Impian, tak salah ada impian dalam hidup. Pernahkah anda dan pasangan bersembang tentang impian hari tua? Apakah sudah merancang bagaimana kehidupan akan dijalani selepas bersara, ketika anak-anak memiliki kehidupan sendiri?
Ikuti perkongsian daripada YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Haji Juanda Bin Jaya, Perunding undang-Undang Keluarga Islam, juga kolumnis di dalam Majalah Mingguan Wanita. FB: https://www.facebook.com/DatoMurshidDiRajaDr/
Tak Sempat Fikir impian
Mungkin ramai yang tak terfikir nasib perkahwinan mereka masa akan datang disebabkan peritnya menghadapi kehidupan sekarang. Bagaimana sempat berangan dengan impian hari tua jika awal pagi sudah berkungfu di dapur, merempit di jalan menghantar budak-budak ke sekolah, melompat sana sini mengejar masa agar tak lemas dalam amukan jalan raya yang sesak, mengatur masa untuk kerja dan anak, suami dan urusan rumah?
Janganlah cari alasan, impian itu bagus untuk suntikan motivasi agar lebih maju ke ke hadapan, Janganlah tunggu sampai suami pasang impian nakal bagaimana nak tambah isteri dan belanja duit KWSP pula!
Isteri Bantu Suami Rancang
Untuk menghapus impian nakal suami, eloklah jika isteri tolong suami merancang impian-impian kehidupan dunia hingga akhirat. Bila kehidupan sekarang ini susah, jangan putus asa dengan janji Allah bagi siapa yang berikhtiar pasti ada masanya Allah kurniakan kejayaan.
Ads
Tak cukup hanya menunggu janji Allah tetapi tidak berusaha meningkatkan taraf kehidupan, Allah hanya memberi kepada mereka yang berusaha. Impian anda berdua sewajarnya difikirkan dari sekarang, pencapaian yang mahu dimiliki dan usaha apa yang dilakukan kini.
Satukan impian dengan harta
Harta adalah alat penting untuk membina impian, ia perlu diuruskan sebaik-baiknya agar tidak mengganggu kehidupan anda selepas pencen. Ramai pasangan yang menganggap anak-anak akan membantu dari segi kewangan tapi mereka kecewa sehinggakan mengungkit jasa pada anak dan menyebabkan keretakan kasih sayang. Anak yang berduit lebih disayangi yang susah pula diperli tak kenang budi.
Jika anda bergantung pada anak menantu bagaimana ibadah boleh kusyuk dan hati tenang dalam keadaan hubungan anak beranak sentiasa bergolak seperti itu?
Harta yang berkat adalah yang boleh memberi manfaat kepada kita sehingga tubuh badan terjaga untuk buat ibadat dan hati tenang disibukkan dengan ilmu agama di masa tua. Janganlah semakin tua semakin kalut sebab cucu pun kena tanggung makan minumnya, bilakah masa anda dan suami berehat daripada dunia?
Ads
Satukan Impian Dengan Mendekati Allah
Sudah tiba masanya kembali pulang, dekat sungguh urat leher itu dari cengkaman malaikat maut! Kenapa masih sibuk dengan dengki mendengki, tamak yang tak habis lagi dan riak yang makin menjadi-jadi!
Rancanglah satu impian perjalanan menuju Allah, pergi umrah dan haji atau merentasi jalan sunyi ke surau-surau dan masjid yang setia menanti. Walaupun rumah hiruk pikuk dengan keletah manja cucu, jangan lupa impian terakhir adalah bertemu Allah yang lama menunggu.
Kalaulah panjangnya usia itu sampai 60 ke 70 tahun tidakkah terlalu lama Allah tunggu kita pulang mencari-Nya? Janganlah lama sangat sesat dalam dunia yang menggairahkan ini, padahal puncak kenikmatan itu justeru dekat di hati. Tangisan yang tumpah atas sajadah di malam sunyi itu lebih nikmat dari segala yang kita pernah rasa di dunia ini, cubalah rasai! Duduknya kita dalam majlis ilmu itu seperti berada dalam taman syurgawi, nikmat tak terperi!
Ads
Satukan impian, berjasa pada manusia
Suami isteri yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing sudah tentu tidak akan biarkan minat dan kecintaan mereka pada kerjaya hilang selepas bersara. Walaupun isteri hanya suri rumah bukankah kepakarannya mengenali emosi dan perkembangan kanak-kanak juga bermanfaat bagi menantu dan anak-anaknya sendiri?
Adapun yang memiliki pengalaman dan ilmu lebih jenguklah Ngo-Ngo yang perlu dibantu, kerja-kerja amal dan dakwah yang boleh dirancakkan setelah anda dan suami bersara, ini merupakan impian agung yang jarang-jarang disukai manusia ego akhir zaman!
Sama Sibuk Di Jalan Allah
Jika suami isteri sibuk bersama di jalan Allah tiada masa mereka mahu berehat duduk-duduk di jalan syaitan. Tiada lagi orang tua nakal yang melanggan rumah urut atau merayap tak tahu maghrib di mall-mall sakan berbelanja. Gaya bukan main mahal mengalahkan anak muda, rumah anak-anak tahfiz yang daif dipandang sebelah mata saja. Adik beradik di kampung masih miskin tidak dibantu, asyik-asyik pergi luar negara tak ingat siapakah nanti yang tolong timbus tanah kuburnya.
Impian suami isteri sememangnya indah seindah malam pertama tapi mungkinkah akan berakhir dengan indah jua jika tak pernah bersembang tentang apa yang kita mahu untuk hari tua?
Satu pinjaman yang paling bernilai dariNYA, bila ada ibu yang masih setia mendengar luahan anak-anak, kadang tunaikan keinginan anak-anak nak makan apa dan mungkin ada ibu yang sanggup gadaikan sesuatu sebab nak tolong anak-anaknya.
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan bertuah lah jika kalian masih mempunyai RATU KELUARGA sampai hari ini, tempat menumpang kasih walau masing-masing sudah berumah tangga.
Namun, ada anak-anak yang terlalu sibuk uruskan hal dunia sampai lupa bertanyakan khabar ibu. Allahu… berubahlah nak, pulanglah jenguk ibu jika dia masih ada.
Atau mungkin kita lupa dan tak pernah tahu kasihnya ibu sampai tak sanggup nak ganggu kesibukan anak-anaknya walau hatinya sarat dengan rindu.
Nah, jemput selami hati seorang ibu dengan bait tulisan indah daripada seorang ibu, Hajjah Rohana Saad dalam perkongsiannya tentang pengorbanan kaum ibu.
Inilah Pengorbanan Seorang Ibu
SYURGA KECIL YANG KAU MILIKI ADALAH SENYUMAN IBU MU
Saat kita berganjak dewasa, saat itu juga ibu semakin tua. Kedut diwajahnya menjadi saksi hidup kita. Sudahkah kita membuat dia bahagia?. Masa bersama ibu tidak lama, masa berlalu begitu pantas. Sekejab saja ibu telah tua. Andai kita terlalu sibuk, tidak luangkan masa bimbang kita tak sempat ‘rapat’ dengan ibu sebelum ‘nafas terakhirnya’.
Kita tak pernah nampak pun lebam mata ibu bersengkang mata tak tidur malam menjaga kita. Kita tak tahu pun mereka pernah ikat perut tak cukup makan. Kita tak pernah ambil kisah pun mereka jenuh berlari nak setlekan hutang demi membesarkan anak-anaknya.
Jangan biarkan masa berlalu tanpa berbakti padanya. Takut nanti tidak sempat Allah menjemputnya di tengah kelalaian kita. Kita sibuk mencari syurga Dunia semakin jauhlah syurga sebenar kita.
Ibu selalu punya cara untuk membuat anaknya bahagia. Punya beribu alasan untuk mengorbankan diri demi anaknya. Ibu selalu memberi yang tidak pernah orang lain beri untuk anaknya. Memberi apapun dalam hidupnya, hanya demi melihat anaknya bahagia. Masih tega kita menyakitinya?.
“Allah memerintahkan aku berbakti pada ibuku dan tidak menjadikan ku sebagai orang yang sombong dan celaka” (QS Mariam:32). Hadis Rasullullah saw “Orang tua adalah sebaik baik pintu syurga. Jika kamu mahu, jagalah pintu itu jangan kau sia-siakan”(HR Tarmidzi).
Semoga Allah mengampuni semua dosa kita dan kelalaian serta kekhilafan kita sebagai anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hubungan di antara suami isteri cukup erat sehinggakan segala baik buruk pasangan akan diketahui. Sebagai suami, sejauh mana anda benar-benar ‘kenal’ dan dapat menyelami perasaan isteri anda? Apakah cukup dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan itu?
Suka Pendam
Wanita sering kali dikaitkan dengan sikap yang suka memendam perasaan. Walau pun mereka sedang berduka, tapi jarang ditunjukkan kepada suami. Mungkin disebabkan tidak ingin menyusahkan suami. Tapi, sebagai suami yang prihatin, anda perlu ambil peduli dan peka dengan perubahan emosi isteri.
