Baru tinggal kejap anak dah menangis, inilah perangai anak suka berkepit dengan ibunya. Bukan tak ada orang lain pun, kadang walau suami ada di sisi tetapi si kecil itu tetap rasa tak selesa dengan orang lain.
Agaknya kenapa jadi situasi ini?
Haaa… nak tahu lebih jelas tentang anak yang jenis tak boleh berenggang ini, jemput baca perkongsian Doktor Taufiq Razif.
KISAH ANAK YANG TAK BOLEH BERENGGANG
Si Solahuddin ni memang cepat cuak kalau Ummi dan Abinya tak ada depan mata. Mula la nak meraung dan menangis.
Ummi dia nak pergi tandas je pun dia meraung sampai satu taman boleh dengar! Bila nampak je Ummi dia, dia terus berhenti nangis dan sengeh-sengeh macam tak ada apa yang berlaku!
Ads
Tuan Puan, ini lah namanya SEPARATION ANXIETY.
Nak taknak kita kena terima inilah ujian sebagai ibubapa. Benda ni normal je sebab anak kita tak faham lagi tentang ‘ Object Permanance ‘. Bagi mereka, apa yang tak ada depan mata tu, memang tak ada!
Ads
Tak boleh nak salahkan mereka juga sebab tu memang fasa perkembangan anak umur 8 bulan hingga 2 setengah tahun.
Apa yang kita kena tahu bab SEPARATION ANXIETY ni?
1. Tu sebenarnya tanda yang bagus sebab tu bermakna anak kita dah develop attachment dengan kita. Sayang sangat la tu kononnya.hehe
Ads
2. Separation anxiety ni biasanya akan hilang sendiri asalkan kita pandai yakinkan anak kita bahawa ketiadaan kita tu tak menyakitkan emosi mereka pun
3. Sebelum nak tinggal anak ke pengasuh kena la cukupkan dulu keperluan fisiologi mereka. Bagi susu dulu ke mandikan mereka dulu ke. Baru la mereka tenang sikit nak ditinggalkan pun.
4. Jangan mungkir janji! Kalau cakap nak pergi sekejap, kena pergi sekejap je. Anak cuma akan develop confidence bila dia tahu kita takkan mungkiri janji kita je.
Tolong ajar ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Ilmu ni sangat-sangat penting pada mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam mendidik anak-anak, pelbagai teknik dan cara mak ayah perlu dipelajari agar anak mudah mendengar arahan yang disuruh serta faham bagaimana untuk melakukannya.Lebih-lebih lagi anak-anak yang peringkat masih kecil yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mak ayah sendiri dalam proses tumbesaran mereka. Seringkali ‘kesilapan’ mak ayah hanya memberi arahan secara lisan atau verbal, tetapi ‘terlupa’ untuk memberi tunjuk ajar bagaimana ia sepatutnya dilakukan.
Tapi kita lupa nak tunjuk pada anak macam mana nak duduk diam berfokus, off gadjet, tutup tv buat benda lain, susun barang elok-elok, sayang buku dan ilmu.
Yang kita buat – tunjuk verbally. Erk.
Anak tak nampak perkataan tu berterbangan. Apa ingat macam dalam kartun Alice in The Wonderland ke. Si beluncas tu kalau bercakap akan keluar asap huruf dari mulut. Tidak ya. Buang imaginasi tu.
Yang anak nampak, mulut mak dan ayah macam machine gun. Jalan laju sangat susah stop. Makin pening ada la.
Kita buat. Ajak anak buat. Nanti anak ikut. Jangan semua kita buat terus. Stop feeding.
Kita suruh. Kita tak buat. Jangan mimpi anak nak buat.
Dalam gambar, seorang cikgu comel sedang mengetuai barisan kanak-kanak riang.
Kami tengah buat gross motor activity, with vocab enhancement. Up, down, in, out.
Sub topic – self control.
Nak bagi tune mindset diorang ni, kalau nak main ada peraturan. Dengar arahan. Tunggu giliran.
Bukan main redah je, lari dan tolak menolak.
Nanti pergi playground, takda siapa nak main sama-sama.
Self control tu penting.
******
Sebab tu kita kena ajar anak self control. Supaya semua arahan yang kita suruh tadi dia dapat faham dan ikut.
Dia faham kenapa mainan kena kemas.
Dia faham kenapa buku tak boleh dikoyakkan.
Dia faham kenapa makan kena duduk sampai selesai.
Dia faham kenapa hidup ada peraturan.
Kalau semua kita buat. Kita sedang spoon feed mereka. Akhirnya kita yang penat. Anak ape pon dia tak nampak.
Anda yang dah temui pasangan hidup sejati, syukur Alhamdulillah. Boleh kongsikan 5 tip ini pada teman, anak-anak mahupun ahli keluarga yang masih tercari-cari calon suami. Ikut garis panduan Al Quran agar hidup lebih diberkatiNya.
Walaupun jalannya tak mudah, moga dengan panduan yang diberikan laluan anda wahai wanita Allah permudahkan. Amin.
Setiap pencarian apapun memiliki kesukaran atau kemudahan dengan tersendiri. Catatan hidup untuk menerima fitrah Allah yang menjadikan manusia berpasangan lelaki dan perempuan. Tumbuh rasa cinta dan berkasih sayang itulah fitrah.
Fitrah untuk hidup berpasang-pasangan. Yang mana, fitrah hidup ini perlu dijalani oleh seorang hamba Allah dan belajar dan terus belajar untuk terus redha dengan sunnatullah.
Soal lelaki dan perempuan adalah pembicaraan yang tidak pernah habis. Takkan pernah lekang dari setiap situasi, baik yang positif mahupun terkadang ia menjadi negatif.
Inilah cerita tentang lelaki dan perempuan.
Hari ini seorang perempuan tumbuh dengan kepelbagaian informasi yang mereka boleh dapatkan dari pelbagai sumber. Ini termasuklah bahan bacaan yang tersedia di media cetak, masa dan media sosial.
Sumber maklumat yang semakin hari semakin tiada batasan membuat ramai lelaki dan perempuan tercari bagaimana, di mana, dan kenapa. Dengan pergerakan di hujung jari sahaja sudah membuatkan kita memperoleh segala maklumat yang kita inginkan.
Tetapi dalam keganasan dunia moden ini, kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang baik, menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan. Ibarat seteguk air yang selalu mencurah di kala kehausan.
Ia adalah jalan terbaik untuk terus menjadi manusia yang berinformasi dan celik akan isi Al-Quran itu sendiri.
Dah banyak sangat peroleh tips melalui bahan bacaan kenapa tidak melalui bacaan dan pemahaman dari Al-Quran itu sendiri.
Banyak cerita yang Allah sediakan di dalam Al-Quran. Banyak hukum hakam yang terkandung di dalam Al-Quran, sehinggakan Allah juga sudah memberikan garis panduan bagaiamana mencari calon suami melalui ayat-ayatNya.
Perbaiki diri agar dapat yang baik. Dalam surah An-Nur ini di mana Allah telah berjanji kepada semua hambanya. Allah hanya akan menyatukan orang baik dengan yang baik.
Terlalu jelas apa yang diperkatakan oleh Allah. Jika dalam proses pencarian, tetapkan hati melakukan kebaikan dan disulami dengan hati yang ikhlas.
Maka Allah sangat tahu tindak tanduk hamba-hambanya. Belajar menjadi baik adalah satu usaha yang bukan sia-sia.
Dengan kepelbagaian rasa ketika proses pembelajaran menjadi baik berlangsung. Dari situ Allah sedang ingin melihat adakah hambaNYA baik hanya kerana untuk mencari jodoh atau hanya keranaNYA sahaja.
Erti ayat: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”
Doa adalah senjata setiap mukmin, baik dalam apa jua keadaan sama ada mencari bakal suami atau apa sahaja adalah perkara yang sangat dianjurkan.
Doa adalah sebuah permintaan hamba kepada Allah. Kita boleh request apa sahaja yang diinginkan. Mintalah melalui doa. Doa dengan permintaan yang baik.
Doa adalah konsep yang Allah kabulkan tanpa ada penolakan. Tetapi Allah melihat bila yang paling sesuai Allah berikan kerana Allah mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hambaNYA.
Maka berdoalah untuk mendapatkan pasangan yang paling tepat dengan anda.
Sangat jelas pesanan dalam Al-Quran, jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda hanya terlihat dari cermin mata kasar sahaja. Akan tetapi ciri-ciri dunia akhirat.
Mudah kita lafazkan aku inginkan seperti ini dan itu. Ini termasuklah perkara yang sukar kita lakukan bagaimana menjadikan visual dalam doa ciri-ciri pasangan yang berbentuk akhirat.
Wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan akhirat anda untuk memperlihatkan kepada Allah yang kita meminta dengan sebenar-benar permintaan kepadaNya.
Terkadang sikap menyendiri ini juga membuat kita sebagai individu yang tak terlihat oleh sesiapapun. Ini membuat kita belum menemui pasangan yang dicari.
Pelbagaikan kenalan dan aktiviti untuk lebih mengenali sesama manusia. Belajar kenal sifat setiap manusia mendidik kita menjadi manusia yang lebih menghargai sesiapa sahaja yang ditemui.
Setelah kepelbagaian usaha sebagai seorang hamba, kemampuan sebagai manusia. Tanpa izin dan keredhaan Allah, ia belum sampai jika belum semua perkara kita sandarkan kepada Allah semata-mata.
Dalam konsep belajar mencari dan dicari, perkara paling utama adalah belajar untuk mencari dan dicari.
Berusaha dalam bentuk kepelbagaian dengan batasan seorang muslim dan mukmin dan menyerahkan kepada Allah atas semua usaha sebagai hamba yang taat kepada Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang seronok melihat wanita mengandung namun kekal cantik dan berseri-seri seperti Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini.
Memasuki trimester 2 usia kehamilan, ‘baby bump’ beliau semakin jelas kelihatan dan anak-anak beliau Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5 ternyata kelihatan cukup teruja untuk mengetahui jantina adik baru mereka nanti.
Perkara ini dikongsikan menerusi video didalam laman instagram Datin Sri Shahida sendiri;
Sebelum ini, Datin Sri Shahida ada mengumumkan yang usia kandungan beliau kini tiga bulan dan disahkan hamil anak ke-empat sebelum menunaikan umrah pada November 2017 lalu.Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih pada yang mendoakan beliau cepat hamil dan terus mendoakan agar beliau dan baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, setelah melalui alahan kehamilan yang teruk.
“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2.Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi,Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan..Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil…Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hamil…3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk.Alhamdulillah kini semakin sihat.Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”
Ramai yang mengetahui bahawa pasangan ini ada mengambil dua orang angkat iaitu Ameena Aliffsha yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum Aliffshah, pada awal Disemberlalu yang usianya hampir sebulan.Tidak sangka mendapat rezeki dan tuah pasangan ini mendapat cahaya mata sendiri lagi selepas mengambil anak-anak angkat tersebut.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat, dilimpahkan lagi rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah buat keluarga ini hendaknya.