Bila dah jadi mak, secara automatik nak tak nak mesti membebel bila ada saja anak-anak buat perkara yang boleh buat mak-mak rasa geram dan marah. Silap percaturan, pasangan pun boleh kena sama.
Rasanya mak-mak tak adalah nak membebel sekadar nak bagitau atau terangkan. Tapi bila sudah rasa penat dan ada orang dalam rumah buat hal, dari satu perkataan boleh jadi berpuluh patah. Bimbang, seorang yang buat hal, habis semua orang dalam rumah kena bebel oleh mak.
Begitulah mak-mak, bukan suka-suka nak membebel tapi lumrah seorang ibu. Bukan semua mak yang suka membebel, ada juga mak-mak yang lebih kepada senyap dan ada yang tak ‘reti’ membebel.
Bila tak reti membebel, ia terbalik kepada pasangannya pula suka membebel. Orang cakap, bila lelaki membebel lagi pedih. Tak tahulah betuk atau tidak.
Walau bagaimanapun, kalau mak-mak rasa tak nak membebel, boleh cuba latihan ini. Perkongsian daripada Nurhidayah Jaafar. Mungkin mak-mak boleh praktis dari sekarang!
Dua latihan untuk menjadi isteri yang tidak membebel.
LATIHAN SATU
Bercakap cukup-cukup, 1 hingga 2 ayat sahaja.
“Abang, tolong angkat kain.” – CUKUP
Tidak perlu sehingga begini.
Ads
“Abang, nampak tak hujan kat luar tu. Tolonglah angkat kain tu kejap. Sayang nak tengok budak-budak ni kelas online. Sudah-sudahlah main Facebook tu!” (Berhenti sekejap sebab suami ke luar).
(Kemudian suami masuk bawa kain) Isteri sambung semula, “Haa nasib sempat angkat. Ishhh, kalau tak basah tadi, dah kena basuh semula. Macam semalam, habis semua kena basuh. Semua tak sedar kan… Leka tengok TV.”
Aduh! Ini sudah TERLEBIH CUKUP.
LATIHAN DUA
Jawab mengikut skema jawapan peperiksaan.
Apabila suami tanya, “Darling, sudah makan?
Kita jawab begini saja, “Belum abang!” – LULUS
Tidak perlu panjang begini.
Ads
“Belum lagi. Tadi sibuk kat ofis. Bos tu nak macam-macam. Penat! Nak masak pun tak larat. Kita makan kat luar sahajalah!” – TAK LULUS
Mingguan Wanita : Ini baru betul. Kena bagi jawapan yang tepat. Tak perlu bagi jawapan dan ulasan lain.
oup khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Sebagaimana seorang ibu, begitulah juga besarnya kasih sayang seorang ayah. Besarnya pengorbanan ayah, tatkala makan bersama biarkan anak ambil dahulu, lauk yang tertinggal itulah rezeki ayah.
Paling penting bagi seorang ayah adalah melihat anak-anak bahagia, dapat makan secukupnya. Begitulah besarnya kasih sayang seorang ayah. Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini dan fahami sebaiknya:
Besarnya Pengorbanan Seorang Ayah
Setelah hidangan makan malam dihidangkan, anak-anak dan isteri mengambil tempat masing-masing di meja makan.
“Semua boleh ambil apa-apa lauk yang kamu suka. Ambik secukup-cukupnya,” ujar ku kepada anak-anak sambil perhatikan mereka.
Kadang-kadang berebut-rebut juga bahagian masing-masing. Dia ni nak ayam bahagian peha, dia tu nak bahagian dada. Aku perhatikan saja sehingga selesai.
Setelah doa makan dibacakan, mereka mula makan dan aku baru mengambil lauk bahagian aku sendiri.
Itulah, kadang kala lauk dah habis anak-anak ambil dan hanya tertinggal kuah saja. Itulah rezeki buatku sebagai seorang ayah.
Biarkan Anak Ambil Dahulu, Lauk Yang Tertinggal Itulah Rezeki Ayah
“Eh! Papa punya ayam mana?” Tanya anak sulung setelah dia perasan bahagian aku sudah tiada.
“Papa muak pulak nak makan ayam. Selalu sangat makan. Nak makan kuah dengan ulam saja. Selera sikit.” Aku cuba berdalih. Hakikat sebenarnya memang tak mencukupi. Silap bajet.
Itu yang sering berlaku dimana saja kami nak makan.
Tengok mereka gembira, itulah kebahagiaan sebenar seorang ayah tanpa kita fikir diri kita sendiri.
Teringat Pengorbanan Ayah
Jika situasi itu berlaku terus aku teringatkan ayahandaku. Dari aku kanak-kanak dah perasan apa yang dia lakukan.
Beliau akan menyuruh kita orang adik beradik mengambil lauk pauk dan setelah selesai baru beliau mengambilnya. Sisa yang berbaki itulah rezeki dia. Keluarga didahulukan.
Subhanallah, kini aku menyedari apa yang beliau lakukan demi kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak dan keluarga. Itu pengorbanan beliau.
Terima kasih abah kerana mengajarku erti kehidupan dan pengorbanan sebenarnya.
Doaku sentiasa buat ayahandaku Ustaz Haji Abdullah Bin Haji Yusof.
Dr Zek
MW: Tidak kiralah mak atau ayah,masing-masing ingin melihat anak-anak gembira dan kenyang dahulu. Keperluan dan kehendak mereka diketepikan semata-mata ingin melihat kebahagiaan anak-anak.
Wanita penuh dengan emosi dan lebih cenderung untuk mempamerkan apa yang mereka sedang rasaikan pada pasangan mereka. Dengan harapan, pasangan atau orang yang paling hampir dengan mereka akan faham apa yang mereka rasa.
Sebagai suami, pernah tak isteri anda merajuk? Puncanya anda sendiri pun tak dapat kesan. Apakah anda hendak biarkan saja atau memujuk isteri yang sedang merajuk?
Faham
Sebagai suami, anda tentu sudah mulai faham (walau pun belum sepenuhnya) bila isteri anda sedang merajuk. Mungkin dia banyak diam. Kalau ditanya, sepatah saja dijawab. Kemudian, sengaja menyibukkan diri dengan kerja rumah dan anak-anak, seolah-olah menggelakkan diri daripada bercakap/ bermesra dengan anda.Jika begitu, cubalah cari puncanya mengapa isteri merajuk. Barulah anda boleh pujuk.
Selain itu, terdapat cara-cara tertentu untuk memujuk isteri. Setiap wanita ada cara nak melembutkan hati mereka.
Tahu ‘Kelemahan Isteri’
Di sini, apa yang dimaksudkan dengan ‘kelemahan’ isteri adalah apa yang dia suka atau sesuatu yang boleh buat dia ‘cair’. Ada wanita yang memang sukakan kejutan, jadi buatlah kejutan untuknya. Contohnya dalam diam, tempah jambangan bunga dan minta dihantar ke rumah. Pasti senyuman akan mekar di bibirnya umpama kuntuman bunga yang diterimanya itu.
Ada juga yang bersikap praktikal, cara untuk memujuknya pun mudah saja. Bila anda bantu dia uruskan kerja-kerja rumah yang belum sempat disiapkan, pasti dia akan rasa gembira. Sedikit demi sedikit, hampiri dia, dan tanya apa yang buat dia merajuk. Bila hati dan gembira, tentu dia akan berkongsi dengan anda.
Ingat wahai suami, jika puncanya disebabkan anda, minta maaf jika perlu. Tak jatuh maruah suami bila minta maaf dengan isteri. Berikan penjelasan sewajarnya.
Sekadar Nak Perhatian
Kadangkala pening juga kepala bila punca rajuknya hanya perkara-perkara remeh. Contohnya anda tidak memeluknya seperti biasa bila pulang kerja. Kalau begitu, lekas-lekas bagi pelukan dan ciuman mesra untuknya. Jelaskan juga, di saat itu anda terlalu penat dan ‘terlupa’. Sebenarnya itu adalah tanda dia inginkan perhatian daripada anda, suaminya. Anggaplah dia rindu bila seharian tidak berjumpa kerana anda bekerja. Sweet bukan?
Apa pun, jangan biarkan rajuk isteri tidak dipujuk. Ia boleh menjadi satu bebanan emosi di hatinya. Lain pula jadinya nanti!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...