Ads

Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi Tolak Arwah Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, “Mustahil Dengan Berat 53 Kg…

Hari kedua prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mendedahkan fakta baharu yang sekaligus menepis pelbagai spekulasi.

Juga baca:https://www.mingguanwanita.my/tular-kenyataan-kononnya-arwah-zara-qairina-dimasukkan-ke-dalam-mesin-basuh-guru-bahasa-inggeris-didakwa-atas-tuduhan-kegentaran-awam/

Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi Tolak Arwah Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, "Mustahil Dengan Berat 53 Kg...

Ads

Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu, menjelaskan bahawa mesin basuh yang ditemui di tempat kejadian hanyalah mesin basuh kegunaan rumah biasa, bukannya jenis industri.

“Berat si mati lebih kurang 53 kilogram. Saya tidak pasti sama ada tubuh seberat itu boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh, tetapi yang pasti, mesin tersebut tidak akan berfungsi dengan beban seberat itu,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/cikgu-bi-mengaku-dakwaan-zara-qairina-dimasukkan-dalam-mesin-basuh-hanya-content-tiktok/

Ads

Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi Tolak Arwah Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, "Mustahil Dengan Berat 53 Kg...

Selain itu, Dr. Hiu turut melakukan demonstrasi di mahkamah bagi menunjukkan bagaimana kemungkinan Zara boleh terjatuh, sekali gus membantu mahkamah memahami situasi sebenar.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Menepis Spekulasi

Kematian tragis Zara sebelum ini mengundang pelbagai spekulasi di media sosial, termasuk dakwaan kononnya beliau meninggal dunia selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. Pendedahan pakar ini sedikit sebanyak menolak andaian tersebut, sekaligus mengembalikan fokus kepada bukti saintifik dalam mencari punca sebenar kematian.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Murid Tahun Satu Jatuh

Murid Tahun Satu Jatuh Dari Tingkat 10 PPR, Ibu Dalam Rumah...

Tragedi menyayat hati menggemparkan penduduk di Tampoi apabila seorang murid tahun satu jatuh dari tingkat 10 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR).