Tiada perkataan yang mampu diungkapkan apabila mendapat tahu isteri hamil. Begitulah perasaan Issey Fazlisham apabila bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi.
Keterujaan pelawak, pelakon dan penyampai radio ini diluahkan menerusi entri di Instagram miliknya. Apatah lagi isterinya Noor Aimi Jamel kini sedang mengandung lima bulan.
Issey Bakal Timang Anak Kandung
Sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Issey yang begitu teruja baru memahami bagaimana perasaan seorang lelaki yang bergelar ayah.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah.
“Sesungguhnya Kau Maha Agung Ya Allah. Mungkin ni pengalaman pertama Issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua,” tulis Issey.
Isteri Bersalin September Depan
Ads
Issey dan isteri mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Masing-masing pernah mendirikan rumah tangga bersama pasangan terdahulu namun menerusi perkahwinan pertamanya, Issey tidak dikurniakan zuriat. Isteri Issey dijangka akan bersalin pada Ogos atau September depan.
“Kami berdua sebenarnya sedang memikirkan macam mana nak pujuk Cataleya yang nak sangat adik perempuan,” terang Issey yang memberitahu anak tirinya itu menangis apabila diberitahu dirinya bakal dapat adik lelaki. Cataleya sebenarnya berharap benar akan dapat adik perempuan.
Rezeki Dapat Anak Lelaki
“Jika diberi kesempatan saya teringin nak anak perempuan kerana kini bahagaia menumpang kasih dengan dua anak lelaki Aimi menerusi perkahwinan terdahulu isteri.
“Itu hasrat sayalah, tapi nak buat macam mana, rezeki dapat anak lelaki. Apa pun, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah SWT ini.
“Semoga dengan rezeki kurniaanNya ini, saya mampu berusaha untuk menjadi seorang bapa yang mithali dan melakukan yang terbaik buat keluarga kecil kami ini,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Utusan Online.
Sumber Foto: Instagram Issey
Sumber: Utusan Online
Ads
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Demi rakaman gambar sempurna, wanita ini sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas.
Macam-macam kepuasan manusia sekarang, kadangkala demi mengejar “content” dan viral mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri.
Tak dapat bayangkan jika kejadian ini meragut nyawanya, pasti ia menjadi tragedi hitam sepanjang hidup.
Demi Rakaman Gambar Sempurna
Demi mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan sempurna, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir lemas, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi satu kilp video yang tular di media sosial, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto.
Wanita Ini Sanggup Bahayakan Nyawa
Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.
“Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini,” kata wanita tersebut dalam video yang dirakamnya.
Minta Selamatkan Kamera
Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut yang naik ke darat, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan terus merakam gambar tanpa membantunya.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kejadian tersebut.
“Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?” komen seorang pengguna.
“Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kisah ini harus dijadikan pengajaran buat anak-anak remaja yang terlalu mengikut pengaruh media sosial atau mengejar viral. Jangan dek kerana hendak mengejar populariti sanggup lakukan perkara tak masuk akal dan membahayakan nyawa sendiri.
Kadang-kadang jauh di sudut hati teringin sangat nak buat baik dengan orang. Dalam erti kata lain nak berdakwah dengan nasihat wanita lain tentang agama. Tak semua orang yer, dapat terima teguran daripada orang lain. Walaupun kita dah gunakan ayat paling baik dan bahasa yang halus, manusia tetap mudah melatah lagi-lagi wanita yang halus jiwanya.
Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang wanita yang cuba berdakwah pada wanita cantik yang tidak mengenakan hijab. Padanya biarlah kita tidak nampak alim, namun kita tidak pernah lupa menyebarkan kebaikan.
Sejak awal, dia, Musalmah (bukan nama sebenar) sedar bukan mudah untuk menyampaikan kebaikan, tetapi dia cuba mendidik jiwanya untuk cuba mendidik orang sekeliling untuk berubah kebaikan.
Mengajak berbuat jahat adalah lebih mudah daripada mengajak orang berbuat kebaikan, percayalah. Namun hatinya utuh memegang kata Almarhum bapanya agar tidak henti sebarkan aura positif kepada orang lain biar pun kita tidak sebaik atau sealim mana.
Kadang-kadang selain mendidik orang, jiwa kita juga secara tidak langsung mendapat isyarat agar tidak melakukan perbuatan mungkar dan tidak menepati syariat Allah.
Pernah sekali, Musalmah mengajak rakannya bersolat ketika berada di universiti setelah hampir satu semester mereka berkongsi bilik di universiti. Tidak lama kemudian, rakan biliknya menukar bilik atas alasan Musalmah sibuk menjaga soal tepi kainnya.
Kadang kala Musalmah mencuba menyusun ayat agar tidak menyinggung hati mereka yang ditegur, tetapi masih juga mereka beraksi negatif apabila disapa gadis ini. Namun kejadian tiga tahun membuatkan hati Musalmah benar-benar luluh. Kala itu, dia baru sahaja mendapat tawaran kerja. Salah satu persiapan yang dilakukan adalah melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi menjimatkan wang, dia melakukan pemeriksaan tersebut di hospital kerajaan.
Mendapat satu-satu perkhidmatan di hospital kerajaan sememangnya makan masa agak lama, maklumlah caj yang dikenakan rendah dan ada sesetengahnya pula percuma. Jadi Musalmah sedari awal cuba memperuntukkan waktunya dengan membaca ayat suci Al-Quran secara perlahan. Bimbang mengganggu orang di sekelilingnya.
Ramai yang memandang tingkah laku Musalmah, malah tidak kurang juga yang kurang senang dengan tindakannya. Lebih pedih ada yang berbisik seolah-olah Musalmah cuba berlagak alim. Lalu Musalmah menyimpan semula Al-Quran dalam beg tangannya dan seterusnya menunggu gilirannya tiba.
Gadis Angkuh Menyinga
Seorang demi seorang berganti pesakit duduk di sebelahnya. Namun kelibat gadis cantik berskirt pendek benar-benar menjentik perasaan Musalmah. Hati gadis ini meronta-ronta ingin menegur keterlanjuran gadis yang tidak segan-silu membuka auratnya, tambahan lagi hospital merupakan tempat awam dan terdapat ramai orang.
Pada awalnya, ada bisikan halus menghalang Musalmah untuk terus menegur. Tetapi akhirnya terluah juga teguran tulus dari Musalmah. Sebaik mungkin gadis ini menyusun ayat, tetapi wanita cantik tadi terus menyinga dan cuba menarik tudung Musalmah.
Katanya sebaiknya Musalmah diamkan diri dari menegurnya. Sekali lagi Musalmah cuba menegur gadis tersebut, bayangkan jika malaikat maut datang menjemput anda sekarang, apakah tindakan anda? Gadis tersebut dengan angkuh menjawab, “Kalau malaikat maut datang sekali pun, aku akan menghalaunya”.
Musalmah yang terkejut terus menuju ke bilik rawatan apabila nombornya dipanggil. Usai membuat beberapa pemeriksaan, Musalmah keluar untuk pulang ke rumah. Kala itu, dia ternampak wanita tadi dikerumuni doktor dan jururawat. Dia telah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba lalu menghembuskan nafas terakhir.
Musalmah berasa sedih apabila gadis tersebut mendapat pengakhiran sebegitu dalam usianya yang masih muda. Dirinya berdoa agar gadis tersebut diampunkan dosa-dosanya dan rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman. Aamiin…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
100 Nama Dalam Senarai, Jamal Abdillah Dilema Cari Nama Sesuai Anak Keenam! Bukan mudah untuk memberikan nama yang sedap dan membawa maksud yang baik untuk anak yang bakal dilahirkan. Ia menjadi antara tanggungjawab mak ayah untuk memberikan nama yang terbaik buat anak.
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah masih dalam dilema mencari nama sesuai untuk anak keenam yang bakal dilahirkan secara pembedahan, 1 April depan.
Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, berkata, setakat ini, kira-kira 100 nama sudah berada dalam senarai.
Belum Jumpa Nama Sesuai
Namun, beliau dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, masih belum jumpa nama yang sesuai untuk anak perempuan mereka.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” katanya.
Nama Baik & Sedap Disebut
Jamal berkata, ketika ini, dia dan isteri masih membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menentukan nama anak mereka.Malah, Jamal berharap proses memilih nama dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anaknya yang berbaki 16 hari lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” katanya ditemui pada rakaman program Cubit-Cubit Manja Muzikal – Kenduri Kahwin di Bizmilla Place Ballroom di sini, hari ini.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai pada 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...