Seiring dengan aspirasi untuk menjadi bank lestari pertama di Malaysia, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Rakyat terus mendapat perhatian menerusi pengiktirafan anugerah daripada Enterprise Asia di Asia Responsible Enterprise Awards 2019 (AREA 2019) bagi kategori Pemerkasaan Sosial.
Pengiktirafan yang diterima oleh Bank Rakyat di Taipei, Taiwan pada 24 Mei 2019 yang lalu merupakan penghargaan terhadap pembabitan aktif Bank Rakyat bagi membantu golongan autistik di seluruh negara sejak Oktober 2016 menerusi kempen #AnakKita.
Sepanjang tempoh tersebut, 100 program telah dianjurkan bagi membantu seramai 20,000 penghidap autisme dengan melibatkan 90 sekolah, persatuan serta individu bagi membantu pembangunan golongan autistik.
Menurut Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso, Bank Rakyat menghargai pengiktirafan daripada Enterprise Asia yang melihat impak positif terhadap pelaksanaan inisiatif CSR yang diusahakan oleh Bank kepada perkembangan dan keperluan golongan autistik.
“Inisiatif CSR yang dilaksanakan oleh Bank ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membuat pengesanan dan intervensi awal yang dapat membantu kanak-kanak autistik mencapai tahap perkembangan optimum bagi menjadi individu yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara,” ujar Datuk Noripah.
Ads
Anugerah ini merupakan pengiktirafan ketiga yang diterima oleh Bank Rakyat terhadap sumbangan mereka di bawah program #AnakKita selepas dinobatkan sebagai Best Marketer in Sustainable Brand Marketing sempena Malaysian CMO Awards 2018 dan Syarikat Terbaik Keseluruhan pada Anugerah CSR Malaysia 2018.
Bagi tahun 2019, selain meneruskan inisiatif autisme, Bank Rakyat turut memperluaskan fokus CSR mereka menerusi bantuan keperluan makanan berkhasiat buat murid-murid yang kurang berkemampuan menerusi program Nuri Nutrisi.
Ads
Melalui inisiatif ini, Bank Rakyat juga menjadi organisasi tempatan pertama menjalinkan hubungan kerjasama dengan United Nations (UN) di Malaysia menerusi Program Seiring bagi agenda ‘Matlamat Pembangunan Lestari’ atau juga dikenali sebagai ‘Sustainable Development Goals’ (SDG).
Datuk Noripah Kamso juga menambah, sejak SDG dilancarkan pada tahun 2015, Bank Rakyat telah memastikan inisiatif yang dijalankan sejajar dengan Agenda UN 2030 dengan matlamat untuk menyumbang kepada kelestarian masyarakat yang lebih baik serta meminimumkan kerosakan alam sekitar.
Ads
“Kami juga akan terus memainkan peranan dalam mencapai matlamat SDG melalui operasi perniagaan, termasuklah pembiayaan dan pelaburan Bank. Bank Rakyat juga menawarkan pembiayaan untuk kelestarian aktiviti perniagaan bagi industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” ujar beliau lagi.
Sepanjang tempoh dua tahun kerjasama ini, Bank Rakyat akan menganjurkan sebanyak 200 program untuk membantu 20,000 kanak-kanak di seluruh negara yang kurang berkemampuan mendapatkan makanan berkhasiat.
Pembangunan komuniti di Sabah akan menjadi fokus utama dalam kerjasama bersama UN ini yang mana program Nuri Nutrisi akan dilaksanakan di beberapa buah pulau seperti Pulau Bum Bum, Pulau Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Pulau Maiga.
Antara matlamat penting SDG yang selari dengan program Nuri Nutrisi ialah membasmi kemiskinan dan kelaparan, menjamin kesihatan dan kesejahteraan, menyediakan pendidikan berkualiti dan air bersih serta mengurangkan isu ketidaksamaan sejagat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tdak sanggup berjauhan dengan anak kesayangan. Sebagai seorang ibu sudah pasti akan mendahulukan anak dalam segala hal. Begitu jua yang dirasai oleh isteri kepada penyanyi Raja Syahiran yang juga anak seni terkenal Uyaina.
Pemilik nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina itu ketika ditemubual memaklumkan sekiranya kembali aktif dengan kerjaya pengacaraan di Indonesia, dirinya tidak mahu berjauhan dengan cahaya mata tunggalnya, Raja Urhan yang kini berusia enam bulan
Tidak Sanggup Berjauhan Dengan Anak Kesayangan
Menghargai setiap peluang yang datang Uyaina sentiasa memberi komitmen terbaik dalam memastikan hasil yang diperoleh berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Namun sebagai isteri dan ibu ternyata Uyaina status tersebut tidak pernah menjadi halangan buat Uyaina untuk terus aktif memajukan kerjaya seninya sebagai pelakon mahupun pengacara.
“Sekiranya saya kembali aktif menerima tawaran di Indonesia, saya akan bawa anak bersama kerana tidak mahu berjauhan dengannya. Saya dan suami banyak berbincang mengenai perkara ini dan dia sangat memahami.
“Bagaimanapun jika ada situasi yang tidak membenarkan perkara ini, saya tidak kisah untuk menolak tawaran tersebut. Mungkin ada perkara lain yang boleh saya lakukan jika tidak ke sana. Apa yang pasti, jika ke sana saya akan bawa anak sekali,” tegasnya.
Ramadan 2023 Perasaannya Sangat Berbeza
Uyaina mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan yang disifatkan cukup istimewa buatnya kali ini.
“Tahun ini adalah kali pertama saya menyambut Ramadan dan Syawal sebagai sebagai seorang ibu, jadi perasaannya sangat berbeza.
“Malah saya sebenarnya turut menolak beberapa tawaran kerja dari Indonesia yang memerlukan saya ke sana pada bulan Ramadan nanti kerana mahu mengabadikan momen istimewa bersama keluarga kecil saya,” terangnya yang berkongsi persediaan menyambut Ramadan.
Rezeki Duta tudung Ariani
Uyaina merupakan sebagai salah seorang daripada duta tudung jenama Ariani , selain Bella Dally dan Datin Lisa Surihani.
“Alhamdulillah rezeki saya masih bersama mereka.
“Namun berbeza dengan tahun lalu, kali ini saya sudah berstatus sebagai ibu dan tentunya teruja menggayakan koleksi terbabit buat pertama kali bertiga bersama suami dan anak,” katanya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak-mak yang nak pilih ketam segar, manis & banyak isi ada tip tertentu.Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Harga ketam boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.
Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak. Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...