Tanda-tanda
Antara tanda yang menunjukkan isteri sedang dalam keadaan berduka, dia banyak mendiamkan diri dan kurang berkomunikasi dengan anda. Walau pun mungkin dia cuba tersenyum, tapi perhatikan betul-betul, pasti anda dapat kesan rasa duka di wajahnya.
Atau bila pulang dari kerja, tiba-tiba lihat matanya merah seperti baru menangis, sudah pasti ada yang tak kena. Sebagai suami, jangan buat tak tahu sedangkan anda dapat kesan signal yang telah diberikan oleh isteri.
Tanya
Kemudian, bertanya dengan lembut, apa yang membuat dirinya berduka. Apakah ada kegusaran atau masalah yang sedang melanda hatinya kala itu? Entah-entah, dia terluka dengan sikap anda yang tanpa sedar membuatkan dia bersedih. Jika ya, minta maaf andai itu memang salah anda.
Jangan bersikap ego dan tak bertanya apa yang sedang dialami oleh isteri. Walau pun mungkin pada mulanya isteri tak nak berkongsi atas sebab tertentu, tapi percayalah, jika anda tunjukkan sikap prihatin pasti mereka akan luahkan pada anda.
Cuba Hiburkan Hati Isteri
Setelah diketahui punca yang menyebabkan duka si isteri, cubalah hiburkan hatinya dengan melakukan sesuatu yang disukai. Atau yang paling mudah, berikan pelukan sayang sambil luahkan kata-kata pujukan.
Bantu Jika Mampu
Sekiranya ia melibatkan soal kerja dan di luar hubungan suami isteri, anda boleh cadangkan jalan penyelesaian buat isteri. Pasti si isteri akan menghargai pendapat anda itu walau pun mungkin tidak diikutinya. Yang penting, ia menunjukkan rasa prihatin dan peduli anda terhadap dirinya. Itu lebih bermakna buat isteri. Dengan cara itu juga, isteri akan rasa selesa untuk meluahkan dan berkongsi perasaannya dengan anda kelak. Ia adalah satu hal yang positif dalam hubungan anda suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri sebelum kahwin bukan main cantik, bukan? Bila dah kahwin urus anak-anak, suami dan rumah tangga semua mood nak melawa hilang entah ke mana.
Jangan pula fikir sebab sudah ada suami, kaum isteri tak perlu melawa ya! Kena beringat, lelaki cukup suka tengok benda cantik. Walau mulutnya kata tak kisah atau guna ayat, “Tak yah bergaya lah isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA!
Dari sudut pandangan seorang suami, Muhammad Ahmad ada kongsikan kenapa isteri patut melawa walau cuma duduk rumah, jemput baca…
Isteri Kena Melawa
Isteri ini ibarat bunga yang paling cantik, mekar mewangi. Bunga ini jika tidak dijaga akan layu, akan rosak, tidak sedap di pandang.
Manakala suami adalah BAJA dan BENTENG bagi sang bunga.
Baja bagi seorang isteri adalah KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Dan benteng untuk jaga ‘bunga’ ini adalah TANGGUNGJAWAB dari suami yang SOLEH.
Namun bunga kena pandai hargai bajanya.
Untunglah Suami Kalau Isterinya…
Seorang isteri yang hargai suami akan berusaha kelihatan cantik di mata. Penat macam mana pun berusaha cantik di mata suami, layan suami dengan baik, lemah lembut apabila berbicara.
Bibirnya sentiasa merah, lembab dari lipstick, mengenakan mascara atau natural makeup membuatkan mata tidak puas memandang. Kejap kejap nak tengok, kejap kejap nak tengok.
*ish lawa bebeno isteri aku ni.
Jangan Puas Melawa Depan Suami
Apalah kiranya jika berpakaian yang menyukakan suami. Rambut kelihatan lembab sentiasa. Yang buatkan suami rasa kagum, wow, jatuh cinta lagi, tiidak puas memandang, tidak mahu sikit pun memandang wanita-wanita lain hatta model terkenal sekali pun.
Dan berwangi-wangianlah dirumah dari wangi yang paling suami suka, wangian khas untuk sang suami sahaja. Suami penat balik kerja terus segar saat membuka pintu.
Rugilah jika isteri hanya berlawa, berwangian, bermakeup untuk ke pejabat, ke majlis rasmi, ke pasar raya, tatap facebook sahaja. Sedangkan di rumah?
“Tepuk dahi tanya diri”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...