
Berkait dengan isu permainan video atas talian, pelakon, Intan Ladyana tidak mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang dikatakan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain.
Intan Ladyana Tak Sekat Suami

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, berkata dia tidak menyokong perbuatan salah malah sudah berbincang dengan suami berkaitan perkara tersebut.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan isteri enabler (membiarkan perkara negatif).
“Jika perbuatan itu salah, tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri.
“Insya-Allah perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.
Tiada Syarat Tapi Kena Tahu Batasnya

Pada masa sama, Intan juga masih memberi lampu hijau kepada Harris untuk terus aktif dalam permainan tersebut.
Kata Intan, tiada sebarang syarat digariskan tetapi semuanya dilakukan atas dasar kepercayaan.
“Tak adalah letakkan syarat. Macam saya, saya tahu batas dan dia pun tahu batas. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, masing-masing kena tahu batas.
“Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita letakkan sempadan. Kita sendiri perlu ada kefahaman tentang hal sebegitu,” ujarnya.
Ditanya lagi mengenai kontroversi membabitkan suaminya, isu terbabit hanumya diketahui selepas ia tular di laman sosial.

“Saya pun tak kenal perempuan itu sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu.
“Cuma selepas tular baru saya tahu. Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris. Mereka sendiri boleh menilai apa yang dilakukan itu betul atau salah,” katanya.
Hanya Untuk Watak Tommy Dalam Dunia Roleplay
Terdahulu, nama Harris, 26, ‘naik’ selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video.
Dalam klip tersebut, penyanyi dan pelakon yang sedang bermain perlawanan atas talian dilihat menggunakan nada suara dan kata-kata romantik terhadap pemain wanita lain.

Tindakan itu mencetuskan perdebatan ramai yang mempersoalkan batas pergaulan sebagai seorang lelaki berstatus suami suami dan bapa.
Namun dia tampil menjelaskan segala dialog dilafazkan adalah hanya untuk watak Tommy dalam dunia roleplay (RP), bukan dirinya yang sebenar.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata, Evie Khadeeja 4, dan Haris Umayr, 2.
Gambar: Intan Ladyana
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




