Ibu keluar ambil barang, kereta terkunci secara automatik.’ Kanak-kanak dua tahun terperangkap daam kereta. Mujurlah tindakan pantas bomba dapat menyelematkan kanak-kanak ini.
Kadang-kadang mak-mak tiada pilihan terpaksa tinggalkan anak di dalam kereta , namun malang tak berbau. Syukur anak ini dapat diselamatkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.
Ads
Kereta Terkunci Secara Automatik
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang.
“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.
Ads
“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga mak ayah lebih berhati-hati dan menjadikan kisah ini sebagai panduan agar tidak mengambil mudah dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.
Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.
Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.
Anak-anak Fiza yang comel dan manis.
Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60
Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.
Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.
Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.
Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli
“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”
“Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”
“Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”
Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.
MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.
Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.
Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.
Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. Insya-Allah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.
Mungkin orang anggap bisnes /industri kereta sewa tak ke mana pun dan tak terfikir pun ia mampu menjana pendapatan yang lumayan. Apatah lagi, bila pilih bisnes ini, lupakan saja untuk duduk dalam pejabat yang beraircond, berpakaian cantik dan sebagainya.
Namun, siapa sangka, dulunya dia berkerjaya sebagai pendidik sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk memulakan bisnes kereta sewa. Di awal usia 20 an dia dipandang ‘enteng’ dan menjadi pengacau pada tauke-tauke yang terlibat dalam bisnes ini.
Rezeki tidak salah alamat, atas usahanya selama tiga tahun pertama, dia mempunyai 60 hingga 400 kereta sewa dengan 16 cawangan. Digelar budak hingusan oleh tauke kereta sewa, dia langsung pandang ke depan.
Apa rahsianya dan strategi kejayaan dalam bisnes kereta sewa ini sehingga mampu jana pendapatan lumayan dan bukalah sebagai bisnes budak tak sekolah. Ikuti perkongsian Rosma Ali ini.
Dalam bisnes pertama saya, iaitu bisnes kereta sewa, masa tu umur saya 22 tahun.
Langsung tiada pengalaman bab-bab kereta sewa. Saya masuk dalam bidang ini pun dah banyak syarikat kereta sewa wujud.
Sehinggakan ramai syarikat hentam saya sebab saya masuk line mereka dan kononnya saya pengacau industri kereta sewa. Pada usia kereta sewa saya setahun, saya dikata budak hingusan oleh tauke sebab saya buat pandai.
Saya running..saya running..dan running sehingga kereta sewa saya berusia 3 tahun. Masa usia kereta sewa saya 3 tahun, saya dah ada kereta sewa 60 buah, ramai tauke kereta sewa cakap, saya laju sangat naik, main bisnes kereta tak boleh laju sangat, nanti jatuh merundum.
Buka 16 Cawangan
Masa ni, saya tak endah pun sifu-sifu kereta sewa cakap. Saya stay dengan cara saya. Buka cawangan sehingga 16 cawangan dan masa ini saya ada 400 buah kereta sewa.
Dalam masa nama kereta sewa tengah naik, masa ni banyak kelemahan saya tersebar dan saya hanya mampu bertahan sehingga tahun ke 6 saja.
Selepas tahun ke7 saya berundur. Saya tutup 10 cawangan kereta sewa dan jual sebanyak 300 buah kereta sewa saya, cuma maintain dengan 100 buah kereta sewa je sampai sekarang.
Di luar sana, ramai yang tepuk tangan, sebab tengok saya down, maklumlah dari 400 buah kepada 100 buah saja.
Ubah Strategi
Tapi mereka tak tahu, kita berubah ikut strategi.
Masa 400 buah kereta, saya dapat untung bersih sebanyak RM500 sebuah kereta sebab kereta investors, untung kena kongsi dengan investors, total income saya masa tu RM200K sebulan, tapi masa ni pressure saya tinggi, nak urus 400 buah kereta, bukan calang-calang.
Jadi, saya buat keputusan jual semua kereta sewa saya di luar KL, kekalkan 100 buah di kawasan Klang Valley.
Apa yang saya buat…
100 buah kereta sewa yang saya ada, saya tukar semua kepada tunai. Masa ini saya tiada hutang dengna bank dan tiada sebarang perjanjian dengan investors. Sebuah kereta saya dapat sale kereta sewa RM2000. Bermakna 100 buah kereta sewa, saya collect income RM200k sebulan.
Ketika usia perniagaan kereta sewa saya 7 tahun, saya boleh senyum time ni, sebab pressure tak ada, income sebulan RM200K, tolak 30% kos pengurusan, baki saya ada RM140k. (Sama dengan income saya jaga 400 biji kereta, tapi beza nya, jaga 100 buah kereta sendiri tak tertekan, enjoy je, ada orang sewa, bagi sewa, tak ada orang sewa, kita rehat-rehat saja)
Mula Beli Kereta Luxury
Masuk tahun ke 10 usia perniagaan, saya dah mula beli kereta-kereta sewa luxury seperti Mercedes, Toyota Vellfire / Harrier / Hiece/ Vios / Yaris, Honda Civic / City , Mitsubishi Lencer / Triton, Nissan Serena dan lain-lain.
Kereta luxury macam vellfire, satu biji kereta kita boleh dapat sale sebulan RM10K minimum. Sekarang saya ada 3 buah vellfire untuk di sewa, 3 buah vellfire ni saya akan dapat RM30K. Insya Allah, dalam masa terdekat ni, saya akan tambah 2 buah Alpard Robot lagi, untuk cukupkan total 5 buah. Ikut harga terkini, 2 buah Alpard tahun 2020, RM250K, 2 buah RM500K, cash.
Toyota Vellfire ni, seronok jaga dia, sekali orang sewa sehari kita boleh dapat income dari RM500 hingga RM800. So kalau sebulan orang sewa kereta kita hanya 15 hari, kita akan dapat income antara RM7500 hingga RM12K.
Berbeza kalau saya jaga kereta sewa myvi, sehari myvi harga sewa di RM140, kalau 20 hari orang sewa myvi dalam sebulan, saya boleh dapat dalam RM2800 saja.
Kawan saya, dia buat kereta sewa, hanya jaga vellfire sahaja 10 buah, income dia sebulan boleh dapat sekitar RM120K sebulan. Masya Allah.
“Sebahagian collection kereta sewa saya satu bulan di cawangan KL”
Ajar Anak Didik
Pernah saya ajar anak didik saya dalam bisnes kereta sewa, dia budak skema, budak akedemik, dia study Master.
Tapi dia rendah diri, sebab tak dapat kerja yang dia nak. Kawan-kawannya dah berjaya, gaji dah above RM6K sebulan.
Saya interview dia everything…
Saya tanya, dia nak apa dalam hidup???
Kalau nak nama, pergi buat resume cantik-cantik, pergi mohon kerja!!!
Kalau awak datang jumpa saya, for sure dalam tempoh 3 tahun, awak adalah manusia yang sangat teruk.
Hidup awak tak der pendapatan tetap.
Jadual kerja awak yang tak tentu masa.
Jenis pekerjaan awak, adalah jenis pekerjaan seolah-olah buruh kasar.
Awak akan berdepan dgengan orang bawahan yang level ekonomi sangat-sangat rendah.
Cara pakaian awak, tak menampakkan awak seorang yang professional. Tak sempat nak pakai kasut tinggi, kadang-kadang sarung sandal biasa je pergi kerja.
Tempat kerja awak adalah panas, tiada pejabat, tiada aircond, tiada computer dan sebagainya.
Kalau sekarang, awk rasa rendah diri, sebab tengok kawan-kawan awak dah berjaya, gaji mereka RM6k above, naik kereta Toyota, ada insurance, pege kerja waktu office hours, ada kwsp, ada jaminan kerja tetap dan sebagainya, kini awk akn rasa lebih lagi rendah diri kalau awak involve dalam kereta sewa.
Kena fikir baik-baik!!
Step by step saya explains pada dia…laju dia faham, sebab budak master kan.. so agak mudah untuk saya explain all about strategy kereta sewa pada dia.
Masya Allah tuan puan…
Kalau kita budak master, buang ego… terjun dalam bidang kereta sewa, kurang 5 tahun, tuan puan akan dapat income above RM30K sebulan.
Lepas Jawatan Tetap
Awal-awal dulu saya cikgu..saya dah ada jawatan tetap, saya boleh buat loan nak beli kereta dengan mudah, loan nak beli rumah dengan mudah, sebab cikgu kan.
Sakit demam boleh masuk hospital percuma, dan boleh upgrade first class lagi. So, sy bangga jadi cikgu.
Saya tengok bisnes kereta sewa ni, macam bisnes budak-budak tak sekolah je..budak leval SPM pun boleh buat kereta sewa, tapi budak SPM tak boleh jadi cikgu. Ini dalam pemikiran saya suatu ketika dulu..
Susah nak buang ego ni…
Seronok orang panggil kita cikgu. Tapi duduk dalam bisnes kereta sewa, orang panggil kita kakak je, gelaran panggilan nama dah bertukar, orang panggil saya kak ros.
Saya buang ego jauh-jauh.
Saya letak tepi jawatan, berenti kerja, saya all out bisnes.
Ya…
Dalam masa kurang 3 tahun, saya macam buruh kasar, semua kerja saya buat, dari urus customer, dari urus kereta rosak, dari urus kereta excident dan sebagainya. .
Kini, semua kerja ni, saya dah tak sentuh…dah brapa tahun saya tak memandu kereta sendiri, dan berapa tahun saya tak jumpa customer saya yang nak sewa kereta, everything saya control by staf saya saja.
Berjinak Dengan Bisnes Umrah
Dalam masa 5 bulan ni, bolehkata 100% masa saya fokus pada bisnes umrah yang baru saya develop ni..
Alhamdulillah. .bisnes umrah pun not bad, dalam masa 5 bulan, saya dah boleh capai income.
RM240k. Dan bulan 8 dan bulan 9 ni, saya dah ada 600 jemaah yang akan ikut saya pergi umrah. Kasar-kasar kalau saya ambil untung satu jemaah RM500 seorang pun, income saya dah RM300K dalam masa 2 bulan.
Semoga, memberi manfaat kepada kawan-kawan di luar sana.
Mingguan Wanita : Terinspirasi sangat dengan apa yang dikongsikan ini.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...