mentua awet muda

Wooww… tak sangka rupanya gambar yang tukar baru-baru ini di twitter itu mentua, serius ingatkan kawan kepada Azyani Zamri. Cuba tengok, nampak muda bukan?

Agak-agak apa lah rahsianya, dah 40an tapi maintain body macam anak dara. Jom, kita selongkar 11 rahsia awet muda wanita berstatus nenek ini.

Rahsia Awet Muda Ibu Umur 45 Tahun

Since ramai yang nak tahu apa rahsia my mil looks younger than me! Nak i share tak? i pun curious nak tahu her beauty secrets masa i mula-mula kahwin dengan anak dia!

Hi gais! So sorry lambat, okay jom kita start! Firstly i want to introduce my mil. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mertua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ni pic Mama dgn cucu-cucunya; my kids.

My first son, Muhammad Adam Furqan – 2y7m n my secondbaby princess, Medina Safiyya – 7m. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. (setakat ni) Yes, kalau kami keluar sama-sama, ramai usha semacam ja bila Mama cakap kat Adam “Mai kat TokMa mai”

Azie pun masa mula-mula kenal my husband, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Last-last memang betul mak dia wei. First time dia introduce Azie kat mama dia time tu bulan puasa, kami buka puasa sesama.

Aduhaii… memang muda gila. Dengan rampingnya, kecik molek ja, dulu lagi kurus dari pic atas tu. Serious macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, then decide untuk kahwin pada tahun 2015, April.

Yes bagi yang bertanya dan berteka-teki, my mil memang kawen muda. Umur 18 tahun dia kawen, then lahirkan my husband masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.

Of course Azie korek rahsia awet muda Mama once dah jadi official menantu mama! Dan segala rahsia/tips/petua/her beauty secrets memang sangat-sangat bagus untuk kita orang perempuan terutamanya since anak dara.

Okay jom kita go thru satu-satu what’s the secrets:

IKLAN

1. Mama jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Here’s Azie senaraikan apa keburukan minum minuman manis. Tapi Azie suka Milo Ais.

2. Mama suka makan buah. Especially buah yang kaya dengan Vitamin C. Mama cakap malam2 kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon!

Yes, lemon sangat-sangat bagus untuk kekalkan ke”remaja”an dan awet muda. Mama amal since umur dia 20++ tahun.

Mama dengan anak terunanya which is husband i. Nampak macam awek dengan pakwe kan? I is jelessss.

3. Mama suka berkayuh. Haa actually my mil n fil dua-dua suka bersenam dan senaman yang selalu mereka buat sama-sama adalah cycling. Perghh Azie pun tak rajin macam ni wei. Tapi kena amik satu masa jugak at least exercise 1x seminggu!

Haaa see! Bagus sangat berbasikal ni. Baik untuk kesihatan. Boleh nampak 10 tahun lebih muda tau.

IKLAN

Ni pulak gambar my Fil berbasikal. Oh btw, my Fil 50 tahun sekarang. Beza 5 tahun dengan Mama. Dan badannya masih fit dan tak boroi. hihi

Okay next secrets :

4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa’. Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.

5. Mama suka ikut petua orang tua-tua. Contohnya;
– Mama suka buat wap muka dengan wap air time masak nasi tu.
– Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik.
– Minum jus air daun pegaga, peria (Ouch ini mmg betul-betul kena kental ni kalau nak telan)

Wap muka ni Azie pun suka jugak buat dan dia sangat bagus untuk:
• kecutkan/hilangkan jerawat
• buang whitehead/blackhead
• melembapkan muka
• menaikkan seri wajah
• buat kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu!

6. Mama sentiasa happy/always positive dan tak suka negativity. Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positive. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respect sebab Mama memang selalu ceria je. Budak-budak kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.

IKLAN

Mama cakap lagi, mama suka happykan orang, contoh dia ceria dalam kelas, budak-budak suka dia, bila budak-budak suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak2 sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik-baik. Emmm bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!

7. Mama jenis yg suka jaga personaliti. Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yang jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai lencu okay. Yang ni wifey-wifey harus praktikkan tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah MashaAllah.

8. Mama jarang sangat selsema/batuk/demam. Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.

Next,
9. Mama suka makan ulam-ulaman. Contoh; ulam raja; pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu)

10. My mil and fil suka pi honeymoon! Yes mereka setiap tahun especially time anniversary date memang akan spend time together. Dan tarikh-tarikh penting ni sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yang patut dikekalkan dalam rumah tangga.

Mama cakap juga, walau anak-anak dah besar nanti, mesti kekalkan “sweet” dengan pasangan supaya kita sentiasa happy dan bila kita happy wajah kita takkan cepat kendur dan kedut. Jadi kita akan sentiasa kelihatan muda dan tak nampak tua!

Okay lastly, number 11. Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yang cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!

Alhamdulillah setakat ni Mama bagitau Azie yang ni la beauty secrets dia selama ni. Sharing is caring. Sapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi still nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda jugak!

Thank you gais sudi baca thread ni. Semoga bermanfaat ya. Maaf kalau ada salah silap atau terkasar bahasa.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI