Nikmat sihat adalah anugerah teristimewa yang perlu dihargai dan disyukuri selalu. Baik untuk kesihatan diri sendiri, mahupun keluarga terdekat yang kita sayangi. Peranan terbesar bagi ibu-ibu adalah bertanggungjawab dalam menjaga pemakanan suami dan anak-anak yang bermula dari rumah lagi. Ia menerusi penyediaan makanan yang sedap, memenuhi cita rasa anak dan suami, namun pada masa yang sama tetap perlu menjaga kesihatan mereka.

Lima Ciri-Ciri Ibu-Ibu Yang Bijak Menjaga Kesihatan  Keluarga Adalah:

  1. Sediakan Diet Seimbang Buat Keluarga

Sebolehnya setiap kali sediakan hidangan buat keluarga  ibu-ibu pastikan ia lengkap mengandungi sumber karbohidrat, protein, serat dan lemak sihat, serta memenuhi diet seimbang. Sebagai contoh, nasi, lauk, sayur dan buah. Tak sempat masak macam mana sekalipun, elakkan bagi anak-anak dan suami makanan segera.

  1. Ubah Cara Memasak Lebih Sihat

Jika selama ini, ibu-ibu suka sediakan makanan bergoreng, berkuah, berlemak dan berminyak buat anak-anak dan suami, #tukarlah cara memasak yang lebih sihat seperti kukus, bakar, panggang dan rebus. Ada berbagai resipi makanan sihat yang sedap boleh dicuba untuk hidangan keluarga.

3. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Ajak anak-anak dan suami, melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya seminggu sekali serta amalkan gaya hidup sihat. Jika tak sempat, ajak mereka membantu melakukan kerja-kerja rumah mahupun aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mengelap atau menyapu lantai, berkebun dan sebagainya.

4. Kawal Kadar Pengambilan Makanan

Sangat penting bagi ibu-ibu mengawal dan menghadkan pengambilan makanan buat ahli keluarga agar mereka tidak makan secara berlebihan. Sebaiknya, amalkan makan dalam kuantiti ‘Pinggan Sihat Malaysia’ iaitu suku-suku-separuh sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Suku-suku-separuh bermaksud suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buah.

5. Semak Label, #tukarlah Jenis Makanan Lebih Sihat

Ini sangat penting, ketika beli barang dapur semak kandungan  dalam senarai ramuan pada label sesuatu produk makanan. Cari yang dinyatakan bebas GMO (Genetic Modified Organism), kurang gula, kurang lemak, kurang garam, tanpa bahan pewarna, perisa tambahan mahupun bahan pengawet.

Ini kerana ibu-ibu yang bijak dan bertanggungjawab hanya akan memilih sumber makanan dengan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat buat tersayang. Ia termasuklah dari segi penggunaan bahan pemanis seperti gula, bagi penyediaan makanan dan minuman buat keluarga.

Kelebihan Gula Perang

Ibu-ibu yang bijak juga tahu kelebihan menggunakan gula perang berbanding gula putih. Sayangkan keluarga, kurangkanlah penggunaan gula putih yang boleh memudaratkan kesihatan diri, terutama sekali bila diambil secara berlebihan.

Ibu Yang Bijak, Jaga Pemakanan Keluarga Bermula Dengan Tukar Gaya Pemakanan Anda!

Adalah sebaiknya #tukarlah kepada BETTER BROWN dari CSR. Ini kerana, rasa BETTER BROWN CSR lebih sedap dan dalam masa yang sama, kesihatan keluarga pun terjamin.

Tak perlu nak ragu-ragu, ini ENAM sebab ibu-ibu perlu bertukar kepada BETTER BROWN CSR yang nyata lebih sihat:

  1. Rendah Indeks Glisemik (GI)

Gula perang merupakan pemanis gula rendah glisemik yang pertama di Malaysia dan Asia. GI pada gula biasa sekitar lebih 69, manakala gula perang mengandungi kurang 55, namun masih memberikan nikmat rasa dan kualiti yang sama pada makanan dan minuman.

2. Kekalkan Tenaga Lebih Lama

Glisemik merupakan ranking karbohidrat dalam makanan yang mempengaruhi paras glukosa dalam darah. Kandungan GI yang rendah membolehkan gula dihadam, diserap dan menjalani proses metabolisme secara perlahan. Sekali gus membantu mengekalkan tenaga lebih lama dan mengekang rasa kelaparan.

3. Pilihan Gula Lebih Sihat

IKLAN

BETTER BROWN CSR merupakan pilihan penggunaan gula yang lebih sihat dan lebih baik buat keluarga dalam amalan pemakanan seharian. Malah sangat bermanfaat untuk kesihatan keluarga.

4. Dijamin Halal

Ia gula rendah glisemik yang dijamin halal dan menepati standard piawaian antarabangsa seperti HACCP dan bebas GMO.

  1. Sokongan NADI

BETTER BROWN produk keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mendapat sokongan dari NADI (National Diabetis Institute) Malaysia sebagai komitmen CSR dalam memperkasa gaya hidup sihat dan membantu membasmi diabetes.

  1. Mudah didapati

Hanya RM3.80 per 1kg (*harga yang disyorkan), mudah didapati di kedai runcit berdekatan dan pasaraya-pasaraya di seluruh Malaysia.

Jadi, untuk pilihan yang lebih sihat dan terbaik buat keluarga, ibu-ibu yang bijak #tukarlah kepada gula BETTER BROWN CSR  ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://csr-malaysia.com.my/ atau Facebook CSR Teman Sajian di https://www.facebook.com/CSRTemanSajian/

Ibu Yang Bijak, Jaga Pemakanan Keluarga Bermula Dengan Tukar Gaya Pemakanan Anda!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI