Isteri sebelum kahwin bukan main cantik, bukan? Bila dah kahwin urus anak-anak, suami dan rumah tangga semua mood nak melawa hilang entah ke mana.
Jangan pula fikir sebab sudah ada suami, kaum isteri tak perlu melawa ya! Kena beringat, lelaki cukup suka tengok benda cantik. Walau mulutnya kata tak kisah atau guna ayat, “Tak yah bergaya lah isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA!
Dari sudut pandangan seorang suami, Muhammad Ahmad ada kongsikan kenapa isteri patut melawa walau cuma duduk rumah, jemput baca…
Isteri Kena Melawa
Isteri ini ibarat bunga yang paling cantik, mekar mewangi. Bunga ini jika tidak dijaga akan layu, akan rosak, tidak sedap di pandang.
Manakala suami adalah BAJA dan BENTENG bagi sang bunga.
Ads
Baja bagi seorang isteri adalah KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Dan benteng untuk jaga ‘bunga’ ini adalah TANGGUNGJAWAB dari suami yang SOLEH.
Namun bunga kena pandai hargai bajanya.
Ads
Untunglah Suami Kalau Isterinya…
Seorang isteri yang hargai suami akan berusaha kelihatan cantik di mata. Penat macam mana pun berusaha cantik di mata suami, layan suami dengan baik, lemah lembut apabila berbicara.
Bibirnya sentiasa merah, lembab dari lipstick, mengenakan mascara atau natural makeup membuatkan mata tidak puas memandang. Kejap kejap nak tengok, kejap kejap nak tengok.
*ish lawa bebeno isteri aku ni.
Ads
Jangan Puas Melawa Depan Suami
Apalah kiranya jika berpakaian yang menyukakan suami. Rambut kelihatan lembab sentiasa. Yang buatkan suami rasa kagum, wow, jatuh cinta lagi, tiidak puas memandang, tidak mahu sikit pun memandang wanita-wanita lain hatta model terkenal sekali pun.
Dan berwangi-wangianlah dirumah dari wangi yang paling suami suka, wangian khas untuk sang suami sahaja. Suami penat balik kerja terus segar saat membuka pintu.
Rugilah jika isteri hanya berlawa, berwangian, bermakeup untuk ke pejabat, ke majlis rasmi, ke pasar raya, tatap facebook sahaja. Sedangkan di rumah?
“Tepuk dahi tanya diri”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap manusia itu tak dijadikan sempurna. Ada kekurangan dan kelebihan. Coretan seorang kakak tentang adiknya ini menarik perhatian Mingguan Wanita. Ini kerana, adik wanita ini lengkap serba serbi, jauh beza dengan kakak ketika kakak sebaya usianya.
Tapi lihat apa jadi, jika ibu bapa mendidik anak-anak dengan sabar dan tenang. Akhirnya, hidayah tuhan menerjah ke jantung hati. Hubungan adik-beradik, begitulah. Sentiasa saling mengasihi, dalam menegur sarat ikhlasnya.
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian itu. Bak kata Qhalida Qaseh ini, perancangan Allah itu cukup cantik. Teruslah membaca agar anda faham betapa kasih sayang adik beradik dan dorongan suami mampu menjadikan seseorang wanita hebat.
Adik nombor 3, mengaji Al-Quran macam baca novel. Ade kat tangan selalu. Kalau dia datang KL dia lah yang tegur akak dia ni selalu (dia bukanlah alim sampai berpurdah, tak adalah 24 jam bertutup,tapi depan bukan muhrim insya-Allah terjaga ajnabinya)
“Sembahyang biar cukup, Allah bagi Along rezeki banyak sangat-sangat, serba serbi cukup tapi kalau tak solat tak berkat.”
Dia adik paling banyak dan paling jaga solat. Kalau keluar dengan dia memang kena wajib masuk waktu berhenti solat. Dia tegur tak ada kasar-kasar, slow-slow and steady ja. Kiranya dia dakwah aku slow-slow.
Dalam adik beradik aku,aku paling King.
Maybe sebab dibesarkan dengan cara didikan berbeza. Adik-adik aku 4 orang semua tahu kalam Allah.
Tapi aku baca Al-Quran menghafal ja 1 Quran kecil, Bila tegok Al-Quran blurrrr…sebab tak mengeja. Haram tak tahu sepatah apa.
Akulah kaki club (bukan kami minum, kaki dadah). Sekadar menari(kawan-kawan tahulah saya dulu macam mana). Akulah paling seksi, paling degil, paling menyusahkan…hahaha
Tapi bila aku start kenal suami aku. Aku slow-slow berubah. Semua tu slow-slow. Tak ada drastik. Aku bertudung pun bila Adam lahir (ikhlas kerana Allah). Aku punya degil suami aku pun kata aku kepala batu (ampun Aby)
Semua kata aku dan suami berubah gila-gila. Aku pilih suami aku sebab dia paling hebat. (Abang-abang angkat aku semua tahu dia first love aku)
Betapa Allah sayangkan kami..
Famili-famili semua sayangkan kami,ikhlas dengan kami.
Jadi kepada ibu bapa, nasihat aku.. Janganlah kau sumpah anak-anak yang nakal,anak-anak yang degil, anak-anak yang umur bawah 23 tahun. Kerana mereka belum cukup matang.
Mana tahu anak-anak yang kau sumpah, kau maki, kau hina akan jadi anak yang baik anak yang berbakti.
Rahsia Allah itu cantik.
Jaga dan kasihi mereka kerana mereka hadir sebagai amanah. Baik dan buruk mereka ikut acuanmu.
PS: Adik saya ni belajar pandai selalu. Setiap sem dekan, mengemas pandai, semua pakej lengkaplah sebagai calon menantu…
Selain rapat dengan adik beradik, Qhalida juga pandai menyimpan duit. Di facebooknya, Qhalida turut berkongsi cara dia membuat tabungan.
Walau syiling pun disimpan dengan konsisten. Tengok hasilnya.. memang terpukau.
Hari ini pecah tabung. Barang-barang akikah baby Adam pun mama beli pakai duit syiling tau. Pecah tabung yang penuh hari tu dapat RM300.
Jangan main-main dengan syiling ni, nampak berat ingat sikit sekali kira mahu RM300.
Ini hasil tabungan papa.
Papa Adam lah yang suka simpan syiling. Setiap hari mesti dalam 4 ke 5 ringgit syiling. Belanja-belanja mesti dapat syiling. So dia memang kaki kumpul syiling.
Tabung duit ni tabung mama. Mama paling suka simpan RM50 dan RM100 sekarang. Ini balance belanja setiap hari.
Setiap hari perbelanjaan kami RM200 sahaja. Itulah duit makan, tol, minyak dan beli apa-apa. So tak boleh lebih RM150. Kalau lebih pun mesti barang-barang yang penting dan besar nilainya.
So setiap hari mesti ada lebih RM50+
So simpanlah.
Ini saja dekat RM2k. Akikah Adam nak guna duit-duit ini saja. Duit beli lembu dan barang-barang masakan dah bagi pada tokmek masa dia balik.
Yang ni duit doorgift pada tetamu dan beli jajan sebab mama Adam nak buat candy buffet.
Pelamin akikah pula semua area Besut tak ambil dah, sebabnya Pantai Timur ni pantang hari besar ade je gulai…hahaha
Memang limited lah..lagipun sana bandar kecil saja so memang ade 4 butik pengantin dan semuanya dah fully.
Takpelah buat biasa-biasa asalkan meja candy buffet ada. Ini nak seronok-seronok dengan anak-anak Besut je ni. Sebab almost yang datang kenduri ni orang-orang tua dan family yang ada anak.
Perempuan atau lelaki mempunyai sifat dan perwatakan yang berbeza. Itu memang pasti. Tetapi sebagai seorang bapa, antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana agak sukar untuk dibesarkan dan
dididik? Ini Jawapan 4 lelaki yang Mingguan Wanita hubungi.
“Kesukaran mendidik anak lelaki atau perempuan bergantung kepada persepsi ibu bapa. Ada yang cenderung dan bersungguh-sungguh mendidik anak lelaki, maka terabailah anak perempuan, akhirnya
sukar untuk mendidik.
“Begitu juga sebaliknya. Setiap anak lelaki dan perempuan mempunyai naluri berbeza. Kegagalan ibu bapa memahami kehendak semula jadi anak lelaki atau perempuan akan menyukarkan proses didikan anak-anak Maka timbullah isu anak lelaki dengan dadahnya dan anak perempuan dengan jantannya,” Abdul Mutallib Samad
“Kalau hendak jawapan terus memang susahlah sebab anak perempuan ada manja lebih. Sebenarnya kalau dari kecil anak lelaki lebih sukar dididik kerana kalau kita tidak mendisiplinkan mereka, terlalu
banyak gejala terutama geng rempit, dadah, seks rambang menunggu mereka.
“Tetapi bila mereka sudah akhir remaja, perempuan pula jadi sukar untuk kita didik kerana mereka mula hendak berkenalan dengan lelaki, disko dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, lelaki atau perempuan sama sahaja. Tidak susah pun mendidik anak-anak. Kadang-kadang kesukaran untuk mendidik anak-anak adalah kerana ibu bapa yang bermasalah,” Syed Farieh Yahaya
“Bagi saya anak lelaki. Banyak sebab saya kata begitu. Anak lelaki ini degil dan jarang mendengar teguran daripada ibu bapa. Mereka juga senang dipengaruhi oleh kawan-kawan, Selalu lebih suka mendapat teguran atau nasihat daripada kawan dahulu.
“Anak lelaki ini suka menolong kawan. Antara keluarga dan kawan, mereka pilih kawan di tempat pertama. Mereka juga mudah terpengaruh untuk merokok. Selain itu anak lelaki ini jarang membantu kerja rumah kalau tidak dipaksa. Mereka juga kurang kemas berbanding anak perempuan,” – Samuel Tan
“Setiap anak adalah anugerah Tuhan yang seharusnya dijaga sesempurna mungkin oleh ibu dan bapanya dengan penuh tanggungjawab, tanpa mengira jantina. Setiap anak mempunyai karakter tersendiri dan harus ditangani dengan bijak.
“Anak lelaki mungkin lebih tangkas menggunakan kemahiran fizikal dan amat mudah diajak untuk bermain di luar rumah misalnya. Anak perempuan pula selalunya lebih tekun dan mudah memahami pengetahuan atau maklumat baharu.
“Sebagai ibu bapa, kita tak seharusnya mengongkong kecenderungan anak-anak. Sebaliknya menjadi penyokong dan pendorong kepada mereka untuk membina rasa kasih dan sayang yang berpanjangan sebagai sebuah unit keluarga.” Prof Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri,
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran, Allah.. sejuknya rasa hati yang mendengar. Kita yang orang luar pun dah rasa seronok, mak dan ayahnya lagilah bahagia.
Akui ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27 anak tunggalnya itu, Ahmad Ziyyad Bin Mohd Zahir sudah memahami, kenal ABC dan nombor sejak berusia 8 bulan.
Agar lebih dekat dengan jiwa mak-mak, MW menghubungi ibu hafiz cilik ini bertanyakan apakah amalan-amalan yang menjadi sandarannya sejak mengandungkan Ahmad Ziyyad, melalui fasa berpantang sampailah sekarang.
Sepanjang mengandung saya amalkan membaca Al Quran dan beri Ahmad Ziyyad mendengar audio. Baby dalam kandungan dah boleh dengar dunia luar rahim.
Semasa hamil, ibu ini mewajibkan dirinya membaca surah-surah ini setiap hari. Iaitu surah Al Mulk, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan surah Al Kahfi.
Makanan semasa mengandung pun Nurul Shahida menjaga dengan penuh teliti. “Saya tak ambil minuman atau makanan yang ada kandungan kafien, makanan jajan pun saya tak makan.”
Dalam tempoh berpantang, tak adalah amalan-amalan yang lain. Saya berpantang macam biasa. Cuma sejak hari pertama dia lahir, saya dah beri dia dengan Al Quran.
Saya selalu pasang audio ngaji. Malah Saya selalu pasang juzz amma dalam kereta. Qari kanak-kanak pilihan saya untuk Ziyyad. Tak pernah pasang lagu-lagu dengan hiburan-hiburan dalam kereta.
Saya tak nak bagi hati dia gelap. Susah nak terima ilmu. Qari favourite Ziyyad, Muzammil Hasballah dan Mishary Rashid. Yang ini saya selalu pasang di rumah sambil-sambil dia main.
Saya gantikan hiburan lagu kanak-kanak dia dengan Al Quran.
Kerjaya Nurul Shahida sebagai pemilik butik pengantin memerlukan wanita ini bergerak sentiasa. Ziyyad tak pernah ditinggalkan. “Kalau saya pergi setting pelamin pun saya bawa dia sekali.
“Tak pernah tinggal, 24 jam ada dengan saya.”
Selalu saya baca Al Quran bagi rangsang minat dia untuk ikut baca Al Quran sekali. Lepas maghrib, dia dah tau dah. Selesai saja solat dia akan ambil Al Quran, buka mana-mana surah yang dia nak.
“Saya tolong bacakan sepatah demi sepatah ayat untuk dia ikut. Lama-lama dia jadi lancar dan cam ayat Al Quran itu kat mana mula dan berhenti baca kat mana.”
Sejujurnya saya bukan jenis penghafaz Al Quran. Tapi sejak ada anak, saya berusaha untuk menghafaz sekali dengan Ziyyad supaya dia boleh ikut contoh yang terbaik daripada saya dan suami.
Banyak surah-surah yang saya hafal dulu untuk tunjuk ajar dia hafal. Bila Ziyyad biasa dengan Al Quran, ilmu-ilmu lain pun dia senang nak terima. Alhamdulillah sekarang dia dah mula pandai membaca. Alhamdulillah..
12 keping gambar ini antara contoh lain yang mak ayah boleh ikut. Ini cara nak bagi anak lebih peka dengan persekitaran, merangsang kebijaksanaan mereka melalui 6 deria yang ada di sekeliling mereka.
“Dari zaman yadd bambam lagi setiap apa yang yadd tengok dan pegang, umi perincikan benda tu. Ciri seperti warna, bentuk, tekstur, rasa dan bilangan. Tengok kat setiap gambar-gambar umi terangkn satu-satu.”
Banyak lagi perkongsian ilmu keibu bapaan yang dekat dengan jiwa mak-mak yang boleh dicontohi dalam facebook Nurul Shahida.
Semoga mak-mak di luar sana akan dapat mengikut jejak langkah Nurul Shahida yang melatih anaknya dengan memulakan latihan pada dirinya sendiri. Agar diri mak itu sendiri dapat menjadi teladan untuk anak ikuti.