Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya yang berusia enam tahun dan mengalami autistik.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh di Mahkamah Sesyen selepas prosiding ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak menyediakan hujahan mitigasi bagi pendakwaan dan pembelaan.

Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun

Terdahulu, mahkamah memutuskan bahawa Ismanira bersalah atas pertuduhan mengabaikan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.

Hakim Syahliza memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun, Didapati Bersalah Abaikan Anak Autistik
Kredit foto: Berita Harian

Kes Pengabaian Anak Autistik

Pada 21 Julai lalu, mahkamah telah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita berusia 30 tahun itu.

Dalam prosiding sebelum ini, pendakwaan mengemukakan beberapa saksi dan bukti berkaitan pengabaian yang menyebabkan kecederaan terhadap Zayn Rayyan yang merupakan seorang kanak-kanak autisme.

Ads

Kes ini menarik perhatian seluruh negara berikutan kisah tragis Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia pada 6 Disember 2023 berhampiran kawasan perumahan keluarganya.

Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun, Didapati Bersalah Abaikan Anak Autistik
Kredit foto: Sinar Harian

Suami Dilepas Dan Dibebaskan

Sementara itu, suami tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya.

Hakim turut menegaskan bahawa keputusan dibuat berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Ads

Dengan keputusan ini, Ibu Zayn Rayyan akan menjalani hukuman penjara lima tahun bermula dari tarikh sabitan, manakala pihak pembelaan masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sumber: Berita Harian

 

Ads

Artikel sebelumnya: Ismanira Menangis Teresak-esak Bila Peguam Petik Nama Adik Bongsu Zayn Rayyan, Rayu Hukuman Lebih Ringan

Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI