Ibu bongkar kisah gelap asrama, Ustazah jadi kepala halalkan dera dan hina hanya kerana telefon mak. Selepas tular rakaman suara pelajar, Zara Qairina yang mengundang simpati orang ramai kerana dipercayai menjadi mangsa buli di asrama sekolah agama, seorang ibu tampil berkongsi pengalaman hampir serupa melibatkan anak kelimanya, Athirah.
Menurut ibu ini, Siti Atikah Tukimin, walau ia pengalaman lama namun kes anaknya dibuli Ustazah yang juga warden asrama, kesannya masih terasa hingga kini.Jelasnya kejadian itu berlaku ketika anaknya, Atikah berusia 13 tahun dan baru memulakan kehidupan di sebuah sekolah menengah agama.
“Kes Zara benar-benar mengingatkan saya kepada anak saya sendiri. Dia juga pernah menjadi mangsa buli dan dera mental di tempat yang sepatutnya melindungi,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wanita Kongsi Wajah Anak Seakan Zara Qairina, Mirip Sekali Imbas
Ibu Zara Qairina Akui Panik-“Jika Tahu Penting, Kami Tak Akan Tolak Bedah Siasat”
Kisahnya bermula apabila Athirah “kantoi” menggunakan telefon awam pada hari yang tidak dibenarkan pihak asrama. Peraturan sekolah hanya membenarkan panggilan kepada ibu bapa dua kali seminggu yang menurutnya terlalu ketat bagi pelajar baharu yang masih menyesuaikan diri.
“Anak saya ‘homesick’ dan hanya mahu mendengar suara ibunya. Tapi akibat itu, dia menjadi sasaran. Dia ditampar di hadapan pelajar lain, dipaksa mengunyah kertas dan rendang basi, dihalang berjalan bersama rakan, malah dihujani kata-kata kesat,” jelasnya.
Ibu Athirah mendakwa warden asrama yang juga seorang ustazah menjadi dalang utama pembulian, malah pernah mengugut anaknya di hadapan pelajar lelaki dengan kata-kata memalukan.
Aduan kepada pihak sekolah dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada mulanya tidak diambil serius. Namun, campur tangan Dato’ Othman Muhammad akhirnya membolehkan Athirah dipindahkan ke sekolah agama lain yang lebih selamat.
Beliau menegaskan, kisah ini adalah amaran kepada semua ibu bapa: “Dengar rintihan anak, percayai luahan mereka, dan bertindak segera sebelum terlambat.”