Ibu tunggal desak siasat kematian anak, – “Saya syak anak saya dicederakan, dipukul, dibelasah hingga maut…”Seorang ibu tunggal mendesak agar siasatan segera dan menyeluruh dijalankan berhubung kematian anak sulungnya, Syamsul Haris Shamsudin.

Ibu Tunggal Desak Siasat Kematian Anak – “Saya Syak Anak Saya Dicederakan, Dipukul, Dibelasah Hingga Maut…”

Pemuda berusia 22 itu meninggal dunia ketika menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor pada Isnin lalu.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata kematian anaknya berlaku semasa sesi latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor. Namun, punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Menurut beliau, hasil pemerhatian terhadap jenazah semasa proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, mendapati terdapat kecederaan fizikal yang serius pada tubuh anaknya, tidak selari dengan penjelasan awal yang diberikan bahawa kematian berpunca daripada sawan.

“Pada awalnya saya dimaklumkan oleh pihak PALAPES bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazah anak saya, keadaannya sangat menyayat hati dengan kecederaan yang dialami pada tubuhnya.

Ibu Tunggal Desak Siasat Kematian Anak – “Saya Syak Anak Dicederakan, Dipukul, Dibelasah Hingga Maut…”
Kredit foto: Berita Harian

“Darah membuak-buak mengalir dari hidung dan matanya dengan kesan lebam pada tubuh dilihat seperti dibelasah. Saya tak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak PALAPES UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan,” katanya dalam satu sidang media di firma guaman Naran Singh & Co, di ibu negara.

Turut hadir peguam yang mewakilinya, Datuk Naran Singh.

Ads

Ummu Haiman turut mendedahkan bahawa selain kesan pendarahan yang banyak pada hidung dan mata yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat pada bahagian kepala, jenazah anaknya juga mempunyai kesan lebam serta luka di beberapa bahagian badan termasuk leher dan bahu.

Ibu Tunggal Desak Siasat Kematian Anak – “Saya Syak Anak Dicederakan, Dipukul, Dibelasah Hingga Maut…”

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 31 Julai bagi mendesak siasatan dijalankan segera bagi mengetahui punca sebenar kematian Syamsul Haris.

“Saya syak anak saya dicederakan, dipukul atau dibelasah atau dengan kata lain dibunuh oleh mereka yang turut menyertai kem PALAPES berkenaan.

“Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu hasil penyelidikan makmal) dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan,” ujarnya.

Syamsul Haris merupakan pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM dan baru sahaja menyertai latihan PALAPES bermula Sabtu lalu, yang dijadualkan berlangsung selama sembilan hari dan sepatutnya berakhir pada Ahad ini.

Ads
Ibu Tunggal Desak Siasat Kematian Anak – “Saya Syak Anak Dicederakan, Dipukul, Dibelasah Hingga Maut…”
Kredit foto: Sinar Harian

Tambah Ummu Haiman, perbualan terakhir mereka berlaku pada malam sebelum kejadian, apabila arwah menghubunginya melalui WhatsApp bagi memaklumkan tentang tugasan yang perlu diselesaikan segera dan menyerahkan telefon bimbit kepada pihak PALAPES.

“Malam sebelum hari kejadian arwah ada WhatsApp saya memandangkan dia perlu segera menghantar dan menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.

Waktu itu dia sempat mengatakan dia perlu menyerahkan semula telefon kepada pegawai PALAPES.

“Sempat juga dia berpesan ‘Maa (emak), saya dah nak masuk baris… Saya kena serah telefon sekarang… Maa jaga diri baik-baik…’ Dia juga ada katakan yang dia gembira apabila berjaya buat latihan tembakan pada hari Ahad itu juga dan kemudian hari berikutnya (Isnin) saya terima berita anak saya meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.

Ads

Jenazah Syamsul Haris telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor. Pihak keluarga kini berharap agar keadilan dapat ditegakkan demi mengenal pasti punca sebenar kejadian tragis ini.

Sumber: Berita Harian dan Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Seruan Dirikan Solat Hajat Serentak Selepas Solat Jumaat Demi Keadilan Buat Zara Qairina

Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Terbabit Tragedi Zara Qairina-Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI