
Isteri Along Cham kecewa dituduh curang. Hati wanita mana tidak luluh dan tersakiti bila dituduh curang oleh suami. Itulah yang berlaku kepada isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 29.
Afreena sewaktu ditemubual memberitahu, dakwaan Along menuduh dirinya curang menyebabkan punca perceraian mereka adalah tidak benar. Perkara tersebab tidak diketahui sehinggalah Along mengeluarkan kenyataan kepada media selepas menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang petang tadi.
Isteri Along Cham Kecewa Dituduh Curang
Sewaktu dihubungi Afreena turut menyatakan apa yang Along perkatakan tentang dirinya adalah sesuatu yang tidak patut.
“Sepatutnya prosiding hari ini sangat ringkas untuk pengesahan lafaz cerai. Namun saya berasa sangat sedih apa yang Along burukkan saya tak patut. Hari ini bukannya untuk fokus mengaibkan pihak mana-mana.
“Tak perlu burukkan dan aibkan sebab kita pernah bersama satu masa dulu walaupun hanya dalam masa singkat.
“Sebenarnya kalau Feena nak buka aib boleh saja tapi Feena rasa tak perlu dikongsi. Sebab masing-masing ada anak dan sudah dewasa,” kongsi Feena.
Feena turut menegaskan dirinya juga tidak pernah curang.
“Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul. Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
“Dia bercakap dengan jelas di hadapan hakim menyatakan definisi curang adalah menipu. Tapi bagi saya, curang itu bermaksud menjalin hubungan sulit.
“Kami sendiri tidak tahu curang yang bagaimana dimaksudkan. Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang sedang saya kejar. Saya tak ada masa nak buat perkara macam tu,” kongsinya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
“Emak Mana Sanggup Buang Anak”
Afreena turut memberitahu media dirinya tidak pernah mengabaikan anak-anak.
“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu saya memang jaga anak-anak. Emak mana yang sanggup buang anak,” sambung Afreena yang turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin.
Untuk rekod Afreena mendakwa berlaku lafaz cerai luar mahkamah pada Jun tahun lalu, sebelum membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi mendapatkan pengesahan.

Baca Disini : Digelar Mak Lampir & Difitnah, Paling Pedih Dikhianati Orang Tersayang – Afreena Suhaimi
Sumber : Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI