Kisah pemergian tragis Zara Qairina Mahathir, remaja berusia 13 tahun yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu, terus mendapat perhatian ramai. Namun, dalam kehangatan prosiding inkues, timbul pula kontroversi apabila barisan peguam yang mewakili empat pelajar terlibat mengecam kenyataan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Juga baca:https://www.mingguanwanita.my/dompet-hilang-sebenarnya-telah-ditemui-warden-dedah-di-mahkamah-dalam-prosiding-inkues/

Inkues Kematian Zara Qairina: Peguam Kecam Tindakan Ahli Politik Eksploitasi Kes

Menurut mereka, kenyataan Mohd Shafie yang melabelkan kes itu sebagai “pembunuhan” dan mempersoalkan siasatan polis serta pakar patologi adalah tuduhan melulu, berbahaya, menjijikkan serta penghinaan kepada pentadbiran keadilan.

“Keadilan Milik Mahkamah, Bukan Pentas Politik”

Dalam satu kenyataan bersama malam tadi, peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Mohammed Fareez Mohammed Salleh dan Sylyester Kuan menegaskan bahawa tindakan ahli politik membawa naratif sendiri hanya membakar sentimen masyarakat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Juga baca: https://www.mingguanwanita.my/selepas-pemergian-zara-qairina-rakan-sebilik-pindah-sekolah-saksi-dedah-di-mahkamah/

Ads

Inkues Kematian Zara Qairina: Peguam Kecam Tindakan Ahli Politik Eksploitasi Kes

“Menggambarkan kes ini sebagai pembunuhan tanpa melalui proses undang-undang amat tidak bertanggungjawab dan sangat prejudis kepada anak guam kami. Ini cubaan jelas untuk membakar sentimen awam demi kepentingan politik,” ujar mereka.

Menurut barisan peguam tersebut, kenyataan sedemikian bukan sahaja merendahkan martabat seorang pemimpin, malah mengganggu prinsip undang-undang bahawa setiap yang dituduh harus dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/kes-zara-qairina-arwah-dituduh-mencuri-sehari-sebelum-ditemui-tidak-sedarkan-diri/

Ads

Inkues Kematian Zara Qairina: Peguam Kecam Tindakan Ahli Politik Eksploitasi Kes

Hormati Keluarga Yang Sedang Berduka

Peguam juga menegaskan bahawa kenyataan pramatang itu mengabaikan rasa hormat terhadap keluarga Allahyarhamah Zara Qairina yang masih berduka.

“Keadilan mesti ditentukan di mahkamah berdasarkan bukti serta keterangan, bukannya diputar belit dalam ucapan politik atau media sosial,” tambah mereka lagi.

Sebelum ini, sebuah klip video memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang inkues tular di media sosial, sekali gus mengundang kritikan pihak yang terlibat dalam prosiding.

Ads

Tragedi Yang Menggoncang Jiwa

Untuk rekod, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di sekolahnya sekitar jam 4 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir sehari kemudian di hospital. Pemergiannya pada usia begitu muda meruntun hati banyak pihak dan sejak itu, inkues dijalankan untuk merungkai punca sebenar.

Juga baca: https://www.mingguanwanita.my/kes-zara-qairina-didakwa-ejek-adik-kak-m-sebelum-ayat-kalau-aku-touch-kau-berdarah-muncul-warden/

Inkues Kematian Zara Qairina: Peguam Kecam Tindakan Ahli Politik Eksploitasi Kes

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Namun di sebalik siasatan yang sedang berjalan, apa yang diharapkan oleh masyarakat ialah keadilan yang sebenar, bukan polemik politik yang menambah luka.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI