Perkahwinan merupakan satu ibadah. Penting setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga memperbetulkan niat sebenar untuk berkahwin adalah mendapat keredhaan Allah. Bukan untuk suka-suka dan mengikut hawa nafsu sahaja.Isteri merupakan amanah Allah untuk dipimpin dan bimbing oleh para suami agar sama-sama dapat masuk ke syurga.
Perbanyakkan berdoa agar mahligai yang dibina berkekalan dan tidak roboh ditengah jalan.
Berikut perkongsian daripada penceramah motivasi dan kekeluargaan Ustaz Ebit Lew sebagai panduan;
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya.
Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Isteri Amanah Allah
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ads
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Cari Niat Awal Nak Kahwin
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
Ads
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Baik ustaz..
Ajak Belajar Agama
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
Ads
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…
Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..
Pohon doakan oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah untuk yang bujang dan yang dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
Ebit Lew
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menjadi panduan buat para suami dalam melayani dan membimbing para isteri.Sekaligus mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
Rupanya masih ada lagi yang salah faham tentang adik beradik betul dengan adik beradik tiri. Kalau dari mak dan ayah yang sama dah tentulah ia adik beradik kandung. Tapi macam mana nak tahu adik beradik tiri pula.
Jangan ambil mudah perkara ini sebab ada kaitan dengan mahram dan bukan mahram, boleh berkahwin atau tidak boleh berkahwin.
Hayati perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus tentang beza adik beradik betul dengan tiri.
Dalam perkongsian video ini ustaz Azhar Idrus mengatakan ada 4 jenis adik beradik yang boleh kita bezakan.
1. Adik beradik kandung – Bila mak dan ayah yang sama.
2. Adik beradik satu ayah – Bila ayah yang sama dan mempunyai dua isteri. Hanya mak yang lain.
3. Adik beradik satu mak – Bila mak kahwin ramai..kahwin dan cerai. Setiap bekas suami ada anak.
Kesemua adik beradik (1-3) ini adalah mahram, tidak sah kahwin dan tak batal air sembahyang, tidak wajib tutup aurat (rambut).
4. Adik beradik, mak lain ayah lain – Bila mak kahwin dengan suami yang ada anak. Mak ada anak dan suami baru ada anak. Inilah yang dipanggil adik beradik tiri.
Mingguan Wanita: Baru tahu dan faham. Ingatkan adik beradik tiri bila mak kita kahwin dengan suami lain, ada adik hasil bersama suami baru, dipanggil adik beradik tiri. Salah rupanya.
Coretan Bonda Rozita Ibrahim mengenai teguran mesra buat anak-anak agar menjaga mak ayah sakit di laman Instagramnya mengundang sebak netizen. Coretan itu lahir dari hati seorang ibu yang mengharapkan anak-anak sudi merangkul dan menjaga andai satu hari mereka mula jatuh sakit.
Dalam posting tersebut, Bonda Rozita berpesan agar anak-anak tidak membuang gambar-gambar masa kecil kerana masa tidak akan berulang kembali. Hanya menerusi gambar itulah dapat dikenang zaman kanak-kanak bersama mak ayah.
Sila hadam perkongsian Bonda Rozita ini, semoga ianya mampu menjentik hati kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak, dulu kamu dalam perutku. Dewasa kamu dengan tenaga dan tangisanmu keutamaan kami setiap detik. Kamu semua tak dengar dan lihat kesukakaran kami. Marah dan bebel kami yang anak-anak lihat itu sayang dan amatlah kelelahan kami bekerja untuk keselesaan kamu.
Kalau nak diingatkan dulu…tangan inilah menjaga dan mencari nafkah untuk kamu. Badanmu dah tak boleh nak didukung seperti dulu. Makin panjang badanmu…makin dewasa kamu tak dapat ku kejar lagi ku cubit atau marah lagi.
Yang mampu kami buat ialah memimpin dengan nasihat keagamaan dan kami menangis kecewa, tetap mengharap kebaikan dengan berlimpahan doa dari jauh saja. Bila anak-anak semakin membesar, tingginya saja dah sama dengan badan kami. Tak dapat kami nak memegang bahu anak.
Lama kelamaan si anak pun semakin tinggi badan dan semakin kuat. Mak pula makin lemah dan uzur. Sudikah agaknya mereka mendukung kami tua, hodoh, uzur dan semakin membongkok. Risaunya kami kalau tua dipimpin seperti budak kecil. (Janganlah umurku menyusahkan anak-anak).
Saat mak ayah mula jatuh sakit…sudikah sebagai anak merangkul dan menjaga kami seperti kamu kecil. Suatu saat nanti tiba giliran si anak memandikan orang tuanya (kematian). Ingatlah bahawa tangan yang dingin itu pernah menyentuh kepala dan badanmu dan selalu mendoakan kamu.
Tangan yang disentuh itulah yang pernah memimpin kamu ke jalan benar. Tolonglah ingat…ketika kamu memegang bahu mereka, ingatlah bahawa dagumu pernah menyentuh bahu si tua ini sewaktu mereka mendukung kamu…
Perkongsian Bonda Rozita mengundang sebak di kalangan netizen.
Sentiasa Doakan
Ujarnya lagi, mak ayah tidak lelah berjuang membesarkan anak-anak sebaiknya dan memberi kecukupan dalam setiap anak-anaknya. Doa sentiasa mengalir dalam setiap nafas mereka. Anak yang soleh dan solehah pasti merasakan mak ayah berlian di hati mereka.
Di akhir bicara, wanita anggun ini menitipkan pesanan agar anak-anak sentiasa ingat pengorbanan orang tua dan mendoakan mereka ke syurga . Semoga Allah sentiasa menjaga dan menyayangi mak ayah kita dunia akhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizalketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema
Tip Bagus Doktor Beri
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.
Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Setiap kali bulan puasa mak-mak jangan lupa menu wajib iaitu sambal sardin.Kali ini Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...