Isteri berjoget di media sosial, suami jangan ‘teragak-agak’ nak tegur suruh stop buat. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan. Akhirnya, perkara yang tidak elok itu dibiarkan berlarutan.
Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan ‘Teragak-agak’ Nak Tegur Suruh Stop Buat
Hakikatnya, apabila wanita menginginkan sesuatu, mereka seringkali hadir dengan hujah yang panjang dan kukuh, hingga sukar bagi suami untuk membantahnya. Semoga kita tidak menjadi isteri yang secara tidak sedar melemahkan sifat qawwam (kepimpinan dan kekuatan) dalam diri suami.
Fitrah seorang isteri ialah suka dibimbing dan dididik oleh suami, kerana daripada bimbingan itu, lahir rasa selamat, dihargai dan diberi perhatian.
Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Suami Menegur Isteri Yang Berjoget
1. Telah menjadi trend terkini ahli keluarga menari-nari lalu dimuat-naik di media sosial. Tambahan pula yang melakukannya itu adalah kaum wanita, lalu disaksikan oleh yang lelaki tanpa rasa malu.
2. Amat jelek sekali sekiranya suami sendiri reda si isteri melakukan tarian untuk dipamerkan pada khalayak. Rasulullah mendidik suami agar menegur isteri andai mereka melakukan kemungkaran.
“Siapakah dia dayus itu? Maka Nabi ﷺ menjawab: (Lelaki) yang memudahkan buat ahli keluarganya melakukan kejahatan (maksiat).” (al-Baihaqi, al-Asma wa al-Sifat)
3. Begitu juga Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Bayangkan, dengan lelaki buta sekali pun, Rasulullah memerintahkan isteri Baginda memakai hijab dan menjaga penampilan, inikan pula dihadapan jutaan mata yang menonton di media sosial.
Ads
5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan.
6. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran.
Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
Ads
7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.
Susah hatikan mak-mak kalau susu ibu tak meriah macam mak-mak menyusu yang lain. Macam-macam cara cuba, tak juga mahu bertambah. Ibu pada Nur Aaliya Raisha, 3 bulan ini akui susunya sentiasa meriah. Tak pernah drop dari hari pertama bersalin sampailah sekarang.
Nak tahu apa rahsia Nursha Salleh (Kekcha) ini. Rupanya dia cuma amalkan 4 makanan sunnah untuk dapatkan milk booster terbaik. Makanan inilah yang hasilkan susu meriah.
“Lepas deliver baby, baby tak pernah berjaga malam kerana kekenyangan. Dan tidur tersangat sangat lena sampai kan saya ni tak berjaga malam.”
“Sekali pam, akan dapat 120 ML tau. Kenyang baby. Syukur sangat.”
Amal 4 Makanan Sunnah Ini Untuk Hasilkan Milk Booster Terbaik
KURMA 2 BIJI
BADAM 2 BIJI
KISMIS 7 BIJI
SUSU SEGAR ( tak kisah apa brand tau, macam saya pakai dutch lady)
Caranya Macam Ni
1. Cara dia amik kesemua bahan di atas, buang biji.
2. Lepas tu blend dengan susu Dutch lady.
3. Boleh terus diminum. Sedap sangat!
“Memang sangat sangat membantu. Dari 1st day deliver baby sampai la sekarang baby usia 3 bulan susu badan tak pernah drop. Kekcha tak penah amalkan apa apa milk booster lain kecuali moeder tapi tak berapa nak menjadi sangat sampai lah amalkan yang ni je. Dah la senang nak dapat. Kat kedai sebelah rumah pun ada jual.”
Tapi Kan.. Nak Susu Meriah Kenalah Ikut Panduan Penting Ini
√ Kalau dah ambil milk booster ni jangan lah ingat susu kita terus melimpah ruah hingga ke ladang gandum dengan serta merta.
√ Goyang kaki je sambil tengok tv rilek-rilek tetiba susu banyak. Amboi mak enon. Tidak lah mudah sebegitu ye.
√ Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsepnya mudah je.
√ Ada permintaan (demand), ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh.
√ Selagi ibu tidak kerap menyusukan anak (1-2 jam sekali), bila anak bersama terutamanya pada waktu malam dan tidak mengosongkan payudara (mengepam 2-3 jam sekali) bila anak tidak bersama memang susu tidak akan terhasil walaupun anda makan milk booster berharga seploh juta sekali pun.
Syarat Amalkan Milk Booster Terbaik
√ Kurma, badam dan kismis ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah bersalin ni memang selalu orang kata elok makan kurma dan semua kat atas tu.
√ Kurma ni kalsium dan zat besi dia tinggi. Ok cara dia macam ni tau.
√ Kena ingat, milk booster ini untuk sekali minum saja.
√ Amalkan minum pagi dan malam sebelum tidur.
√ Kurma, badam dan kismis kena rendam semalaman okay.
Sekian perkongsian saya terhadap ibu ibu. Semoga ia dapat membantu mengenyangkan baby kita.
“Menangis hingga air mata terkena kain kafan isteri atau suami yang telah meninggal dunia.” Biarkan saja, ini adalah peluang terakhir! Jangan sesekali ditegah.
Namun acapkali setiap kali berlakunya kematian, pasti ada suara-suara kecil menegah pasangan si mati apabila berlama-lama memeluk jenazah.
Menangis Hingga Air Mata Terkena Kain Kafan
Oleh itu, mulai saat ini, jangan dengar cakap orang! Baca perkongsian Basyirol Abu Bakar ini:
Apabila tibanya giliran suami atau isteri ingin mencium dahi isterinya atau suaminya… Air mata secara tak sengaja mengalir ke pipi jenazah….
Kemudian, di peluk isteri atau suami agak lama… Kalau secara fitrahnya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah…
Biarkan Saja
Lalu ada yang bersuara:
“Angkat suami dia itu, jangan peluk lama-lama arwah isterinya itu. Jangan sampai air mata ini menitik terkena jenazah. Kasihan dia, berat dia mahu pergi. ”
Maka si suami dipapah oleh anak lelakinya keluar rumah….
Inilah khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita…
Ini Adalah Peluang Terakhir!
Sebenarnya biarkan saja, contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama-lama buat kali terakhir… Walaupun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan, tak mengapa…
Tiada hadis atau dalil yang mengatakan tidak boleh. Malah, di saat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya.
Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya.
Tidak Batal Wuduk
Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana dicium oleh suami atau isterinya. Yang batal wuduk hanyalah orang yang hidup.
Ingat, yang tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung di hadapan jenazah atau sewaktu kematiannya. Dilarang keras oleh Rasulullah saw. Wallahualam.
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..
Mingguan Wanita: Sesungguhnya bukan mudah apabila kehilangan orang tersayang, apatah lagi teman tidur sebantal. Ambillah masa secukupnya untuk menatap jasadnya sebelum berpisah buat selamanya tetapi jangan pula berlebihan.
Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.
Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.
Kes Harian Dijangka 8,000 Menjelang Mei
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.
Kisah menyayat hati seorang ibu di Kampung Binjai apabila anak sulungnya disahkan menghidap kanser pangkal otak tahap kritikal. Ketahui perjalanan rawatan dan bantuan yang diterima keluarga ini dalam menghadapi ujian berat.