Beat the flu

Dalam dunia kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi, mereka mungkin membayangkan diri sebagai adiwira yang bertarung dengan raksasa yang menakutkan. Namun dalam kehidupan sebenar, kanak-kanak amat terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Influenza adalah salah satu daripada ancaman tersebut. Penyakit ini menyebabkan antara 290,000 dan 650,000 kematian berkaitan masalah pernafasan setiap tahun di seluruh dunia1, dan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.

Lebih Muda, Lebih Tinggi Risiko

Influenza, Ancaman Sebenar Kepada Kanak-Kanak

Kanak-kanak adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza. Walaupun individu yang sihat biasanya hanya mengalami simptom-simptom yang ringan hingga sederhana1, kanak-kanak yang masih kecil boleh mendapat jangkitan influenza yang teruk.

Ini dapat dilihat melalui sebuah kajian yang mendapati kanak-kanak yang dirawat di hospital akibat influenza sama ada dimasukkan ke unit rawatan intensif (12%), mengalami kegagalan pernafasan (5%), mendapat jangkitan bakteria lain (2%), atau meninggal dunia (0.5%) 2

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga menganggarkan setiap tahun, kemasukan ke hospital akibat influenza di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun adalah antara 7,000 hingga 26,000 di Amerika Syarikat. 4 Ini disebabkan sistem imun mereka yang belum matang; dan bagi bayi berumur enam bulan pula, mereka masih belum boleh diberikan vaksin.3

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan lain lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital akibat influenza. Dari 40% kanak-kanak yang dikaji oleh Dawood, 18% menghidap lelah, 15% (yang berusia bawah dua tahun) dilahirkan pramatang, dan 7% mengalami masalah perkembangan.5

Namun ini tidak bermakna kanak-kanak lain selamat. Satu kajian yang dijalankan selama 25 tahun terhadap 1,665 kanak-kanak yang sihat mendapati bahawa influenza dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi di kalangan kanak-kanak sihat yang berusia bawah lima tahun. Otitis media akut (jangkitan telinga dalam yang menyakitkan) dan jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah dua tahun. 6

Kanak-Kanak Mudah Dijangkiti Dan Menyebarkan Influenza

Influenza, Ancaman Sebenar Kepada Kanak-Kanak

Influenza boleh merebak melalui beberapa cara. Sekiranya seseorang yang dijangkiti influenza batuk atau bersin secara terbuka, virus influenza akan tersebar ke udara. Apabila ia dihidu oleh orang lain, virus ini boleh memasuki saluran pernafasan dan mula membiak. 7

Selain itu, titisan cecair tersebut mungkin terkena atau dipindahkan melalui sentuhan kepada barangan seperti alat kawalan jauh, pemegang pintu, cadar, selimut dan sebagainya. Virus ini boleh hidup selama beberapa jam atau hari. Dalam tempoh itu, sesiapa sahaja yang menyentuh objek yang tercemar (dikenali sebagai fomite) akan mendapat virus tersebut dan ia akan memasuki mulut, saluran pernafasan, dan mata dan seterusnya memasuki seluruh tubuh. 4

Kanak-kanak sering berkongsi alat permainan dan berada dekat dengan rakan-rakan di sekolah, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Jadi, tidak hairanlah mereka mudah dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Malah, mereka juga memindahkan lebih banyak virus dalam tempoh yang lebih lama berbanding orang dewasa walaupun menunjukkan simptom untuk tempoh yang lebih singkat. 8

Semua ini biasanya akan menimbulkan masalah kepada diri mereka dan ahli keluarga mereka. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Principi et al mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang menghidap influenza menghadiri pusat jagaan harian atau sekolah. Mereka juga lebih cenderung untuk mengalami demam dan krup (jangkitan pada saluran udara atas yang dikenal pasti dengan batuk menyalak), dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk tempoh yang lebih lama. 9

IKLAN

Ibu bapa dan adik beradik mereka juga mengalami lebih banyak penyakit pernafasan, memerlukan lebih banyak rawatan, tidak dapat hadir ke sekolah atau bekerja untuk tempoh yang lebih lama, dan memerlukan bantuan di rumah untuk menjaga anak-anak yang sakit untuk tempoh yang lebih lama. 10

Beri Kanak-Kanak Vaksin Influenza

Influenza, Ancaman Sebenar Kepada Kanak-Kanak

Mendidik kanak-kanak mengenai amalan dan etika kebersihan diri boleh membantu mengurangkan risiko dijangkiti influenza. Ini termasuklah mencuci tangan dan mengelakkan interaksi dengan rakan-rakan yang menunjukkan tanda-tanda menghidap influenza. 11

Walau bagaimanapun, vaksinasi adalah cara yang terbaik untuk mencegah influenza. 12 CDC menyarankan pemberian vaksin bagi semua kanak-kanak yang berusia lebih enam bulan (serta orang dewasa yang menjaga kanak-kanak). Dua dos vaksin diperlukan untuk kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga lapan tahun, dan hanya satu dos diperlukan selepas itu. 13

Vaksin influenza sepatutnya diberikan setiap tahun untuk melindungi daripada mutasi baru virus yang dijangka datang pada musim berikutnya. 14

Ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lebih teruk yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau komplikasi yang serius. Ia juga akan membantu menghalang virus tersebut daripada tersebar di rumah (terutamanya jika anda mempunyai bayi yang berusia bawah enam bulan) atau di sekolah. 15

Sementara negara-negara beriklim sederhana mengalami influenza secara bermusim ketika musim sejuk, kita di Malaysia menghadapinya sepanjang tahun. Oleh itu, anda perlu memastikan anak anda mendapat vaksin secepat mungkin dan pastikan anda mengulangi proses tersebut setiap tahun.

IKLAN

Artikel sumbangan program Immunise4Life oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia, disokong Sanofi Pasteur. Ketahui lebih lanjut di https://immunise4life.my/tewaskan-flu/?lang=ms

Rujukan:

1Bresee, J., Fitzner, J., Campbell, H., Cohen, C., Cozza, V., & Jara, J. et al. (2018). Progress and Remaining Gaps in Estimating the Global Disease Burden of Influenza. Emerging Infectious Diseases, 24(7), 1173-1177. doi: 10.3201/eid2407.171270

2Mancinelli, L., Onori, M., Concato, C., Sorge, R., Chiavelli, S., & Coltella, L. et al. (2015). Clinical features of children hospitalized with influenza A and B infections during the 2012–2013 influenza season in Italy. BMC Infectious Diseases, 16(1). doi: 10.1186/s12879-015-1333-x

3Dawood, F., Fiore, A., Kamimoto, L., Bramley, A., Reingold, A., & Gershman, K. et al. (2010). Burden of Seasonal Influenza Hospitalization in Children, United States, 2003 to 2008. The Journal Of Pediatrics, 157(5), 808-814. doi: 10.1016/j.jpeds.2010.05.012

4Children & Influenza (Flu) | CDC. (2019). Retrieved from https://www.cdc.gov/flu/protect/children.htm

5Dawood, F., Fiore, A., Kamimoto, L., Bramley, A., Reingold, A., & Gershman, K. et al. (2009). Burden of Seasonal Influenza Hospitalization in Children, United States, 2003 to 2008. The Journal Of Pediatrics, 157(5), 808-814.

IKLAN

6Neuzil, K., Zhu, Y., Griffin, M., Edwards, K., Thompson, J., Tollefson, S., & Wright, P. (2002). Burden of Interpandemic Influenza in Children Younger than 5 Years: A 25‐Year Prospective Study. The Journal Of Infectious Diseases, 185(2), 147-152. doi: 10.1086/338363

7Morris, D. E., Cleary, D. W., & Clarke, S. C. (2017). Secondary Bacterial Infections Associated with Influenza Pandemics. Frontiers in microbiology, 8, 1041. doi:10.3389/fmicb.2017.01041

8 Petrie, J., Ohmit, S., Cowling, B., Johnson, E., Cross, R., & Malosh, R. et al. (2013). Influenza Transmission in a Cohort of Households with Children: 2010-2011. Plos ONE, 8(9), e75339. doi: 10.1371/journal.pone.0075339

9Principi, N. (2004). Burden of influenza in healthy children and their households. Archives Of Disease In Childhood, 89(11), 1002-1007. doi: 10.1136/adc.2003.045401

10Hurwitz, E. S. (2000). Effectiveness of Influenza Vaccination of Day Care Children in Reducing Influenza-Related Morbidity Among Household Contacts. JAMA, 284(13), 1677. doi:10.1001/jama.284.13.1677

11Germs in the School Room. (2012) Retrieved from https://www.webmd.com/children/features/germs-in-school-room#1

12Prevent Seasonal Flu | CDC. (2018). Retrieved from https://www.cdc.gov/flu/prevent/index.html

13Diseases, C. O. (2018). Recommendations for Prevention and Control of Influenza in Children, 2018-2019. Retrieved from https://pediatrics. Aappublications.org/content/142/4/e20182367

14WHO | Seasonal influenza and influenza A(H1N1). (2019). Retrieved from https://www.who.int/ith/diseases/si_iAh1n1/en/

15Bracht, M., Basevitz, D., Cranis, M., & Paulley, R. (2012). Impact of respiratory syncytial virus: the nurse’s perspective. Drugs in R&D, 11(3), 215-26.

SPMY.IFLU.19.03.0110 (04/19)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI