Luluh hati seorang isteri bila di tuduh curang oleh sang suami. Hakikatnya, hidup isteri 24 jam di rumah bersama anak-anak. Langsung tak terlintas untuk curang.
Mungkin susah untuk seorang isteri terma hakikat bila suami tuduh curang atas perbuatannya tanpa usul periksa. Tak ada bukti kukuh langsung. Mungkinkah cara ini untuk dia selamatkan diri dia. Macam-macam boleh berlaku.
Namun. Sebagai siteri selagi boleh bersabar, sabar. Tapi kalau sampai tahap kesabaran hiang, sukar untuk dimaafkan. Sedangkan selama ini, jiwa dan raganya untuk keluarga semata-mata.
Cakap isteri dia gemuk…boleh tahan lagi
Cakap isteri dia hodoh…boleh tahan lagi
Cakap isteri dia malas…pun boleh tahan lagi
Seorang wanita sebenarnya tahap kesabaran sangat tinggi terhadap pasangan dia
Tapi jangan sesekali tuduh isterinya (Lagi lagi tanpa bukti) CURANG
Lagi teruk memang curang terhadap isteri
Isteri sanggup tinggalkan keluarga untuk hidup bersama dengan suami..kalau tak kenapa banyak air mata seorang ayah mampu jatuh ketika suami lafazkan akad nikah
Isteri sanggup mengadai nyawa nak melahirkan zuriat untuk suaminya…sampai jika wanita tersebut meninggal dikira syahid
Ads
Isteri sanggup bersusah payah menolong suami menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga…itu sebab wujud istilah harta sepencarian terhadap harta suami
Isteri sanggup bersama dari awal perkahwinan ketika suami baru nak belajar erti hidup dan tanggungjawab,buat sebaik yang boleh agar suami selesa lepas penat balik kerja…bangun pagi tidur lewat sehingga kesihatan/kecantikan diri ada diabaikan
Tapi masih ada yang tuduh isteri macam macam..Hati isteri mana tak hancur…
Susah kalau isteri nak maafkan kesalahan tu lagi lagi pertuduhan takde bukti dan alasan untuk cari wanita lain.
Jangan Ambil Kesempatan
Wahai para suami..dont take your wife for granted.
Wanita ini ibarat pasu tanah liat…lagi dibakar,lagi dipanas, lagi akan mengeras.Sehingga ke satu tahap tidak lembut.
Ads
Jangan waktu itu baru nak ambil hati…
Sudah terlambat
Hargai isteri anda…
Mingguan Wanita : Selagi boleh bersabar, sabarlah isteri, tapi sekali dia pergi, jangan harap untuk dia kembali.
“Kami kahwin suka sama suka, tak ada masalah apa pun. Tapi, mak mentua saya tu macam sengaja cari pasal. Dari awal kahwin, ada saja yang tak kena. Sekarang ni tiba-tiba dia suruh suami ceraikan saya. Tak tau sebab tapi tiap-tiap hari dia telefon suami dan tanyakan bila nak ceraikan saya. Saya dan suami pun dah tak mesra sekarang ni…”
Realitinya, memang ramai wanita yang ‘bermadu ibu mentuanya’ sendiri. Apakah tiada jalan penyelesaian selain bercerai? Mustahil! Janji Allah pasti, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Kena Mengalah?
Bukan mudah nak ubah sikap ibu tambah tatkala si ibu tidak lagi bersuami. Jika si ibu masih bersuami dalam erti kata masih ada ayah, si anak dan menantu boleh harapkan bantuan si ayah tegur sikap si ibu. Malangnya, ramai ibu yang masih bersuami tetapi si suami atau ayah tak berani bersuara atau enggan campur tangan dan paling tragis, bila si suami sama ada suami mangsa atau suami kepada si ibu atau bapa mertua mangsa dengan mudah melafazkan: “Tu kan Mak, ikut aje lah, nanti berdosa pula.”
Ya! Seorang anak wajib taat pada ibu kerana redha Allah kepada seorang anak bergantung kepada redha ibu kepada anaknya TETAPI kalau arahan atau larangan ibu menyalahi syariat termasuk meruntuhkan sebuah ikatan perkahwinan tanpa alasan yang munasabah, arahan itu tak perlu dipatuhi dan keengganan itu tidak menjadikan anda anak yang derhaka.
