Sumber: Harian Metro

Sebagai ibu tentu kita sentiasa beringat setiap kali keluar bersama anak kecil, apatah lagi anak yang masih bayi. Namun kadang-kadang dalam berjaga-jaga, keadaan yang kita tidak ingin berlaku, akhirnya berlaku jua.

Seorang ibu mengalami detik cemas apabila bayinya terperangkap di dalam kereta seorang diri. Walaupun hanya 15 minit, kejadian ini cukup mencemaskan seorang ibu dan sudah tentu dia cukup menyesal dengan apa yang berlaku.

Diselamatkan Oleh Bomba

Seorang wanita melalui detik 15 minit yang mencemaskan apabila bayi lelakinya berusia empat bulan terperangkap di dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai-Pontian di sini, pagi ini.

Bagaimanapun bayi berkenaan diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 pagi.

IKLAN

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Inggal Anak Bakau dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 pagi.

Hanya Ingin Membeli Barangan

Katanya, kejadian berlaku apabila wanita berkenaan singgah dan keluar untuk membeli barangan di stesen minyak berkenaan.

Bayinya yang diletakkan dia dalam kerusi bayi itu ditinggalkan di dalam kereta Perodua Myvi berkenaan dalam keadaan enjin tidak dimatikan.

IKLAN

“Namun, difahamkan pintu kenderaan berkenaan terkunci secara automatik menyebabkan bayi itu terperangkap selama 15 minit,” katanya ketika dihubungi.

Nasihat

Katanya, satu jentera dengan lapan anggota di hantar ke lokasi dan membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

IKLAN

Bayi berkenaan dikeluarkan dalam keadaan selamat,” katanya yang menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak terutama bayi di dalam kereta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Harian Metro

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua dan menjadi peringatan buat mak-mak di luar sana. Biar apa pun alasan anda, keselamatan anak-anak adalah yang paling utama. Peka keadaan sekeliling dan jangan sesekali abaikan keselamatan anak anda.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI