyalahkan orang lain. Bila merajuk, anda lebih cenderung untuk melakukan perkara ini. Ye lah, pernah ada ke orang yang merajuk dengan suami sebab salah diri dia sendiri? Bagi saya, orang yang merajuk itulah yang sebenarnya menyalahkan orang di sekelilingnya.
Inilah sikap denial yang kerap para isteri lakukan. Mungkin sebahagian daripadanya berpunca daripada suami anda. Tapi sebelum anda merajuk memanjang, tanya pada diri anda terlebih dahulu, adakah anda ada membuat sebarang kesilapan hingga membuatkan suami anda mula buat perangai ? Jangan terus nak defend diri kerana menganggap kesalahan itu 100% adalah kesalahan suami.
Suami akan rasa rimas bila anda asyik meletakkan salah kepada dirinya sahaja setiap kali anda nak merajuk. Semuanya salah suami dan anda pula perasan suci tanpa sebarang dosa dalam perkahwinan ni. Bila suami rimas, ada possibility untuk suami mencari ketenangan di tempat lain. Perkara inilah yang kita perlu elak.
Urus emosi dan berkomunikasi secara bijak bersama pasangan
Untuk mengelak perkara di atas terus berlaku di dalam rumahtangga anda, anda harus mula mencari ilmu bagaimana untuk merawat hati, mengurus emosi dan berkomunikasi secara bijak untuk menjemput bahagia kembali di dalam rumahtangga anda. Urus emosi yang menyebabkan anda merajuk tu tanpa perlu bergantung kepada suami sahaja.
Elak Gaduh, Cipta Bahagia
Cipta bahagia anda sendiri kerana anda kehilangannya semasa anda meletakkan harapan kepada suami untuk pujuk anda. Bila anda merajuk, anda sebenarnya telah memberi kunci kebahagiaan anda kepada suami anda. Anda terlalu mengharapkan suami untuk bantu anda settle emosi anda.
Ramai wanita, bila mereka dah berkahwin, mereka lupa diri mereka yang dahulu. Sebab apa? Sebab mereka terlalu bergantung kepada suami dan anak anak mereka sehingga mereka melepaskan apa yang membahagiakan mereka dahulu.
Perkara penting di dalam hubungan antara pasangan adalah komunikasi yang jelas. Tanpanya, banyak perkara yang akan menjadi penghalang untuk anda capai bahagia bersama suami anda. Mungkin ada yang memandang remeh tentang komunikasi ni. Tapi, ini juga adalah salah satu kunci kepada keharmonian rumah tangga.
Tapi, jangan terus berkomunikasi dengan perasaan yang masih belum settle. Anda hanya akan mengeruhkan keadaan. Cari apa yang boleh bantu anda settle emosi anda terlebih dahulu dan bila anda dah tenangkan diri anda, start untuk berkomunikasi dengan suami anda. Teknik telling the truth adalah cara yang paling baik untuk anda baiki hubungan anda bersama pasangan.
Mungkin ramai yang berpendapat teknik telling the truth sangat mudah. Tapi, ada perkara yang anda perlu elak bila nak amalkan teknik ni. Teknik ini tak akan berjaya kalau anda menyalahkan pasangan anda sahaja. Ini hanya akan membawa kepada pergaduhan yang lebih besar lagi.
Jadi, amalkan teknik ni secara jujur dan tenang tanpa perlu menyalahkan siapa-siapa. Katakan kepada suami apa yang menyakitkan anda dan apa yang anda nak di dalam hubungan anda bersama suami. Ingat, jangan pernah salahkan suami kalau nak berkomunikasi dengannya. Anda hanya akan trigger suami okay.
Jangan lakukannya hanya sekali dan jangan rasa sedih bila suami tak memberi respon. Apa yang penting adalah diri anda. Anda dah melepaskan emosi anda tu dan boleh fokus kepada benda lain. Anda akan dapat rasa ketenangan hati bila dah let go. Bermula dari sinilah, anda boleh menjemput bahagia.
Mungkin awal-awal perkahwinan bolehlah nak merajuk bagai. Tapi bila dah ada anak, tak perlu nak layan semua tu, buat rugi masa saja!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...