Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.
Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500.
Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.
Ads
Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.
Ads
“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan Keputusan semua A.
“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Bantuan Yayasan Nurjiwa
Selain itu, Siti berkata, Yayasan Nurjiwa kini turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40, serta anak-anak yatim.
Ads
Tambahnya Inisiatif ini yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.
“Setiap hari kami akan menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40.
“Bukan itu sahaja, selain pelajar Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim. Usaha ini sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan diharap ia dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana,”jelasnya seraya mengakhiri perbualan.
Di tanah perkuburan yang dingin pagi tadi, hajat seorang ibu terlaksana. Kubur anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, digali semula untuk mencari kebenaran yang masih tertutup kabur.
Ummu Haiman Bee, seorang ibu yang kehilangan anak sulungnya dalam keadaan penuh tanda tanya, berdiri tabah menyaksikan proses yang memilukan. Sehelai demi sehelai tanah merah disingkap, seakan-akan mengusik semula luka yang belum sempat sembuh.
Hari ini, jenazah anak yang pernah didakap penuh kasih, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menunggu detik penting yang dijadualkan esok. Proses bedah siasat kali kedua akan dilaksanakan oleh empat orang pakar forensik.
Foto: Kredit Berita Harian
Antara mereka, seorang pakar mewakili pihak keluarga, Datuk Seri Dr. Bhupinder Singh, yang diharap dapat merungkai segala misteri yang menyelubungi pemergian arwah.
Jenazah Syamsul ditutupi dengan bungkusan khas yang disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa menaiki van untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan diiringi kawalan ketat polis.
Keadaan jasad Syamsul berada dalam keadaan baik selepas dikeluarkan dari keranda.
“Esok, pukul 9 pagi barulah segalanya bermula,” ujar peguam keluarga, Datuk Naran Singh, dengan nada berat.
Bagi seorang ibu, menunggu sehari terasa seperti seribu tahun. Bukan mudah merelakan jasad anaknya dibedah semula. Namun demi sebuah jawapan, demi mencari keadilan, Ummu Haiman pasrah menunggu esok dengan doa dan air mata yang tidak pernah kering.
Hari ini, jasad anak yang pernah didakap penuh kasih sudah dibawa pergi sekali lagi. Esok, seorang ibu akan kembali menanti, dengan hati yang tak pernah berhenti berdoa agar terbongkar akhirnya kebenaran di sebalik pemergian insan tersayang.
Proses pengecaman mangsa tragedi kemalangan yang membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec (M502-6) pada jam 9.30 pagi semalam telah dilakukan oleh waris mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Menurut anak sulung Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman siang tadi.
Foto: BERNAMA
Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.
“Rahang mama patah tapi Alhamdulilah jenazah sempurna,” katanya ketika ditemui di Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam ini.
Nur Qistina Awliyah berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi tadi sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
“Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin,” katanya sebak.
Kenangan Aidilfitri
Bercerita mengenai kenangan Aidilfitri lalu bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran adalah petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.
“Masa hari raya lalu, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.
“Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan,” katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.
Menurut Qistina Awliyah lagi, ini adalah kali pertama ibunya mengikuti program sempena Sambutan Hari TLDM.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.
Noor Rahiza, 39, merupakan salah seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi. Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.
Sabah, sering mendapat jolokan sebagai syurga alam semulajadi, menawarkan lebih daripada sekadar panorama yang memukau dan kaya dengan biodiversiti. Dalam suasana indah ini, tersembunyi juga permata agropelancongan yang menghasilkan minuman-minuman paling aromatik di Malaysia.
Tahukah anda, budaya kopi di negeri Sabah merupakan hirupan secangkir Kopi Tenom panas di waktu pagi sebagai pemulaan hari. Daerah Tenom sememangnya amat terkenal dalam penghasilan biji kopi Robusta.
Jenama kopi yang terkenal dari Sabah, Yit Foh ditanam, dituai, dipanggang, dikisar dan dibungkus secara tempatan merupakan perintis industri kopi di Negeri di Bawah Bayu. Taman Kopi Yit Foh yang terletak di Kampung Chinta Mata, Tenom, Sabah kini bukan sekadar kilang kopi.
Ia telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular untuk bersiar-siar selain mempunyai kemudahan tempat penginapan yang kini menjadi pilihan pelancong yang inginkan gaya percutian yang berbeza dari kebiasaannya.
Ingin merasai sendiri keenakan Kopi Tenom segar? Di sinilah tempatnya. Kilang Yit Foh menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopinya. Tahukah anda, penggunaan arang meningkatkan aroma biji kopi? Bagi penggemar kopi, pasti anda lebih menghargai secawan kopi yang kaya dengan aromanya yang tersendiri!
Sememangnya Sabah kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan bersesuaian dengan setiap lapisan umur. Mana tidaknya, dari ladang kopi Tenom yang terletak di bahagian Selatan, kawasan utara pantai barat Sabah iaitu Ranau juga terkenal dengan teh iaitu Teh Sabah.
Sememangnya ladang Teh Sabah merupakan salah satu daripada beberapa ladang teh organik di dunia. Daun Teh Sabah yang terbaik, dituai dari kaki Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 2,272 kaki dari paras laut.
Suhu yang dingin di kawasan tanah tinggi seperti musim bunga, membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah yang banyak dan segar. Lebih istimewa, Teh Sabah dihasilkan tanpa sebarang pewarna tambahan dan bebas semburan kimia. Ia sememangnya kaya dengan rasa.
Pucuk daun pokok teh Camelia Sinesis dipilih dengan teliti, dituai dan diproses untuk menghasilkan teh hitamnya. Apabila dibancuh dengan susu pekat, gabungan ini akan menghasilkan minuman Teh Tarik Sabah yang sangat sedap!
Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Ladang Teh iaitu memetik sendiri teh
Inovasi Teh Sabah
Meskipun sudah lama berada di pasaran, Teh Sabah turut menawarkan pelbagai pilihan teh yang inovatif. Anataranya termasuklah minuman teh pandan Sabah dan kuih lempeng buatan sendiri yang popular dan mendapat tempat di hati para pelanggan di restoran mereka.
Seperti Yit Foh, Ladang Teh Sabah juga memiliki sebuah resort yang dinamakan Sabah Tea Resort. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Tourism, Julinus Jimit, Sabah Tea Resort memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati percutian yang santai disamping pengunjung boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
“Tetamu yang bermalam mempunyai pilihan untuk menginap di rumah panjang, kabin, banglo atau bagi mereka yang gemar membuat stargazing dan tidur di bawah bintang, kawasan ini mempunyai tapak perkhemahan yang luas.
Lawatan ke ladang teh juga memberikan manfaat pendidikan dengan mengajar pengunjung cara pemprosesan daun teh. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti rekreasi di kawasan rekreasi Sapaon, mendaki denai ke puncak Bukit Kamunsu, atau ‘night walk’ untuk memerhati serangga yang unik. Selain itu, rumah pokok yang terletak bersebelahan dengan restoran dan ladang rusa juga dibuka untuk pengunjung.
Sekadar info, ladang Teh Sabah juga merupakan titik bersejarah yang penting dalam sejarah Perarakan Maut Perang Dunia Kedua. Pakar telah mengesan laluan Sandakan Death March dan mendapati bahawa laluan yang dilalui oleh tawanan perang (POW) melintasi kawasan yang kini dikenali sebagai Ladang Teh Sabah. Apabila menyedari kepentingan sejarah tapak tersebut, pengurusan Ladang Teh Sabah telah membina sebuah tugu peringatan bersempena peristiwa itu.
Matta Fair yang bakal berlansung pada bulan September akan menghimpunkan kedua-dua tarikan dan mempamerkan minuman ikonik mereka dari Sabah. Taman Kopi Yit Foh, Tenom dan Ladang Teh Sabah akan ditampilkan sebagai pempamer di Zon Sabah sebagai tempat tarikan pelancong yang terkenal, seterusnya mempertingkatkan kehadiran negeri Sabah di Matta Fair edisi ini sebagai destinasi pilihan bersama negeri Sarawak untuk ‘Discover Borneo: Malaysia’s Favourite Destination’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!