Apa Yang Suami Patut Buat
Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh pasangan yang berdepan masalah dengan ibu dan mertua sebegini ialah anda dan pasangan perlu faham peranan anda, peranan pasangan dan peranan ibu atau mentua anda juga. Seorang anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada isteri dan anak-anak berbanding seorang ibu tatkala si ibu bukanlah insan melarat.
Anak perempuan wajib taat pada suami berbanding ibu sendiri tatkala arahan suami tak bertentangan dengan syariat. Tapi, anda perlu lebih kenal sikap sebenar ibu sendiri, ibu mentua yang membuat kekecohan dalam rumah tangga anak dan menantunya adalah ibu mentua yang cemburu dengan kebahagiaan si anak dan menantu kerana dirinya tidak beruntung seperti mereka. Tak percaya? Memang ada ibu yang cemburu pada anak atau menantu sendiri. Dunia akhir zaman, macam-macam boleh terjadi.
Sabar itu memang nak kena lebih. Mana yang boleh diikut lenggoknya, ikutlah sedaya upaya. Mana yang tak boleh, berterus teranglah dengan penuh sopan, jangan sampai menganiayai hak pasanganpula. Kalau masih tak berkesan, boleh gunakan tindakan undang-undang.
Ibu mentua yang halang anak dan menantunya hidup bahagia dalam perkahwinan dikira sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga orang lain dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Terdapat tika peruntukan yang boleh digunakan, disesuaikan dengan kes anda.
Tiga peruntukan tersebut dengan tiga jenayah berbeza:
– Pertama ialah kesalahan memujuk lari perempuan bersuami atau membawanya keluar meninggalkan kediaman yang ditentukan oleh suaminya.
– Kedua ialah kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dalam apa cara sekali pun.
– Ketiga ialah kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Bagi kesalahan-kesalahan ini, apabila disabitkan boleh didenda antara RM2000 dan tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh antara satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bukan suruh anda kenakan tindakan kepada mentua sendiri tapi memadai perkongsian ini untuk anda tahu.
Moga suami dapat berfikir dan bertindak dengan matang dan rumah tangga anda kembali bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahurabbi, malangnya nasib seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang kena cucuh api di kemaluan dan dirotan di bahagian kepala di pusat jagaan Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan.
Kanak-kanak itu dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak, ini termasuk seorang lelaki dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.
Apa yang difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.
Bukan Nak dera Tapi Nak Ajar
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu dan memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera.
Kalau ikutkan cerita, mangsa adalah anak tunggal dan sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin, tetapi dihantar ke tempat itu oleh bapanya selepas didapati tidak begitu berminat untuk belajar.
Pihak polis merampas rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rambut yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Mohamad Noor juga sudah meninjau pusat jagaan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa.
Dua petugas pusat berkenaan yang berusia 42 dan 43 tahun ditahan jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.
Manakala dua petugas pusat jagaan itu direman dua minggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
INFO: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah nak membesarkan anak-anak autisme, namun jika ditakdirkan Allah dapat anugerah anak istimewa seperti ini ternyata anda adalah insan terpilih dan hebat.
Sukar nak digambarkan dengan kata-kata namun apabila melihat video terbaru yang dimuat naikkan Zarina Zainuddin laju mengalirkan air mata, tergambar jelas bahawa dia seorang ibu yang cukup tabah menelan dugaan dan cabaran.
Tahu Anak Autisme
Mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah pun berumur 20an, dia sendiri pada awalnya agak terkejut dan sukar untuk menerima hakikat.
“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan.”
“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.”
“Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari wad. Dan Allhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat.”
Anak Mula Hantuk Kepala
Setelah usia anak kembar saya 3 tahun Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke simen atau dinding. 4 kali cermin kereta hadapan pecah dihantuk kepala. Setelah itu saya bawa Azil dan azal berjumpa doktor pakar di Hukm Cheras dan doktor mengesahkan Azil dan Azal mengalami autism.
Ya, ada masa anaknya tantrum dan menangis-nangis. Malah, kalau tidak dipantau anak ini boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika dia rasa kemahuannya tak dapat dipenuhi.
Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan tetap mendapat sokongan keluarga serta suaminya, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak-anaknya dapat kasih sayang dan perhatian.
Respond Netizen Melihat Video Zarina Menangis
Buat Zarina Zainuddin, team Mingguan Wanita doakan yang baik-baik dan moga hati mu terus ‘sado’ dalam membesarkan anak-anak syurga ini. Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...