Ini Cara Betul Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis, Gebu Bak 'Bantal'

Nak hasilkan surian crepe ini tidaklah sukar. Filling kastard dan duriannya pun mudah saja nak buat. Yang jadi masalah buat mak-mak ialah buat kulit durian crepe yang nipis.

Kalau tak kena gaya, crepe tu atau kulitnya akan jadi macam kuih ketayap atau lempeng tebal. Tak sedap nanti bila dimakan dengan filling kastard durian tu.

Ini cara nak hasilkan kulit yang nipis. Resepi perkongsian Tahrunnisah Jali ini terbaik untuk dicuba.

Resepi Durian Crepe versi tahrunnisah Jali ini untuk mereka yang baru nak berjinak dalam membuat Durian Crepe dan memudahkan rakan-rakan mempelajarinya.”

 

Ini Cara Betul Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis, Gebu Bak ‘Bantal’

Bahan-bahan Untuk Kulit/Crepe

(akan hasilkan 18 – 20 keping crepe)

IKLAN

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210 ml)
1/2 cawan susu segar (130 ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning @ jenis serbuk isi sikit je ya

 

Filling Kastard + Durian

2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan

 

IKLAN
Ini Cara Betul Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis, Gebu Bak ‘Bantal’
ok..ni whipping cream keluarkan dari peti ais baru di pukul kental/soft peak

Filling Whipping Cream

500 gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

6 Cara Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis

1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu.
2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen
vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan je ya..kemudian tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. (saya guna tisu paper).
4. Dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
5. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi. Kemudian letak balik atas dapur (saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu. Just layang-layangkan /lenggangkan je sehingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ya kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya.
6. Ulangi hingga habis. boleh ditindih-tindih kulitnya insya-Allah tak melekat

 

IKLAN

Cara Buat Filling Kastard + Durian

1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tak cair

 

Ini Cara Betul Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis, Gebu Bak ‘Bantal’
Inilah whipping cream tadi yang kita pukul sehingga ia soft peak/kental.. pukul dia pun agak-agak dah kental terus off ye.. kalau lagi lama nanti whipping cream akan jadi berketul-ketul dan mencair terus tak jadi.. Dah kental/soft peak off mesin.

Cara Buat Filling Whipping Cream

1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream,
tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda
sudah manis abaikan gula icing tu.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam
piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak mencair.

 

Masa Untuk “Membantalkan Durian Crepe”

1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dalam gambar), kemudian letak pula filling kastard + durian. Letak semula whipping atas kastard tadi.
2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.. haaa dah siap masukkan dalam freezer kejap.
3. Dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru keluar dari freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan. Jangan keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak) Selamat Mencuba

Sumber/Foto/Video : Tahrunnisah Jali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI