Sungguh pandemik Covid-19, memberi kesan besar buat ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, diberikan cuti tanpa gaji mahupun hilang sumber pendapatan. Dilihat makin ramai yang memulakan inisiatif dengan menjadi penjaja, peniaga jalanan malah peniaga kecil di tepi jalan dengan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman, demi kelangsungan hidup.

Jika kita daripada golongan yang kurang terjejas, masih ada makanan dan minuman diatas meja untuk disuap, masih ada menanti gaji tetap setiap bulan, inilah masalah untuk kita membantu golongan yang terkesan ini.

Berikut antara luahan yang dikongsikan oleh Pendakwah Bebas, Imam Muda Asyraf yang turut bersedih dengan situasi ini.

Ada yang papan tanda pun pakai kotak saja. Tulisan iklan pula sebesar tapak tangan. Ada yang buat makan tak menjadi. Tapi terpaksa juga jual. Walau seorang pun tak kunjung.

Ada yang mula daftar jadi ejen. Siap tanya lagi, ‘Dropship tu apa?, Fb ads tu macamana? Telegram apa pulak? Broadcast? IG Story? Akhirnya diorang buka akaun tapi tak tahu untuk apa.

Ada yang memang tak pandai berniaga langsung. Nampak sangat kekok. Mereka dah bertahun kerja makan gaji, tiba-tiba terpaksa berniaga. Bukan mudah sebenarnya.
Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai meniaga. Tak semua manusia skil kehidupan sama. Ada yang tak sempat belajar ilmu bisnes. Sebab kena buang kerja hari ini. Takkan esok dah bijak.

NAK SALAHKAN MEREKA?
TAK BOLEH… Harini ramai orang survive.

Ramai struggle. Anak di rumah kelaparan. Isteri menunggu kepulangan. Ibu ayah di kampung menanti kiriman. Apa sahaja punca rezeki yang halal, mereka sedaya upaya dapatkan.

IKLAN

Ada yang dah ada bisnes. Tapi tak dibenarkan beroperasi. Mereka tak mengemis duit menteri. Mereka hanya merayu simpati supaya keizinan beroperasi. Mereka tak tahu nak pusing modal macamana lagi.

Mereka tak meminta-minta. Mereka ada maruah. Mereka usaha sendiri. Mereka tahu, poket mereka tak siapa peduli. Nak luah. Ramai yg susah. Mereka tak reti letak gambar menangis dalam IG. Atau caption FB meraih simpati. Media sosial pun tak sempat. Mereka hanya tahu kerah keringat.

Sokong Orang Berniaga

Saya usaha beli apa saja yang mereka jual. Beli di setiap gerai. Di rumah tiada siapa yang makan. Tapi beli dan agih sedekah merata tempat. Saya tak sampai hati kalau ada peniaga yang panggil saya. Saya tahu. Bila saja kita melalui gerai mereka, wajah mereka penuh harapan.

IKLAN

Barang niaga yang tak habis. Itulah hidangan setiap hari. Lauk sama. Lauk baki niaga.

Saya merayu pada semua. Kita support mereka. Mereka tidak mengemis. Mereka berniaga. Saya tak lah pandai niaga. Tak juga sekaya mana untuk beli semua. Saya pun survive. Empat butik saya terpaksa tutup operasi. Walau sakit. Tapi InsyaAllah masih mampu berdiri.

Yang lebih saya simpati bagi mereka yang tak ada langsung tongkat. Kais pagi makan pagi. Hanya menanti rebah. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Supportlah Orang Berniaga Tepi Jalan Jangan HINA Mereka Cari Rezeki Untuk Keluarga!

BANTU Peniaga Jalanan, Ikhlaskan Hati Belajar ‘Memberi’ Walau Sedikit

MW: Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Imam Muda Asyraf ni. Ramai yang terkesan akibat pandemik covid-19 ini, menyebabkan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Buka payung meniaga tepi jalan salah satu ikhtiar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kita yang masih diberikan rezeki, sama-samalah sokong dan membantu para peniaga ini semampu kita.

Sumber: Imam Muda Asyraf

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI