Sebelum ini viral tentang kisah seorang suami yang meninggal dunia. Paling sedih, bila isteri tidak tahu langsung tentang kewangan suami sebelum ini. Segala hal rumah tangga hanya suami yang kendalikan.

Mahu terduduk isteri, sebab selama ini dia hanya mengharapkan pada suami. Bila suami meninggal hilang tempat bergantung buat selamanya. Pada siapa yang ingin diharapkan.

Sebagai seorang isteri, baik isteri bekerja atau suri rumah tangga, kita perlu tahu dan ambil tahu bab-bab kewangan suami. Jangan fikir, sudah tanggungjawab suami untuk lakukan

Begitu juga, kalau isteri bekerja, tidak salah pun untuk ambil tahu pasal kewangan suami, walaupun sudah ada duit sendiri. Bimbang ditakdirkan suami meninggal, isteri tidaklah ralat dan mampu berdikari, walaupun ‘patah sebelah sayap’

Perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad ada benarnya. Jangan takut untuk bertanya pada suami dan tak perlu kisah kalau suami bagitau kita mata duitan. Sebab jika ditakdirkan berlaku, sekurangnnya kita mampu berdikari dalam membesarkan anak-anak nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Suami, Jangan Buat Isteri ‘Tawar Hati’. Hilang Rasa Sayang, Apatah Lagi Taat

Info Lebih Menarik DI SINI

Kewangan Suami, Catat Dan Ambil Tahu

Mulai hari ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.

IKLAN

Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.

“Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?”

Ambil buku dan kertas buat catatan.

1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.
2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.
3. Suami ada masuk khairat kematian di pejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?
4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.
5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.
6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.
7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?
8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?
9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.
10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?
11. Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.
12. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?
13. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?

“Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer”.

Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia ‘mata duitan’.

IKLAN

Benda belum jadi, kita semua kata.

“Alah itu orang bukan aku”.
Maka kita tak kisah bila akan berlaku.

Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.

Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.

Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri di dahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.

IKLAN

Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.

Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.

Bermulalah sekarang.

MW: Sebagai isteri, sekurangnya dapat bawa kereta pun sudah cukup membantu, lebih-lebih kalau suami sakit waktu malam, kitalah yang diharapkan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Suami Orang Juga
#Saya Bukan Ejen Takaful

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI