Suka Sangat Picit Jerawat Kan, Sebelum Merebak Teruk, Sila Cegah Dengan 4 Amalan Ini


Rimas sungguh bila jerawat timbul dekat muka. Lagi-lagi bila belek muka dekat cermin. Masa itulah tangan gatal merenyam picit-picit jerawat. Konon-konon bila selesai memicit itu, isi jerawat dah keluar, maka ‘mati’lah jerawat itu nanti.

Persepsi semacam ini salah banyak sebenarnya. Sebab apa tau, jari-jemari kita ini sangat terdedah dengan bakteria. Lagi pula kita letakkan ia dekat kulit muka yang sedang merengsa atau kemerah-merahan akibat jerawat.

Sebenarnya bukan saja masalah jerawat, apa pun yang berkaitan kulit muka. Keseronokan memegang kulit muka itu bukanlah satu amalan yang baik. Ketahui selebihnya bagaimana cara mencegah kulit muka daripada masalah kulit dengan amalan berikut.

Bila kulit dah cantik bebas masalah, nak keluar rumah tanpa solekan pun rasa selesa dan yakin. Yang penting bagaimana kita mencegah masalah kulit muka.

 

Suka Sangat Picit Jerawat Kan, Sebelum Merebak Teruk, Sila Cegah Dengan 4 Amalan Ini


4 Amalan Perlu Elak Agar Jerawat, Masalah Kulit Tak Naik Kat Kulit Muka

#1 Tahu Kan Bahaya Sinaran Matahari

Sebab itu, perlu elakkan daripada terdedah terlalu lama kepada sinaran UV. Ia akan menyebabkan keradangan dan hyperpidmentation kepada kulit sekaligus menggalakkan kulit berminyak dan menimbulkan masalah white/black head. Sebaiknya, amalkan krim anti-UV dengan SPF 30 atau lebih, jika perlu.

#2 Hentikan Apa-apa Pengambilan Produk Bergula

Ini saranan pakar yang mendapati pengambilan produk dengan gula proses, misalnya kopi 3-in-1 akan menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Perlu juga dielak pengambilan makanan berminyak dan makanan segera. Keduanya ini pun punca masalah kulit. Susah sangat kah nak amalkan makan buah-buahan sayur-sayuran? Jangan macam itu, sebab pengambilan diet sebeginilah buat kulit lebih cantik dan bersinar.

IKLAN

#3 Haa.. Siapa Suka Pegang Muka

Buat mereka yang ada habit ini, cepat-cepat kuatkan emosi dan berhenti segera. Jari-jari anda yang ada bakteria itu mampu mengakibatkan masalah kulit pada wajah.

Paling pantang, habit mencungkil jerawat. Tolonglah elakkan, kerana tabiat inilah yang akan mengakibatkan jangkitan pada muka dan masalah parut.

Pasti kita tak mahu kulit muka berparutkan?

#4 Obses Sangat Nak Bersolek

Majoriti wanita akan bersolek untuk nampak lebih cantik. Malangnya amalan terlalu obses kepada solekan akan merosakkan kulit wajah.

Rehatkan dan manjakanlah kulit wajah kita, jika kita tidak ke pejabat atau sedang berehat di rumah. Tak perlulah nak tepek blush, foundation atau powder selama mungkin.

IKLAN

Bukankah lebih baik jika kulit anda nampak halus, gebu secara semula jadi?

Buang Toksik Pemakanan Dengan Khasiat Buah Semulajadi, Multivitamin & Ekstrak Sakura

Tahukah anda, khasiat buah-buahan semulajadi, multivitamin dan ekstrak sakura padat di dalam 1 sachet SellaVita Gold?

Kandungan khasiat semula jadi mampu membantu anda mendapatkan kulit wajah yang diimpikan.

 

Suka Sangat Picit Jerawat Kan, Sebelum Merebak Teruk, Sila Cegah Dengan 4 Amalan Ini


IKLAN

 

Suka Sangat Picit Jerawat Kan, Sebelum Merebak Teruk, Sila Cegah Dengan 4 Amalan Ini


 

SVG bertindak dari dalam, membuang lebihan toksik dari pemakanan sekali gus membekalkan nutrisi kepada kulit dan memberi kesan kepada kulit anda dari dalam.

Siapa kata anda tidak boleh keluar rumah tanpa solekan?
Simply gorgeous, bersama Mamina.

Dengan kilang pengeluar produk Mamina yang memenuhi ISO, GMP, Halal dan Mesti

Sumber/Foto : Mamina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI