Gelang emas bila selalu pakai, lama-kelamaan ia nampak kusam dan berdaki. Maklumlah, pakai untuk ‘basahan’ dan hari-hari biasa.
Bilaberdaki, dah tentu tak lagi berkilat macam mula-mula baru beli kan. Ada mak-mak sanggup ke kedai emas untuk upah bersihkan. Mahunya ambil masa dua tiga hari untuk siapkan. Nak kena tunggu pula.
Rupanya, mak-mak boleh saja cuci gelang emas mahupun rantai berdaki dan kusam ini di rumah. Ambil masa 15-20 minit saja. Bahan pun hanya guna pencuci saja. Inilah yang dikongsikan oleh Rahaida Harun.
Masukkan pencuci glo dalam air panas. Rendam mana-mana barang kemas yang dah kusam selama 15-20 minit.
Boleh saja sental dengan menggunakan berus gigi. Jangan risau, sental guna berus gigi tidak akan lunturkan dan kopekkan barang kemas. Sebaliknya, elakkan dari rendam dengan mengguanakan alkohol atau bahan kimia.
Ads
Bila dah siap, bilas dengan air biasa dan keringkan. Hasilnya berkilat dan cantik.
Sebelum anak ke sekolah, mak-mak mesti akan sediakan air manis setiap pagi untuk anak minum. Kalau anak tak makan sekurangnya minum boleh bagi tenaga.
Begitulah mak-mak tak nak bagi anak perut kosong ke sekolah. Biasanya air manis waktu pagi yang selalu disediakan tentulah milo, susu, jus oren dan sebagainya. Belum lagi sarapan lain yang disediakan.
Sebenarnya, cara mak-mak salah. Inilah yang boleh membuatkan otak anak kecut sebab ambil minuman tinggi gula. Belum lagi hari-hari biasa yaang ada masanya anak memang suka dengan makanan manis lain. Ketahui kesan dan cara terbaik yang disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, terangkan selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
gula dalam conflakes.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
minuman kultur.
elak susu coklat atau strawberi tinggi gula.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat.
Menu Diet saya loss 25kg+ selama 10 bulan dulu. Sampai sekarang maintain je, Dah hampir 9 tahun dah saya amalkan DSSS ni. Ni semua menu-menu Breakfast, Lunch dan Dinner saya.
Saya makan 6 kali sehari termasuk snacking.
Boleh la kalau ada yang nak Tiruvasi menu-menu ni tapi ikut keperluan badan masing-masing ya.
Semoga bermanfaat.
Sebagai pengetahuan, diet Suku Suku Separuh ini merupakan satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Yang mana, portion makanan sihat mengikut piramid makanan itu divisualkan dalam pinggan. Jadi mudahlah untuk individu yang amalkan mengikut diet sebegini.
Bahagian pinggan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu :
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.