Isteri dan anak-anak bukan beban suami tetapi amanah. Suami jangan pernah anggap isteri dan anak-anak sebagai beban. Itu memang dah tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Isteri Dan Anak-Anak Bukan Beban Suami Tetapi Amanah
Dalam kehidupan berkeluarga, tanggungjawab seorang suami bukan sekadar mencari nafkah, tetapi juga menjadi pelindung, pemimpin, dan penyokong utama bagi isteri dan anak-anak. Malangnya, ada segelintir suami yang mula merasa terbeban dengan tanggungjawab ini, seolah-olah isteri dan anak-anak menjadi beban yang menyusahkan.
Hakikatnya, isteri dan anak-anak bukanlah beban, tetapi amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Mereka adalah rezeki yang Allah berikan, dan sebagai ketua keluarga, suami perlu menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, bukan dengan rasa terpaksa.
1. Tanggungjawab Suami Sebagai Ketua Keluarga
Seorang lelaki yang memilih untuk berkahwin telah menerima satu tanggungjawab besar. Dalam Islam, seorang suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri serta anak-anaknya. Ini bukan sekadar kewajipan dari sudut agama, tetapi juga tanggungjawab moral sebagai seorang manusia yang berkeluarga.
Tanggungjawab suami merangkumi beberapa aspek utama:
✅ Nafkah Zahir – Menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, dan keperluan asas keluarga.
✅ Nafkah Batin – Memberikan kasih sayang, perhatian, dan sokongan emosi kepada isteri dan anak-anak.
✅ Didikan & Bimbingan – Memimpin keluarga dengan cara yang baik, memberikan pendidikan agama dan nilai-nilai murni kepada anak-anak.
Apabila suami menganggap keluarga sebagai beban, itu bermaksud dia sedang mengabaikan tanggungjawabnya sendiri.
2. Isteri Bukan Pembantu Rumah, Anak-Anak Bukan Masalah
Isteri bukanlah orang gaji yang hanya bertugas memasak, mengemas rumah, atau menjaga anak sepanjang hari. Dia adalah pasangan hidup yang harus dihormati dan dikasihi.
Begitu juga dengan anak-anak. Mereka adalah anugerah, bukan masalah. Ya, membesarkan anak memang memerlukan banyak pengorbanan, tenaga, dan kewangan, tetapi bukankah mereka yang akan mendoakan kita apabila kita sudah tiada nanti?
Seorang suami yang bertanggungjawab akan menghargai isteri dan anak-anaknya, bukan melihat mereka sebagai beban.
Ads
3. Rezeki Datang Bersama Tanggungjawab
Ramai lelaki takut mempunyai keluarga besar kerana risau soal kewangan. Namun, percayalah bahawa setiap anak itu membawa rezekinya sendiri. Allah telah menjanjikan bahawa Dia akan mencukupkan rezeki bagi setiap hamba-Nya yang berusaha.
Sebagai suami, kita tidak perlu membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Jika kita bersyukur dan bekerja keras, insyaAllah rezeki akan sentiasa ada. Jangan sesekali menyalahkan isteri atau anak-anak jika kehidupan terasa sukar. Sebaliknya, cari jalan untuk memperbaiki keadaan dengan usaha dan doa.
4. Isteri dan Anak-Anak, Saham Akhirat
Apa yang kita berikan kepada isteri dan anak-anak bukan sekadar memenuhi keperluan dunia, tetapi juga pelaburan untuk akhirat.
Seorang suami yang baik, yang membimbing dan menjaga keluarganya dengan penuh tanggungjawab, akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Anak-anak yang dididik dengan baik akan menjadi amal jariah yang berterusan walaupun kita sudah tiada.
Maka, suami jangan pernah merungut tentang pengorbanan untuk keluarga. Ingat, apa sahaja yang kita lakukan untuk isteri dan anak-anak, sekecil mana pun, tetap bernilai di sisi Allah.
Ads
Isteri dan anak-anak bukan beban, tetapi amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Seorang lelaki sejati bukan hanya kuat dari segi fizikal, tetapi juga kuat dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Jangan pernah mengeluh dengan ujian dalam kehidupan berkeluarga. Sebaliknya, hadapilah dengan hati yang ikhlas dan penuh kesabaran. InsyaAllah, kebahagiaan itu akan hadir apabila kita menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Hargailah isteri dan anak-anak selagi masih ada. Kerana apabila mereka tiada nanti, mungkin saat itu barulah kita sedar betapa berharganya mereka dalam hidup ini.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Iya, mak ayah kita tak pernah minta pun huluran duit dari anak-anaknya. Sebab dia pun tahu, anak-anak ada komitmen lain yang banyak. Keluarga, hutang dan sebagainya.
Bila mak ayah bahagia hatinya, mereka mendoakan. Doa itulah jadi keberkatan rezeki anak-anak makin berganda. Perkongsian sedekah untuk mak ayah, catatan Farrawati Sabli begitu menjentik emosi.
Cukup dekat untuk mengingatkan kita, agar jangan bernanti-nanti dalam membuat amal kebaikan dekat orang tua sendiri mahupun siapa saja.
Barangkali Dia Belum Gaji Lagi..
Saya masuk ke bank di Tuaran, ada seorang makcik menegur saya.
“Boleh tolong cek, manatau masuk sudah duit saya.”
“Oo, boleh makcik.”
Tiba giliran, selesaikan dulu urusan saya, baru bantu makcik tu.
Beliau hulurkan kad ATM beserta IC.
Bila dicek.
“Baki duit RM18 makcik.”
“Oh, belum masuk lagi.” Kami keluar bersama-sama dari bank itu. Walau hampa, beliau masih tersenyum.
“Makcik dari mana?”
“Dari Kg Kindu.”
“Sekarang makcik mahu ke mana?”
“Balik ke kampung, saya turun Tuaran cek duit saja, ingatkan anak saya sudah kasi masuk.”
“Anak makcik di mana?”
“Kerja di Sandakan. Barangkali dia belum gaji lagi.”
Allahuakbar, mungkin juga makcik turun ke Tuaran mahu beli barang-barang rumah, untuk keperluan berbuka puasa. Tetapi hampa kerana duitnya belum masuk lagi.
Jangan Bertangguh Memberi Pada Ayah Ibu
Pertemuan singkat dengan makcik ini memberi peringatan pada saya, jangan bertangguh memberi pada ayah ibu. Adakala mereka tidak pernah meminta, namun mereka tetap menunggu. Kudrat mereka untuk bekerja semakin berkurangan dari hari ke hari.
Kita bersangka baik, sudah pasti anaknya juga tengah berusaha keras menafkahkan ibunya yang tersayang.
Semoga dipermudahkan urusan makcik ini dan dimurahkan rezeki anaknya mencari rezeki diperantauan.
Terima kasih Ya Allah, beri peluang sedekah buat makcik yang memerlukan ini.
Serius, kalau anak demam kesannya si ibu yang tak lena tidur. Apatah lagi, anak kerap demam malam. Siang hari, si kecil ini cukup aktif tetapi apabila malam tubuhnya mula panas dan diserang demam.
Untuk pantau anak-anak, ibu boleh pantau anak demam malam dengan cara ini…
1. Pastikan anak betul-betul demam
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Sediakan termometer bagi menyukat suhu tubuh anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah di antara 36- 37.4 darjah Celsius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
‘Sponging’ atau menjerlum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu tubuh. Cara untuk melakukan menjelum adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan ia di situ.
* Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
3. Berikan ubat ikut dos dan ketepatan masa
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar jika diberi mengikut sukatan dan jangka waktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia dua bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi empat dos sehari.
4. Galakan minum air
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Jika anak masih kecil, anda sebagai ibu bapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya.
5. Pakaikan pakaian nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mengalami demam malam. Pakaian tebal akan meningkatkan suhu tubuh. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia agen penyerap peluh yang baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Ingat ibu ayah, jangan sesekali abaikan kalau anak demam sebab sekelip mata macam-macam boleh jadi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila dikaitankan dengan harta peninggalan. Isteri dan anak-anak adalah orang yang pertama dikaitkan dan mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan. Namun, tak mustahil ada juga isteri tiada hak ke atas harta pasangan yang meninggal.
Apa yang dikatakan bekas isteri tak ada hak ke atas harta suami yang meninggal terutamanya bila suami meletakkan penama atas nama bekas isteri.
Memang betul, harta peninggalan suami perlu diberi dan dibahagikan pada anak-anak dan pewaris. Tapi bagaimana pula situasi bila berpisah, suami lupa menukar penama bekas isteri. Adakah ini menjadi hak milik bekas isteri. Fahami apa yang dikatakan oleh ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.
“Ustaz, anak lelaki saya meninggal. Ada simpanan KWSP RM80 ribu dan penama adalah bekas isterinya. Dia ada 3 anak lelaki. Beberapa tahun sebelum dia mati, dia bercerai dengan isterinya.”
“Bila dia meninggal, isteri keluarkan KWSP tadi. Saya sebagai ayah, berapa hak saya? Sebab saya tak pernah terima apa-apa daripada duit tersebut. Bahkan besan saya pernah datang jumpa saya, bagitau bahawa duit tu semuanya adalah duit anak-anak yatim.”
Apa yang boleh dikatakan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini:
1. Bekas isteri tiada hak atas duit KWSP tersebut sebab sudah bercerai dengan suami. Kecualilah jika kematian berlaku masih dalam tempoh iddah. Sebab penama, memang dia boleh keluarkan duit tu tapi dia tak boleh ambik walaupun 5 sen.
2. Duit KWSP RM80 ribu adalah hak waris si mati iaitu ayah 1/6 (RM13,333) dan baki RM66,666 untuk 3 anak lelaki sim ati.
3. Jadi bekas isteri tadi wajib serahkan hak bapa mentua tersebut. Lepas tu terserah sama ada dia nak lepaskan hak dia kepada cucu ataupun tidak.
“Ustaz, kalau duit tu bekas isteri ambik dan serah semua kepada cucu saya, maka saya redha. Tapi kalau ambil sebahagian untuk dirinya, maka hak saya itu saya tidak halalkan…”
4. Ambil pengajaran kisah ini..
Sepatutnya suami tadi sebaik bercerai dengan isteri, dia ambil tindakan batalkan penamaan untuk mengelak risiko lagi besar. Sama ada nak lantik penama baharu atau tidak, pilih penama yang faham tanggungjawab dan mampu menjalankan amanah secara patuh syariah.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah perkara ini. Segala kemungkinan boleh berlaku.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...