Asmara dingin, jangan salahkan isteri je, suami pun kena faham

Usia perkahwinan bukan penentu sesebuah perkahwinan itu mampu kekal hingga ke hujung usia atau pun tidak. Dalam melayari bahtera rumah tangga, ada masanya akan dilanda badai yang menguji keutuhan perhubungan suami isteri dan menjadikan hubungan kian dingin.

Kenapa Dingin?

Sebenarnya terdapat banyak punca yang boleh menjurus ke arah persengketaan dan seterusnya mendorong terjadinya perpisahan. Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui, hubungan intim di antara suami isteri juga boleh menyebabkan perhubungan kian renggang. Puncanya boleh terjadi daripada pihak suami atau isteri.

Topik asmara kian dingin ini telah dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow yang telah menjemput beberapa orang tetamu untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka.

Asmara dingin, jangan salahkan isteri je, suami pun kena faham

Tips Daripada Tuan Haji Hushim – Kaunselor Profesional

Antaranya:

1. Tak patut ada rahsia di antara suami dan isteri. Kena ada komunikasi yang telus berkenaan dengan urusan bilik tidur juga.

2. Isteri harus pandai berhias untuk menarik minat suami. Kena pikat hati suami dengan memakai pakaian seksi dan tubuh wangi.
3. Jangan malu luahkan keinginan sekiranya ingin ‘bersama’ suami.
4. Suami pula kena faham sekiranya isteri rasa penat dan tak mampu nak melayan mereka.
5. Sekiranya tidak melakukan hubungan intim, pasangan jangan putuskan ‘komunikasi’ misalnya dengan eye contact, sentuhan dan ciuman.
6. Jaga perut dan bahagian intim suami, adalah dua kunci untuk pikat suami pada isteri.
7. Suami dan isteri kena berkreativiti untuk hangatkan perhubungan.
8. isteri jangan fokus pada anak-anak saja hingga abaikan suami dalam diam.

Tips daripada Lana Nordin – Pelakon

1. Selepas melahirkan anak, ramai wanita akan mengalami penurunan keinginan berhubungan intim kerana penat dan emosi yang tak stabil. Suami kena faham keadaan isteri dan jangan memaksa. Bagi masa pada isteri untuk bertenang dan menyesuaikan diri dengan perubahan diri.
2. Isteri juga kena faham kehendak batin suami yang mungkin tak boleh bertahan lama tidak berhubungan intim. Kena lakukan sesuatu untuk mengembalikan kesegaran diri seperti berurut dan sebagainya.
3. Sebaiknya suami bantu isteri menjaga anak dan uruskan rumah tangga agar isteri tidak terlalu kepenatan.
4. Jika isteri malu untuk lahirkan keinginan, boleh gunakan whatsapp atau SMS kepada suami untuk suarakan hasrat mereka itu.

Tips Daripada Lan Solo & isteri, Sheila:

1. Kena cari peluang untuk bersama pasangan. Contoh bertukar angin pergi ke hotel.
2. Sekiranya bergaduh, jangan berpanjangan. Walau pun bertengkar, tetap tidur sebantal.
3. Komunikasi penting, saling menganggap pasangan sebagai kawan baik, boleh bercerita apa saja.

Banyak lagi tips-tips yang telah dikongsikan oleh para tetamu undangan. Ikuti kupasan lanjut topik hangat ini dalam episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 5 petang ini.

Siti Elizad dan Norman Hakim akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121