Isteri Akbar Sahari meninggal dunia, lama berjuang ‘melawan’ kanser. Pengacara dan pelakon, Akbar Sahari, dilanda duka apabila isteri tersayang, Noorsuzilawati Mohd Noor, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.

Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser

Berita pemergian Allahyarhamah disampaikan oleh rakan baik Akbar yang juga personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini.

Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser

Kongsi Fedtri, beliau sudah mengenali pasangan tersebut lebih 20 tahun dan pernah diberi penghormatan sebagai pengacara majlis perkahwinan mereka.

“Pagi ini menerima berita duka. Noorsuzilawati binti Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya, Akbar Sahari, telah kembali ke rahmatullah.

“Allahyarhamah berjuang sekian lama melawan kanser. Saya sebak mengenangkan kekuatan keluarga ini sepanjang tempoh rawatan dan ujian mereka.

Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser

“Kami bersahabat sejak lebih dua dekad lalu. Malah saya sendiri yang mengacarakan majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.

Ads

Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser

“Hidup ini penuh perjuangan, akhirnya kita semua akan kembali kepada Yang Maha Esa. Moga Allah mengampunkan dosa arwah Suzie dan mengurniakan kekuatan buat Akbar serta anak-anak menghadapi kehilangan ini,” luahnya penuh rasa hiba.

Dalam masa sama, Akbar turut memaklumkan mengenai pemergian isteri tercinta menerusi Insta Story dengan memuat naik status ringkas, “Innalillahi wainna ilaihirojiun.”

Isteri Akbar Sahari Meninggal Dunia, Lama Berjuang ‘Melawan’ Kanser

Ads

Difahamkan, Allahyarhamah Noorsuzilawati telah disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak tahun 2020. Malangnya, sel-sel kanser tersebut turut merebak ke bahagian lain termasuk hati, paru-paru dan ovari.

Sebagai info, Akbar kini bergelar pengacara sukan di saluran Astro Arena dan terkenal sebagai hos program Scoreboard bersama Fedtri.

Sumber: Instagram Fedtri Yahya  dan Instagram Akbar Sahari 

Baca artikel lain juga: Ibu Kena Kanser Lagi Kerana Saya– Syed Saddiq Luah Rasa Bersalah Paling Berat Dalam Hidupnya

Ads

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI