Ibu Neelofa sanggup masak dan hantar sendiri makanan demi tunaikan hasrat seorang wanita hamil yang mengidam.
Sebut sahaja nama Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih mesra dipanggil Datin Noor Kartini, pastinya ramai yang akan membayangkan air tangannya yang tampak enak.
Usahawananita ini sering berkongsi pelbagai resepi dan video masakannya kepada peminat di Instagramnya. Pastinya mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Noor Kartini akan teringin untuk merasai air tangannya.
Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan
Seperti perkongsiannya menerusi laman Instagram,Noor Kartinitelah menerima kiriman emel daripada seorang pengikut yang sedang hamil Bernama Aina. Istimewa buat ibu hamil yang mengidam Nasi Goreng Daging Harimau, Noor Kartini sanggup memasak dan kemudiannya menghantar sendiri makanan tersebut kepada pengikutnya di laman Instagram.
“Kiriman istimewa untuk Aina 🤍
“Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.
“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung.
“Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina.
“Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina. Syukur Alhamdulillah,” tulis Noor
Aina Begitu Terharu
Malah menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya itu juga, ibu hamil tersebut juga begitu terkejut melihat kelibat Noor Kartini yang menghantar makanan yang diidamkan itu.
Kehadiran Noor Kartini benar-benar tidak disangka dan Aina juga begitu terharu dan kelihatan begitu seronok. Walaupun hanya seketika pertemuan mereka namun ibu hamil itu kelihatan cukup bersyukur apatah lagi apabila Noor Kartini sendiri menyerahkan masakan yang menjadi idaman Aina.
Mingguan Wanita : Bagusnya Datin Noor Kartini begitu prihatin dan sanggup turun padang bertemu peminatnya.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Emosi Ella terganggu, akui sudah lama hidap anxiety, begitulah yang diluahkan oleh ratu rock negara Ella. Malah dek kerana Pandemik Covid-19, emosinya juga kembali terganggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Emosi Ella Terganggu
Seperti mana yang difahamkan pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, akui dirinya terkesan. Malah menurut SinarPlus, Ella juga menyatakan dia sebenarnya sudah lama dikesan menghidap anxiety.
“Sebenarnya saya dah lama dikesan menghidap anxiety iaitu ketika mula melibatkan diri dalam industri seni. Waktu itu saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan orang ramai dan membuat persembahan kerana karakter saya yang pemalu.
“Akibatnya saya sentiasa rasa gementar dan fikiran selalu kosong sehingga tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya keluarga menasihati saya berjumpa doktor dan disahkan mempunyai masalah tersebut.
“Bila saya dah tahu punca, barulah saya dapat mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah yang dihadapi itu. Alhamdulillah ia berjaya diatasi biarpun tidak sepenuhnya,” ungkapnya.
Kembali Menyerang, Kerap Dengar Cerita Negatif
Malah difahamkan juga penyakit yang dihidapi kembali menyerang apabila kerap mendengar cerita-cerita negatif.
“Bila anxiety saya kembali menyerang baru-baru ini, saya terdetik untuk membuat pendedahan dan berkongsi tentang masalah tersebut kepada umum.
“Saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga kesihatan mental, selain mengajak mereka yang mengalami masalah sama untuk berani tampil dan berjumpa doktor bagi mengatasinya.
“Tidak perlu takut kerana ia bukanlah perkara salah atau memalukan, sebaliknya tindakan itu akan menyelamatkan mereka menjadi lebih teruk sehingga memudaratkan kehidupan sendiri,” sambungnya yang juga dilantik sebagai duta Saudagar Santai Group (SSG).
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Ella
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Selepas beberapa selebriti dijangkiti Covid-19, Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada Syamsul Yusof pula memaklumkan dirinya didapati positif virus Covid-19.
Ibu kepada dua orang anak ini mengalami gejala hilang deria bau dan rasa sejak Selasa.
Puteri Sarah Jalani Ujian Calitan Kali Ketiga
Seperti mama yang diumumkan menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Puteri Sarah menjelaskan dia sudah dua kali membuat ujian calitan (swab test) setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kategori C.
Namun hanya selepas mempunyai simptom hilang deria rasa dan bau serta menjalani ujian calitan kali ketiga, baharulah keputusan virus itu menjadi positif.
“Assalammualaikum semua, sebaik- baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua.
“I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test Sarah negative.
Hilang Deria Bau & Rasa
“Sadly, semalam buat lagi swab test sebab sarah tak ada deria rasa bila makan also tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pegi test found out im positive covid 19 .
“Before this kuarantin takde symptoms apa2 pun. Sarah sihat tapi terkena juga…
M really sorry siapa yang kontak rapat dengan sarah dari 10 may pegilah swab test.
Mohon Maaf
“Minta maaf to my family, my husband, anak2.. Doakan kami semua ya jangan keluar rumah kalau tak ada apa2 nak buat. Jaga diri semua,” tulis Puteri Sarah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Engku Emran bangga Aleesya cemerlang IGCSE -“Tahniah 7A anak ayah, 11 tahun teman ulang kaji dan kelas tambahan.” Bekas suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, meluahkan rasa syukur atas pencapaian cemerlang anak tunggal mereka, Engku Aleesya.
Engku Emran Bangga Aleesya Cemerlang IGCSE -“Tahniah 7A Anak Ayah, 11 Tahun Teman Ulang Kaji & Kelas Tambahan”
Menerusi perkongsian di Instagram, ahli korporat itu menyifatkan keputusan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) puterinya sebagai hadiah paling indah dalam hidup seorang bapa.
Aleesya berjaya memperoleh gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, manakala subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi masing-masing mendapat gred A.
Walaupun rumah tangga Emran dan Erra berakhir pada 2014, komitmen terhadap pendidikan anak perempuan mereka tidak pernah terabai. Malah, sejak 11 tahun persekolahan Aleesya, Emran tidak pernah terlepas menyaksikan setiap perkembangan dan momen penting dalam hidupnya.
“Ini adalah hantaran penghargaan buat satu-satunya anak ayah, Aleesya. Terima kasih kerana membuatkan hati ayah dipenuhi dengan rasa bangga dan bahagia yang tak terucap.
“Selama 11 tahun tempoh persekolahanmu, ayah telah mencurahkan sebahagian besar daripada hidup ini demi memastikan kamu cemerlang dalam pelajaran.
“Ayah tidak pernah terlepas satu pun acara sekolah yang kamu sertai. Ayah hadir di setiap sesi pertemuan ibu bapa dan guru, bersorak memberi semangat dalam setiap larian yang kamu sertai. Semuanya atas nama kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah,” kongsinya.
Selain sokongan material, Emran turut meluangkan banyak masa bersama Aleesya, termasuk menemani anaknya mengulang kaji pelajaran serta menghantar ke kelas tambahan.
“Malam-malam panjang yang kita luangkan bersama mengulang kaji pelajaran, jam-jam yang terasa tak berpenghujung terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk ke kelas tambahanmu. Ya, semua itu juga kerana kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah.
“Hari ini, kamu telah membalas semuanya. Kamu telah membuktikan bahawa segala pengorbanan selama ini tidak sia-sia. Terima kasih, Aleesya. Terima kasih kerana menjadikan hari ini sebagai hari paling indah dalam hidup ayah.
“Apabila kamu punya anak sendiri kelak, ayah berharap kamu juga akan sanggup berkorban demi pendidikan mereka seperti mana ayah telah lakukan untukmu.
“Tahniah atas 7A, anak ayah! Alhamdulillah. Kekal merendah diri, dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata,” titip Emran.
Untuk rekod, Erra Fazira dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada Februari 2014.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.