
Ikuti prosiding babitkan keluarga mentua Prince Syed hadir ke mahkamah membawa isterinya. Seperti yang diketahui umum sebelum ini Prince Syed telah membuat laporan di Balai Polis Klang, berhubung dakwaan diserang dan dipukul sehingga cedera di tangan dan muka.
Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33 menyatakan empat individu dikenalinya itu datang menyerang ketika dia berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang. Menurutnya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk mukanya.
Empat beranak itu kemudiannya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selepas berlaku perselisihan faham dengan Prince Syed di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, di sini, pada 2 November lalu.
Malah Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah dilapor mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor kira-kira jam 7 malam pada 3 November lalu.
Ikuti Prosiding Babitkan Keluarga Mentua
Menerusi laporan Harian Metro, Prince Syed hadir ke Mahkamah Majistret bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan keluarga mentuanya. Mereka hadir ditemani peguam yang dipercayai mewakili mereka.
Terdahulu, ibu mentua Prince Syed, Aminah Haniffa, 55, bapa mentua, Ishak Saif, 59, juga dua adik ipar, Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22, dan Muhd Syahmi Faiz Ishak, 31, tiba di Mahkamah Majistret, di sini kira-kira jam 9.08 pagi tadi.
Aminah, Ishak, dan Muhammad Ikhwan Alif dipercayai akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323/34 Kanun Keseksaan. Manakala, Muhd Syahmi Faiz dipercayai berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kemelut ibu Fatin iaitu Aminah dengan menantunya, Prince Syed tercetus selepas tular video wanita itu ke sebuah rumah. Dalam video berkenaan, ibu Fatin memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.
Ibu mentua turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.


Baca Disini : “Isteri Saya Dehidrasi Sahaja Dan Keadaan Dia Sangat Stabil” Prince Syed
View this post on Instagram
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


















