Apabila anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran, Allah.. sejuknya rasa hati yang mendengar. Kita yang orang luar pun dah rasa seronok, mak dan ayahnya lagilah bahagia.
Akui ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27 anak tunggalnya itu, Ahmad Ziyyad Bin Mohd Zahir sudah memahami, kenal ABC dan nombor sejak berusia 8 bulan.
Agar lebih dekat dengan jiwa mak-mak, MW menghubungi ibu hafiz cilik ini bertanyakan apakah amalan-amalan yang menjadi sandarannya sejak mengandungkan Ahmad Ziyyad, melalui fasa berpantang sampailah sekarang.
7 Panduan Tanpa Memaksa Anak Usia 2 Tahun Dekati-Hafaz Al Quran
Pertama : Masa Mengandung Saya Pun Baca Al Quran
Sepanjang mengandung saya amalkan membaca Al Quran dan beri Ahmad Ziyyad mendengar audio. Baby dalam kandungan dah boleh dengar dunia luar rahim.
Ini Surah Wajib Dibaca Ketika Saya Hamil
Semasa hamil, ibu ini mewajibkan dirinya membaca surah-surah ini setiap hari. Iaitu surah Al Mulk, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan surah Al Kahfi.
Kedua : Ini Makanan Yang Takkan Saya Ambil Waktu Hamil
Makanan semasa mengandung pun Nurul Shahida menjaga dengan penuh teliti. “Saya tak ambil minuman atau makanan yang ada kandungan kafien, makanan jajan pun saya tak makan.”
Ketiga : Hari Pertama Ziyyad Lahir Ini Amalannya
Dalam tempoh berpantang, tak adalah amalan-amalan yang lain. Saya berpantang macam biasa. Cuma sejak hari pertama dia lahir, saya dah beri dia dengan Al Quran.
Keempat : Pasang Juz Amma Dalam Kereta
Saya selalu pasang audio ngaji. Malah Saya selalu pasang juzz amma dalam kereta. Qari kanak-kanak pilihan saya untuk Ziyyad. Tak pernah pasang lagu-lagu dengan hiburan-hiburan dalam kereta.
Saya tak nak bagi hati dia gelap. Susah nak terima ilmu. Qari favourite Ziyyad, Muzammil Hasballah dan Mishary Rashid. Yang ini saya selalu pasang di rumah sambil-sambil dia main.
Ads
Saya gantikan hiburan lagu kanak-kanak dia dengan Al Quran.
Kelima : Ziyyad Sentiasa Dengan Saya
Kerjaya Nurul Shahida sebagai pemilik butik pengantin memerlukan wanita ini bergerak sentiasa. Ziyyad tak pernah ditinggalkan. “Kalau saya pergi setting pelamin pun saya bawa dia sekali.
“Tak pernah tinggal, 24 jam ada dengan saya.”
Keenam : Saya Baca Al Quran Untuk Ziyyad Ikut
Selalu saya baca Al Quran bagi rangsang minat dia untuk ikut baca Al Quran sekali. Lepas maghrib, dia dah tau dah. Selesai saja solat dia akan ambil Al Quran, buka mana-mana surah yang dia nak.
“Saya tolong bacakan sepatah demi sepatah ayat untuk dia ikut. Lama-lama dia jadi lancar dan cam ayat Al Quran itu kat mana mula dan berhenti baca kat mana.”
Ketujuh : Saya Bukan Penghafaz Al Quran, Ziyyad Buat Saya Usaha Jadi Contoh Terbaik
Sejujurnya saya bukan jenis penghafaz Al Quran. Tapi sejak ada anak, saya berusaha untuk menghafaz sekali dengan Ziyyad supaya dia boleh ikut contoh yang terbaik daripada saya dan suami.
Banyak surah-surah yang saya hafal dulu untuk tunjuk ajar dia hafal. Bila Ziyyad biasa dengan Al Quran, ilmu-ilmu lain pun dia senang nak terima. Alhamdulillah sekarang dia dah mula pandai membaca. Alhamdulillah..
Ads
Ziyyad Belajar Melalui Persekitaran Sekeliling
12 keping gambar ini antara contoh lain yang mak ayah boleh ikut. Ini cara nak bagi anak lebih peka dengan persekitaran, merangsang kebijaksanaan mereka melalui 6 deria yang ada di sekeliling mereka.
“Dari zaman yadd bambam lagi setiap apa yang yadd tengok dan pegang, umi perincikan benda tu. Ciri seperti warna, bentuk, tekstur, rasa dan bilangan. Tengok kat setiap gambar-gambar umi terangkn satu-satu.”
Banyak lagi perkongsian ilmu keibu bapaan yang dekat dengan jiwa mak-mak yang boleh dicontohi dalam facebook Nurul Shahida.
Semoga mak-mak di luar sana akan dapat mengikut jejak langkah Nurul Shahida yang melatih anaknya dengan memulakan latihan pada dirinya sendiri. Agar diri mak itu sendiri dapat menjadi teladan untuk anak ikuti.
Potato.. Ziyyad suka kentang. Bagi dia sentuh, rasa texture sentuhan. Bagitau ciri potato bulat, warna coklat. Tunjuk kat dia beza kentang saiz besar dan saiz kecil.
Bakul umi nak letak kain pun dia main. Boleh mencirikan bakul ni. Bakul warna hijau @ green. Kat pemegang ni ade warna putih. Bentuk kat lubang tu square.
Set alphabet ni Yadd ada banyak set. Entah la berapa set dah umi beli. Setiap kali gi kedai dia minta beli. Takpe, ada banyak-banyak boleh dia belajar mengeja sambil susun-susun.
Ads
Kat butik pengantin umi pun Yadd boleh reka mainan dia sendiri guna benang-benang. Umi nak jahit baju pengantin ni Yadd.
Alif ba ta pun boleh ajar guna benang.
Belajar alphabet guna cotton bud
Ganti nombor 1 yang hilang dengan benang. Dia yang buat sendiri.
Kira guna syiling
Naik dan turun tangga sambil kira secara menaik dan menurun.
Lalu kat sawah padi. Boleh ajar warna. Kalau ada bangau dan lembu kat situ boleh terus tunjuk. Hehe..
Sebak bila mana balu Allahyarham Abam, iaitu Noor Hidayah Mohd Ali ternampak kereta arwah suami di atas jalan raya.
Suatu ketika dahulu, kereta jenis Toyota Vellfire yang dilihat melintasi kenderaannya itu pernah menjadi milik mereka. Namun kini, selepas pemergian suami kenderaan itu hanya tinggal kenangan.
Kongsi Hidayah di media sosialnya, “Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami.”
Bila Hamzah dah besar, ini la kereta Ayah, Ayah pernah cakap kereta ni untuk kelesaan anaknya. In sha Allah doakan Bisness Ibu berjaya. Aamin..”
Biila mana arwah suami pernah maklumkan kenderaan sebegitu untuk keselesaan anak, Hidayah memasang tekad untuk lebih maju dalam perniagaan. Agar dia dapat memberikan keselesaan itu kepada satu-satu permata hatinya, Hamzah.
Ternampak Kereta Arwah Suami..
Dalam pada itu, Hidayah memohon agar anaknya Hamzah, mendoakan kejayaan perniagaan yang diusahakan.
“Ternampak kereta arwah suami BN 639 hanya tinggal kenangan Hanzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.”
Dalam mencari rezeki untuk keluarga, Hidayah mengusahakan bisnes Sabun Daun Sukun.
Doakan Hidayah Besarkan Hamzah Jadi Anak Yang Baik
Perkongsian Hidayah itu mendapat simpati netizen yang turut merasai kesedihan ibu anak satu itu. Tak kurang juga, ada yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus dimurahkan rezeki dan dapat membesarkan Hamzah menjadi anak yang baik.
Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.
Kini Hamzah berusia dua tahun.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari 2020 ketika usianya 32 tahun.
Anak Arwah Jay Jay Akan Sentiasa Ingat “Bapa Minta Saya Jalankan Tanggungjawab Menjaga Emak”. Pemergian bapa tercinta menyahut panggilan Ilahi merupakan perkara yang amat sedih dalam hidup. Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga Allahyarham Jay Jay.
Seperti yang dilaporkan penyanyi evergreen, Allahyarham Jay Jay telah meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.
Menurut isterinya, Zaitoon arwah Jay Jay mengalami kegagalan organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Allahyarham telah dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor tengahari tadi.
Anak Sentiasa Jay Jay Akan Sentiasa Ingat
Menurut laporan portal Berita Harian, anak bongsu arwah Jay Jay, Nur Camelia Mohd Fauzi walaupun sempat berada pada saat akhir bapanya namun tiada pesanan yang ditinggalkan. Cuma Nur Camelia sentiasa ingat pesanan arwah agar menjaga ibu.
“Alhamdulillah, saya sempat berada di sisi arwah pada saat akhirnya.
“Tiada apa-apa pesanan, tetapi arwah minta saya menjalankan tanggungjawab menjaga emak,” kongsi Nur Camelia.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seksanya. “Telan ubat tidur tapi hanya berkesan untuk jangka pendek saja. Sudah tujuh tahun wanita ini tak boleh tidur atau lelapkan mata.
Sesekali tak boleh lelapkan mata pun jadi runsing, apatah lagi tujuh tahun lamanya tak tidur. Mesti letih dan perasaan tak tenteram bila mana waktu tidur menjadi tak normal macam orang lain.
Tujuh Tahun Wanita Ini Tak Boleh Tidur
Seorang wanita di Bandung Barat, Indonesia mendedahkan tidak mampu melelapkan mata pada waktu malam seperti individu normal sejak tujuh tahun lalu, lapor laman berita Suara.com, semalam.
Menurut wanita yang bernama Cucu, 45 tahun, dia mula hilang rasa mengantuk pada tahun 2014 kemudian akhirnya melarat dan menjadikannya berjaga selama tujuh tahun sehingga hari ini.
Malahan wanita beranak dua itu turut berkongsi, dirinya telah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden untuk mengubati masalahnya namun gagal.
Telan Ubat, Berkesan Untuk Jangka Pendek
“Saya pernah dirujuk ke sebuah hospital daerah di Bandung Barat namun doktor gagal mengesan punca penyakit ini.
“Akhirnya doktor memberikan saya ubat tidur namun ia hanya berkesan untuk jangka masa pendek dan saya akan terbangun sebaik sahaja kesan ubat habis,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pakar Psikologi Hospital Cikalongwetan, Dr. Zulfitriani berkata, situasi yang dialami Cucu sangat unik dan memerlukan kajian lebih lanjut.
“Kejadian ini jarang berlaku jadi pihak kami perlu meminta Cucu untuk datang dan menceritakan keadaannya secara terperinci bagi menentukan apakah rawatan yang paling sesuai,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Susah juga bila sampai waktu tidur tetapi mak-mak tak boleh tidur. Esoknya perlu bekerja dan uruskan rumah tangga. Pening juga bila waktu tidur jadi kacau bilau. Harapnya wanita ini menemui ubat yang mujarab untuk kembalikan waktu tidurnya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...