“Ingatkan Waktu Berpantang Bolehlah Berehat..” - Siti Nurhaliza

Tak baik betul penulis blog yang buat cerita palsu tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahu tak penyanyi kesayangan Malaysia ini sedang dalam berpantang. Orang perempuan ini kalau berpantang, dia kena dalam keadaan tenang. Tak boleh stress.

Bila stress, macam-macam boleh jadi. Syukurlah Datuk Seri Siti Nurhaliza ini kuat dan tabah orangnya. Tengok sajalah masa sesi memperkenalkan nama Aafiyah hari itu pun, beliau kuat berlama-lamaan melayan para tetamunya dalam senyuman yang tak lekang di bibir.

Inikan pula berita palsu yang boleh mengelirukan para peminat beliau. Sebagai nak menjelaskan keadaan, Datuk Seri Siti tegaskan hal ini semula dalam instagram miliknya.

Saya Perlu Jelaskan Sesuatu – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.”

IKLAN

Ini berita palsu yang Datuk Seri Siti maksudkan.

“Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.”

IKLAN

SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.

Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.”

IKLAN

Sila Padam Segera, Sebelum..

Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.

Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.

Haa.. kan Datuk Seri Siti dah bagi warning tu. Baiklah pemilik blog berkenaan padamkan segera. Mingguan Wanita berharap kelak, Datuk Seri Siti dapat jalani sesi berpantang dengan tenang disamping si comel pipi merah, Siti Aafiyah.

Sumber/Foto : Instagram ctdk

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI