Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin

Selama ini, kalau makan nasi berlauk dekat kedai mamak tak sah kalau tak bersulamkan papadom. Keropok Papadom ini kalau makan gitu-gitu saja pun sedap, rangup buat mak ayah ‘ralit’.

Walaupun keropok rangup ini cuma hidangan sampingan ketika makan nasi briyani atau nasi minyak, mahu pun nasi berlauk kedai mamak, mak ayah perlu jaga-jaga dengan pengambilannya.

Bila diambil secara berlebihan, situasi ini yang mak ayah akan hadapi.

Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin

Ujian Makmal Temui ‘Garam Yang Tinggi’ Dalam Papadom

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris memaklumkan agar peminat papadom kurangkan pengambilannya.

Sebabnya, dalam kerepek rangup papdom ini ADA KANDUNGAN GARAM YANG TINGGI.

Semua ini dah dibuktikan dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom. Hasilnya, kesemua sampel Papadom itu ada lebih 1,000mg/100 gram garam.

Ads

Yang lebih mengejutkan, empat daripada sampel-sampel itu ada lebih 2,000mg/100 gram garam.

 

Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin

Papadom Juga Punca Darah Tinggi, Strok Dan Serangan Jantung

Bila dah tinggi kandungan garamnya, dinasihatkan peminat kerepek rangup ini kurangkanlah makan papadom.

Ads

Kata SM Mohamed Idris lagi, “Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. ”

Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.”

Ada apa pada sekeping papadom itu? Kalau mak ayah nak tahu, sekeping papadom itu mengandungi 260 mg garam.

Bila makan, mana mungkin makan sekepingkan. Paling tidak lima keping. Bila dikira, kandungan garam yang mak ayah dah ambil tu jumlahnya 1,300 mg. Haa.. mana tak jadi punca darah tinggi.

Ads

 

Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin

Makan Papadom Berlebihan Boleh Buat Sembelit Dan Perut Berangin

Walau bagaimana pun, papadom ini boleh dianggap tak memudaratkan. Namun, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sebagai usaha CAP untuk menyelamatkan dan meningkatkan kesejahteraan pengguna, pihaknya menggesa agar Kementerian Kesihatan menetapkan kadar GARAM dalam papadom.

Agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

Sumber/Foto : Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI