Baru tinggal kejap anak dah menangis, inilah perangai anak suka berkepit dengan ibunya. Bukan tak ada orang lain pun, kadang walau suami ada di sisi tetapi si kecil itu tetap rasa tak selesa dengan orang lain.
Agaknya kenapa jadi situasi ini?
Haaa… nak tahu lebih jelas tentang anak yang jenis tak boleh berenggang ini, jemput baca perkongsian Doktor Taufiq Razif.
KISAH ANAK YANG TAK BOLEH BERENGGANG
Si Solahuddin ni memang cepat cuak kalau Ummi dan Abinya tak ada depan mata. Mula la nak meraung dan menangis.
Ummi dia nak pergi tandas je pun dia meraung sampai satu taman boleh dengar! Bila nampak je Ummi dia, dia terus berhenti nangis dan sengeh-sengeh macam tak ada apa yang berlaku!
Ads
Tuan Puan, ini lah namanya SEPARATION ANXIETY.
Nak taknak kita kena terima inilah ujian sebagai ibubapa. Benda ni normal je sebab anak kita tak faham lagi tentang ‘ Object Permanance ‘. Bagi mereka, apa yang tak ada depan mata tu, memang tak ada!
Ads
Tak boleh nak salahkan mereka juga sebab tu memang fasa perkembangan anak umur 8 bulan hingga 2 setengah tahun.
Apa yang kita kena tahu bab SEPARATION ANXIETY ni?
1. Tu sebenarnya tanda yang bagus sebab tu bermakna anak kita dah develop attachment dengan kita. Sayang sangat la tu kononnya.hehe
Ads
2. Separation anxiety ni biasanya akan hilang sendiri asalkan kita pandai yakinkan anak kita bahawa ketiadaan kita tu tak menyakitkan emosi mereka pun
3. Sebelum nak tinggal anak ke pengasuh kena la cukupkan dulu keperluan fisiologi mereka. Bagi susu dulu ke mandikan mereka dulu ke. Baru la mereka tenang sikit nak ditinggalkan pun.
4. Jangan mungkir janji! Kalau cakap nak pergi sekejap, kena pergi sekejap je. Anak cuma akan develop confidence bila dia tahu kita takkan mungkiri janji kita je.
Tolong ajar ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Ilmu ni sangat-sangat penting pada mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nana Mahazan merupakan antara selebriti dan personaliti TV yang sangat mementingkan keselamatan anak-anaknya terutamanya ketika menaiki kereta. Ia menjadi kewajipan buat anak-anaknya untuk duduk didalam tempat duduk khas kereta (car seat) sejak dari kecil seawal usia 3 hari demi menjamin keselamatan.
Kepentingan agar anak-anak memakai ‘car seat’ ini dikongsikan oleh Nana sendiri didalam status yang pernah dikongsikan di facebook dan instagram beliau ketika anak-anaknya masih kecil dahulu;
“It is good ramai parents yang utamakan keselamatan anak-anak dengan letak anak dalam carseat. Im so proud of you guys. Tapi, ada jugak yang ramai letak baby dalam carseat kat seat depan. Mungkin ada yang tahu tapi buat tak tahu, atau memang tak tahu.. Untuk kereta yang ada airbag, sangatlah bahaya untuk baby yang duduk dalam carseat dekat seat depan.
Secara generalnya, dalam pembacaan saya, kanak-kanak bawah 12 tahun paling selamat untuk duduk di seat belakang dan dalam car seat.Booster seat sampai 7-8 tahun & after that normal seat pun boleh but pakai seatbelt kereta.I know its not easy tambah-tambah kalau kita tak biasakan baby kita dari kecik kan? Just a friendly reminder to all.Do it for our kids.
Sementara itu, Nana juga ada kongsikan antara tip yang dia amalkan agar anak-anak duduk diam dalam car seat
It is always my priority for them to be in their car seat.For their safety.Kadang kita dah bawak ok, orang pulak kita tak boleh jangka kan?Ada yang mintak tips macam mana nak suruh anak diam dalam car seat.Biar saya share yang ke berapa kali tah tak tau dah ni.Dan saya akan hashtagkan #nanamanusiagigih supaya senang nak rujuk kan?
Althea dan Aaqib memang dah dalam carseat sejak umur 3 hari.Masa keluar dari hospital lagi.So diorang dah biasa.
Make sure diorang dah makan or susu.Bersih dari poopoo ke diaper penuh etc.Sebab kalau tak diorang akan meragam. So keluar rumah bila diorang ready.. So timing tu penting.
Penting untuk occupy diorang sepanjang perjalanan.
Memang diorang ada masa akan menangis.Tak apa.. Sabar.. Cakap dengan diorang, ajak sembang etc.Jangan mengalah.. Bebudak ni diorang terer nak emotional blackmail ni,Hehehe.. Diorang pandai manipulate kita..
Kalau nak seribu daya.Ok tu je kot.
Nana juga ada berkongsi gambar akibat anak-anak tidak memakai car seat. Nana turut menyeru mak ayah agar tak berkira apabila membeli Car Seat berbanding harga yang perlu dibayar jika kehilangan nyawa anak sendiri.
“That’s why saya letak anak-anak dalam carseat since umur 3 hari masa nak balik dari hospital lagi.We can change this.. Come on parents.. Carseat tak mahal kalau nak dibandingkan nyawa anak kita.. Maybe masa pregnant lagi dah boleh saving tiap bulan untuk beli carseat dan dah boleh pasang bila last 2 weeks of EDD.”
“Alasan paling common parents bagi, baby nangis.Itu paling biasaaaa..Saya ada share pasal carseat & how to make them comfortable dom carseat dalam buku saya dan pernah jugak post kat IG ni. Try tengok kat #nanamanusiagigih ok? Kejap ke lama perjalanan pun patutnya pakai carseat jugak.Fikir untuk anak.. Ok? Kuatkan semangat!”
Semoga bermanfaat buat mak ayah semua agar jangan mengambil mudah dan lebih prihatin dengan keselamatan anak-anak kita.
Bagi seorang isteri, penghargaan daripada seorang suami amatlah bermakna pada dirinya. Tidak semestinya dengan limpahan kemewahan harta benda. Ia bergantung pada kemampuan dan rezeki suami juga. Apa yang penting adalah kesetiaan dalam melalui susah senang kehidupan bersama.Namun jika diberikan rezeki yang lebih, tidak salah juga para suami membahagiakan isteri dengan membelikan barangan yang disukai isteri.
Seronok membaca perkongsian nukilan Ikram Al-Banjari, bagaimana cara dia menghargai dan membahagiakan isterinya, sedikit pun ‘tidak berkira’ dengan rezeki yang diperolehi. Semoga ramai para suami yang dapat mencontohi seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Semalam aku bawa isteri masuk ke satu kedai kosmetik di Seoul. Aku cakap pada dia begini,
“ Ambillah apa yang awak mahu “
Dia senyum dan terus ambil beberapa keping facemask. Iya, aku tahu di Korea ini memang cukup terkenal dengan barang kosmetik dan wanita mana yang tak suka barang-barang kecantikan begini kan ?
“ Cukup ka ? Facemask saja ? Foundation, Lotion apa semua takmau ? “, soal aku bersungguh-sungguh.
Dia pun tersipu-sipu dan terus mencuba pelbagai lagi jenis barangan kosmetik di situ. Akhirnya ada juga benda lain yang dibelinya. Aku lega sangat.
“ Terima kasih oppa “, itu saja ucapnya sambil matanya berkelip-kelip yang hadir bersama senyuman manis. Aku sudah berasa amat bahagia.
Sengaja aku suruh dia pilih apa yang dia mahu. Aku tahu stok ‘mekap’ yang dia beli di Eropah dan Dubai haritu pun belum habis lagi. Bulan lepas aku belikan serum SKII di Jepun pun belum dia sentuh lagi. Aku tahu semua itu, tetapi aku juga tahu apa yang setiap wanita suka.
Beginilah kawan, bila ada rezeki dan ruang masanya, kita sebagai suami hargai saja isteri sekadar apa yang semampu kita. Kalian tak usah melihat kebahagiaan kami sekarang. Tetapi kalian juga perlu tahu kesempitan kami sebelum ini.
Dulu, tak usah kata kosmetik Korea, nak pakai yang elok sikit yang dijual di Malaysia ini pun aku tak mampu belikan. Cukuplah isteri aku tampal-tampal bedak sejuk itu saja. Bersyukur saja dengan apa yang ada. Lawa juga aku tengok dia sampai sekarang. Nah puji selambak! ?
Dulu, tak usah kata nak bawa isteri travel ke seluruh dunia, aku nak bawa dia ke Langkawi pun belum cukup mampu. Cukuplah sekadar melancong ke pasar malam dan window shopping ke Giant, itupun sudah bahagia yakmat.
Aduh, malaslah aku nak cerita bab-bab sedih ni. Nanti jadi sinetron pula. Sempena tahun baru ini kita sembang hal sedap-sedap sajalah ya.
Cuma aku nak pesan kepada semua suami muda di luar sana, hargai orang rumah kita sebaiknya dalam setiap keadaan susah dan senang kita. Kerana dia tak pernah bosan mendoakan kita setiap masa.
Dan kepada kaum isteri pula, kalian sokong sajalah usaha suami dalam susah dan senang. Tak usah kau membebel, merungut dan menjatuhkan semangatnya. Kerana Tuhan sudah berkata, “ Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan “ ( Al Inshirah ).
Hidup kita ini tenang apabila kita tidak ikut-ikut orang dan memaksa diri. Buatlah sesuatu mengikut kemampuan kita sahaja. Berapa harga barang dan apa jenis barang itu cuma asbab untuk kita bahagia. Tuhan jualah yang memberi izin kepada kita semua.
Hebat tak hebat suami ini, BroOhsem setiap bulan dia akan ‘hunting’ puluhan helai tudung, kira-kira 20 helai untuk dihadiahkan pada isteri. Kegilaan itu memuncak apabila dia mengumpul dekat ratusan helai tudung buat isterinya.
Sampailah satu ketika, apabila dia dan isteri diuji dengan masalah kewangan yang hampir menyusut, tudung-tudung yang menjadi koleksi isteri itulah kelak yang menyelamatkan beban kewangan yang dihadapi.
Apa yang lebih mengagumkan adalah usaha suami ini yang tak pernah jemu menggembirakan hati pasangannya.
Atas dasar inilah, Mingguan Wanita senang sekali berkongsi kisah BroOhsem, Akhtar Syamir yang menunjukkan teladan yang baik dalam menghargai pasangannya, Nora Azni. Biarpun isterinya cuma seorang suri.
Lagi pun suami yang berusaha membahagiakan hati isteri, akan memperoleh bahagia dalam dirinya juga. Ketika menjalani hidup yang sukar, isteri inilah nanti yang kembali mengorbankan bahagia demi suami yang dia cinta.
Semalam teringat kegilaan saya buat isteri saya 2 tahun yang lalu.
Di tempat kerja saya, ada beberapa orang yang minat dengan tudung ni. Masa tu saya tak tahu tudung apa pun. Tapi seronok tengok diaorang dok kumpul order tiap – tiap bulan. Lepas tu diaorang akan berpakat untuk pakai tudung corak yang sama setiap hari.
Masa tu saya terbayang, “Alangkah seronoknya kalau isteri aku dapat pakai tudung cantik macam ni.”
Sejak dari hari tu saya mula bertanya-tanya mengenai tudung ini dengan rakan sekerja. Barulah saya tahu pasal jenama dan label-label serta corak-corak yang hot tudung ni.
Bila balik rumah, saya bercerita dengan bersungguh-sungguh kat isteri. Dia pun dari tak pernah dengar, terus jadi minat. Dari situ kami mula study dan menyedari tentang nilai tudung yang boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada corak yang terkenal.
Disebabkan baru berjinak-jinak, saya fokus pada corak yang hot tetapi tidak mahal.
Seminggu sebelum hari lahir isteri, saya mulakan proses “hunting” di group tudung tersebut. Ramai seller yang memanggil saya “sis” dan terkejut serta terharu apabila mengetahui yang saya sedang hunting untuk isteri.
Hasilnya, tepat pada hari kelahiran isteri, saya hadiahkan beliau 20 helai tudung Aidijuma yang termampu saya hunt. Perkara ini saya dedahkan di dalam group tudung tersebut dan buat pertama kali dalam hidup, posting saya mencecah seribu likes.
Ramai yang teruja dan terharu dengan apa yang saya lakukan buat isteri memandangkan ahli – ahli di dalam group tu pun memang mempunyai minat yang sama.
Tetapi kegilaan saya tidak terhenti di situ, saya seperti terjebak di dalam mengumpul tudung AJ dengan corak – corak hot yang lain.
Termasuklah pembelian corak baru setiap bulan. Sehinggalah jumlah tudung yang dibeli mencecah lebih dari seratus helai beberapa bulan selepas itu.
Setiap kali isteri saya pakai, saya rasa berbangga kerana saya berjaya menghias isteri saya dengan cantik walaupun beliau tidak bekerja.
Bagi saya ianya satu kejayaan yang baik bagi seorang suami. Saya sendiri seronok bila isteri suka bergambar dengan tudung-tudung yang berlainan corak.
Namun…
Mungkin telah ditakdirkan. Tudung-tudung ini menjadi aset untuk kami selepas pembelian rumah sendiri setahun selepas itu. Kami telah menghabiskan segalanya untuk proses pembelian dan kemasukan rumah sehinggakan kami hampir putus sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan kelahiran anak kedua kami.
Pada masa itulah, isteri saya mengorbankan minat dan harta yang antara beliau paling sayangi iaitu tudung-tudung yang saya belikan buatnya.
Tetapi jujur saya katakan, saya yang lebih sedih dari isteri. Kerana selama berbulan-bulan lamanya kami mengumpul koleksi sehingga saya menjadi terkenal di group tudung yang hampir kesemuanya dipenuhi oleh wanita.
Alhamdulillah, disebabkan nilai tudung yang hampir kesemuanya tidak turun dari harga asal walaupun yang “preloved” malah ada yang berganda-ganda harganya, kami dapat menampung perbelanjaan hidup kami pada ketika itu.
Selepas kehidupan kami kembali stabil, isteri saya Nora Azni mengambil keputusan untuk menghadiahkan tudung – tudung yang tidak terjual kepada saudara – mara dan rakan – rakan beliau di facebook.
Perasaan seronok apabila kita memberi adalah satu perasaan yang sangat istimewa bagi kami. Yang tinggal hanya beberapa helai yang paling beliau minati. Itulah yang menjadi kenangan kegilaan kami yang paling manis.
Betullah apa yang dikata, pelaburan yang paling berbaloi ialah pelaburan kepada isteri dan keluarga. Kerana ia telah terbukti akhirnya dapat membantu keluarga kami di saat yang paling kami perlukan di samping dapat menggembirakan hati isteri.