petua rambut

Rambut merupakan mahkota wanita yang memerlukan penjagaan rapi untuk kekal sihat,lebat dan cantik.Rambut bermasalah tidak mengira usia, namun bila usia semakin meningkat dan tidak terjaga, mulalah masalah rambut semakin ketara. Menjadi mimpi ngeri buat wanita apabila rambut yang dahulunya sihat, hitam,lebat dan bersinar mulai hadapi masalah seperti rambut gugur, menipis, kering, bercabang,kasar, sukar diurus dan beruban.Memang naik risau dibuatnya.

Sebenarnya ada cara semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk selesaikan masalah ini.Gerenti ia mampu membuatkan rambut kembali kekal sihat dan cantik malah kosnya juga jauh lebih murah serta jimat!

Ikut 8 petua mujarab ini, jom cuba!

1.Petua Rambut Kering

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Telur
Campurkan sebiji telur dengan sesudu minyak kelapa,minyak zaitun dan sesikit madu.Sapukan pada seluruh rambut.Biarkan seketika dan bilas.Lakukan seminggu sekali bagi mendapatkan rambut yang lembap dan halus.

2.Petua Luruskan Rambut

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Santan
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua.Kemudian masukkan setengah cawan jus limau nipis ke dalam santan tersebut dan sebatikan.Sejukkan ramuan ini di dalam peti semalam.Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.Sapu sehingga rata dan urutkan pada kepala setiap malam sebelum tidur.Bilas sehingga bersih.Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

IKLAN

3.Petua Rambut Kekal Hitam & Elak Beruban

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Daun Kari
Bagi wanita yang rambutnya mulai tumbuh uban,usah risau.Cuba petua ini.Campurkan segenggam daun kari dan sesudu minyak kelapa.Masak di atas api sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk.Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut.Amalkan setiap hari.

4.Petua Wangikan Rambut

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Limau Nipis
Beberapa biji limau nipis dihiris.Gosok ke seluruh kepala.Biarkan setengah jam dan cuci bersih.Limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

IKLAN

5.Petua Melebatkan Rambut

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Daun Lidah Buaya
Ambil lendir lidah buaya dan ratakan ke atas kepala.Biarkan kering.Bilas dengan air bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu.

6.Petua Melembutkan Rambut

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Kangkung
Ambil secekak kangkung dan letakkan enam sudu air suam ke dalam sebuah bekas.Ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir.Sapukan lendir kangkung dan biarkan seketika.Bilas rambut dengan air bersih.Lakukan setiap hari selama dua minggu.Hasilnya sangat memuaskan.

IKLAN

7.Petua Atasi Rambut Gugur

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Kacang Hijau
Rendam semalaman secawan kacang hijau.Tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala.Biarkan sehingga rambut kering,bilas bersih.Amalkan.Selain rambut menjadi semakin lebat,petua ini juga membantu mengatasi masalah sakit kepala.

8.Petua Rambut Bebas Kelemumur

Ini 8 Petua Semulajadi, Gerenti Boleh Selesaikan Apa Juga Jenis Masalah Rambut Yang Mak-Mak Hadapi!

Serai
Kisar tiga batang serai bersama tiga biji limau nipis.Kemudian tapis dan ambil patinya.Sapukan seluruh rambut seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air hingga bersih.

Semoga bermanfaat! Tak salah mak-mak cuba petua tradisonal ni, yang terbukti bebas bahan kimia, lebih semula jadi dan berkesan dalam mengatasi masalah rambut.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI