Kalau tahu anak demam, mak-mak lah orang pertama yang tak senang duduk tengok anak dah terbaring sakit. Tambah zaman sekarang, kita sering terdedah dengan cuaca dan keadaan sekitar yang kurang sihat. Sekiranya antibodi tak kuat, lagilah anak akan mudah dijangkiti penyakit.
Tetapi mak-mak jangan risau sebab kali ini anda boleh ikut tip yang dikongsi oleh Doktor Erna Nadia ini, apa yang penting mak-mak tak boleh kalut!
Apa nak buat bila anak demam?
Firstly, rileks, jangan gabra nanti caca merba.
Demam biasanya terjadi apabila…
1. Anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria),
2. Apabila anak anak nak pandai buat sesuatu ( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
3. Kalau bermain panas terlalu lama.
4. Jika terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil ( badan jadi stress sikit)
5. Selepas kena cucuk ( badan nak berinteraksi dengan ubat)
Setiap rumah wajib ada termometer.
Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita.
Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting kan✌?
Check suhu anak.
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah selsius, seeloknya bagi anak ubat punggung. Tapi kalau tak yakin dan tak tahu dose, bagi ubat demam biasa dan lap lap anak anak atau mandikan dia.
Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali.
Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
Andai suhu menurun, alhamdulillah.
Kemudian wajib pantau.
Jika tidak, tengok keadaan dia.
Nampak biasa atau luar biasa.
Buka semua baju dia.
Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking bagai.
Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu.
Biarkan haba panas keluar.
Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?
Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa.
Kesianlah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.
Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?
1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam ruam atau tidak?
Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.
Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.
Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.
Boleh tak terus bagi antibiotik kepada anak?
Tak boleh.
Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.
Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.
Boleh ke bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?
Tak boleh.
Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.
Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana.
Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?
Boleh. Cuma jangan berlebihan.
Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?
Tak boleh.
Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak kanak atau orang dewasa.
Yang tiada gas pun takboleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.
Bolehkah bagi aiskrim time anak demam?
Boleh.
Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.
Jangan paksa jika dia takmau makan nasi.
Bagi apa yang dia nak makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun dah ok.
Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu.
Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.
Pantau pampers dia.
Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor.
Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.
Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena.
Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.
Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh.
Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung.
Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.
Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.
Insha Allah, anak anda akan sihat jika langkah awal diambil.
Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?
Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.
Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?
Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.
Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Dia kan sedang membesar.
Kita dulu dulu pun mak ayah kita rilek saja.
Sekarang ni yang macam macam nak disumbat mulut anak.
Tanpa sedar penderaan mak ayah lakukan ini akan menyebabkan anak alami kegagalan. Tak semestinya dera fizikal, penderaan emosi pada anak kecil sebenarnya beri kesan lebih parah lagi. Elok anak nak berjaya, disebabkan penderaan mak ayah tanpa sedar anak temui jalan kesukaran pada masa depannya kelak.
Selalu kalau kita sebut, dera mesti dalam kepala terbayangkan kena pukul. Memang kita tak dera fizikal tapi sebenarnya ramai di kalangan mak ayah yang tidak sedar mereka selalu mendera emosi anak. Semak 7 penderaan ini, kalau anda memang pernah lakukan pada anak. Segera berubah kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh rosakkan masa depan anak.
Semak 7 Penderaan Mak Ayah Lakukan Tanpa Sedar
1. Bila Mak Ayah Tak ikhlas
Salah satu daripada 7 penderaan mak ayah adalah tiada keikhlasan dalam mendidik. Anak memang sentiasa mahukan perhatian, itu memang fitrah mereka. Ada anak-anak yang suka bertanya dan banyak cakap. Memang ada kalanya kita rasa rimas tapi jangan kita abaikan anak-anak. Beri reaksi agar anak tahu kita mendengar dan menghargai mereka.
Contoh: Mak ayah selalu layan anak tak ikhlas, bila dia bercerita kita tak fokus pada dia. Sebaliknya kita sibuk layan telefon atau tengok TV. Cuba kalau orang buat macam tu pada kita. Tak sedih ke? Silap-silap sentap. Anak pun ada perasaan, dia sangat sedih bila mak dan ayah tak endahkan dia.
Kesan: Anak yang selalu diabaikan akan rasa sedih, emosinya tidak stabil dan anak selalu rasa rendah diri. Mereka cenderung buat keputusan yang salah dalam hidup.
2. Tiada Reaksi Seolah-olah Buat Anak Tak Wujud
Anak beriya-iya bercerita tapi kita tak bagi reaksi langsung. Umpama anak bercerita dengan dinding. Anak-anak excited mahu mendengar komen kita tapi kita buat anak rasa seperti dia tidak wujud.
Contoh: Anak tanya tentang iklan billboard di tepi jalan. Tapi kita drive buat tak tahu je, langsung tak jawab soalan anak. Sedangkan anak ternanti-nanti jawapan kita.
Kesan: Anak rasa dirinya tak guna dan tak disayangi. Dia juga mungkin akan menjadi seorang yang pendiam.
3. Mengejek, Merendahkan Anak Depan Orang Lain
Seterusnya penderaan mak ayah tanpa sedar adalah dengan selalu mengejek anak tanpa sedar, misalnya menjadikan anak sebagai bahan lawak. Kita juga Kita juga suka bandingkan anak kita dengan orang lain, yang baik semua anak orang tapi anak kita semua kita cakap tak bagus.
Contoh: Bila anak kita pelat atau kencing malam, sampai dia besar kita dok ejek dia.
Kesan: Anak akan menjadi rendah diri, malu dan cenderung berdendam dengan kita.
4. Rasa Tak Percaya Dengan anak
Kita lebih percaya cakap orang luar berbanding anak kita. Kita selalu anggap anak kita buat cerita. Penderaan mak ayah ini yang paling membuatkan hati anak terluka.
Contoh: Bila anak cakap tak sedap badan macam nak demam, kita anggap anak buat alasan malas ke sekolah.
Kesan: Hubungan dengan anak akan jadi renggang. Anak akan mencari orang luar untuk meluahkan perasaan. Tu yang ramai budak-budak bawah umur ikut orang dengan rela hati. Orang luar amik kesempatan bila anak-anak kurang kasih sayang kita.
5. Terlalu Cerewet/ Perfectionist
Mak ayah dalam kategori ini sangat cerewet, ada saja yang tak kena tentang anak di mata mereka. Semua benda tak puas hati tentang anak. Jangan sampai mak ayah lakukan penderaan sebegini pada anak.
Contoh: Anak makan tumpah marah sedangkan anak masih kecil dan sedang belajar.
Kesan: Anak akan takut mencuba perkara baru, mereka jadi skema dan tidak kreatif. Anak jadi sangat stress, silap-silap anak boleh sakit jiwa dan jadi liar sebagai tanda protes.
Contoh: Tak ucap tahniah walaupun anak dapat nombor 1.
Kesan: Anak jadi insan yang pentingkan diri dan ego sama seperti mak dan ayahnya. Nanti kalau anak pun tak peduli kita jangan kecil hati ye. Sebab kita yang ajar mereka macam tu.
7. Sorok Atau Diamkan Kesilapan Anak
Ini satu contoh penderaan mak ayah yang tak boleh dibiarkan terjadi ketika membesarkan anak-anak. Kita anggap salah anak adalah perkara remeh, kita diamkan sahaja kerana malas nak fikir. Kita lepas tangan, kita harap anak berubah sendiri jadi insan yang baik.
Contoh: Bila cikgu cakap anak suka gaduh, kita tidak ambil tindakan walaupun kita tahu. Kita anggap ia perkara biasa kerana anak masih kecil.
Kesan: Anak jadi besar kepala dan keliru. Dia tidak tahu kesilapan dan menjadi orang yang suka membuli.
Penulis : Intan Rohaizat Zakariya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya berat hati untuk seorang ayah melepaskan anak kesayangannya pergi jauh. Apatah lagi ke luar negara. Namun itulah yang perlu dikorbankan untuk memberikan pelajaran yang terbaik buat si anak.
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menerusi entri di akaun Instagram meluahkan rasa berat hatinya untuk melepaskan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Perkongsian yang dimuat naik itu juga menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang.
Lindungilah Dia ,Ya Allah
“TabarakALLAH YA ALLAH KAU lah sebaik Baik nya penjaga utk anak ku @danishanaqiaaron I leave him in YOUR HANDS OH ALLAH. Protect him and all students from harm seen or unseen. Berat hati ini melihat anak sulong ku ke luar negara utk 3 tahun di Japan.” luah Aaron
Danish Lanjutkan Pelajaran Kursus Pra-IB dan Diploma
Aaron dan isterinya Diyana Halik, begitu sayu ketika menghantar anak mereka Danish Anaqi, 16 berangkat ke Jepun untuk menyambung belajar.
Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
Beberapa hari sebelum itu, Aaron mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anaknya;
Untuk rekod Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
MW juga ucapkan semoga Danish sukses sebagai seorang pelajar di sana.
Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, orang sanggup lakukan apa sahaja.Kisah lelaki menjual isteri mungkin biasa berlaku tetapi lain pula ceritanya apabila seorang wanita di Surabaya, Indonesia yang ditangkap polis kerana menjual suaminya di Facebook (FB) baru-baru ini.
Memetik laporan Tribun News,seorang wanita berusia 24 tahun ditahan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia apabila didapati menjual suaminya bagi tujuan seks. Pasangan ini ditangkap polis negara itu di sebuah hotel ketika menunggu pelanggan yang dahagakan belaian si suami.
Laporan itu disahkan oleh jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan yang mengatakan wanita yang berasal dari Jalan Tambak Wedi Baru Surabaya, Jawa Timur, itu sanggup mengiklankan ‘perkhidmatan’ suaminya melalui group ‘Fantasi Real of Pasutri’ di Facebook yang memiliki 11,000 orang ahli.
Wanita tersebut menawarkan suaminya untuk tujuan seks di laman sosial Facebook dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.
4 kali Jual Suami
Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut bukan sahaja menjual suami malah kadangkala tergamak melayan pelanggan bersama suaminya untuk aksi ranjang bertiga atau threesome. Menurut pengakuan wanita tersebut, dia sudah 4 kali sebelum ini menjual suaminya.
Ketika disoalsiasat polis, wanita itu mengakui melakukan kesalahan itu demi wang semata-mata.
Macam-macam hal yang berlaku didunia sekarang, kes isteri menjual suami mungkin antara kes terpencil yang berlaku namun ia tidak mustahil terjadi. Biarlah susah dan tiada duit macam mana pun, hakikat wanita yang sebenar memang tidak rela berkongsi!Baik dengan wanita lain apatah lagi LELAKI! isk!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.