Hijrah & istiqamah, Zizi jaga maruah suami serta keluarga. Sejak berhijrah dan kemudian mendirikan rumah tangga, penyanyi yang berasal dari Sabah, Zizi Kirana terus istiqamah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita mengekalkan imej Islamik apatah lagi terdedah dalam dunia seni.
Paling membanggakan sewaktu bersua wajah dengannya di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura Zizi mengakui enggan menyanyikan lagu-lagu lama yang mempunyai lirik kurang bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.
Hijrah & Istiqamah, Zizi Jaga Maruah Suami Serta Keluarga
Bukan itu saja Zizi juga bertuah kerana penganjur tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang dikatakan agak ‘daring’.
“Alhamdulillah mereka sendiri faham dan memudahkan kerja saya. Jadi saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama.
Ads
“Dengan imej sebegini tak bersesuaian saya nak nyanyi lagu-lagu lama saya.
“Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua,” kongsi Zizi yang turut mengakui tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.
Langkah Keluar Dari Rumah Bawa Maruah Suami & Keluarga
Mengusik tentang suaminya, Yusuf Bahrin, Zizi menerangkan sejak berkahwin dia perlu menjaga maruah suami dan keluarga.
“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga.
“Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat.
Ads
“Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya lagi.
Saksi inkues Zara Qairina, “warden arahkan dua pelajar tingkatan empat bersihkan darah arwah. Saksi ke enam inkues Zara Qairina, Linah Mansoding, 65 memaklumkan di Mahkamah Koroner hari ini dua pelajar diarah membersihkan tompokan darah Zara selepas pelajar tingkatan satu itu dibawa menaiki ambulan ke hospital.
Menurut pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Mustapha, Limauan ini, dua pelajar tingkatan empat diarah membersihkan tompokan darah di lokasi Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu di bawah bangunan asrama sekolahnya.
Berusia 65 tahun, Linah Mansoding memaklumkan, warden utama dikenali sebagai Ustaz Azhari dipercayai mengarahkan dua pelajar terbabit membersihkan kawasan itu selepas Zara Qairina dibawa menaiki ambulans.
“Ada darah keluar dari kaki Zara. Mereka membersihkan kawasan tempat Zara dialihkan selepas ambulans beredar. Seorang pengawal keselamatan lelaki turut membantu dengan menyalakan lampu suluh untuk mereka.
“Bagaimanapun, kesan darah itu yang sudah menjadi hitam masih boleh dilihat sehingga sekarang,” katanya.
Memetik laporan Berita Harian, Linah berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner hari ini.
Tambahnya lagi, tompokan darah di lokasi asal Zara Qairina ditemukan berhampiran longkang akhirnya hilang akibat hujan lebat.
Terdahulu, dirinya memaklumkan di mahkamah dirinya ada melihat dua pelajar, seorang rakan sekelas dan Ustaz Azhari memindahkan Zara Qairina.
Ketika itu, katanya, Zara Qairina tidak memakai tudung, sebahagian bahagian atas tubuhnya terbuka dan tidak terdapat selipar atau kasut berdekatan.
Linah turut melihat darah mengalir dari tengkuk dan kaki kiri mangsa dengan tulang terkeluar dari kakinya.
Katanya, kejadian itu disaksikan dari lokasi pelajar berusia 13 tahun itu ditemukan hingga kawasan hadapan rumah seorang lagi warden berhampiran pintu keluar sekolah.
Saksi itu turut meniru bunyi mencungap untuk menggambarkan reaksi Zara Qairina ketika cuba dikejutkan sementara menunggu ambulans yang hanya tiba selepas sejam.
Peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, bertanya mengapa pelajar itu dialihkan.
“Saya tidak pasti, tetapi mereka kata kasihan padanya (Zara Qairina),” jawabnya sambil menambah kawasan tempat Zara ditemui itu sudah dua bulan bergelap tanpa lampu.
Beliau mengakui Ustaz Azhari pernah memintanya memadam gambar yang diambil ketika pertama kali Zara Qairina ditemukan.
“Beliau minta saya padam kerana bimbang ia akan tersebar jika pelajar lain meminjam telefon saya,” katanya.
Gambar berkenaan sudah dikemukakan sebagai satu daripada bahan bukti dalam prosiding inkues yang berlangsung selama 17 hari. Sumber :- Berita Harian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak dapat bayangkan perasaan isteri apabila suaminya hilang di lautan. Apatah lagi mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga. Namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Pasangan ini baru dua bulan bernikah, isteri kru KRI Nanggala-402 tak putus berdoa agar suami selamat. Tentu sahaja saat ini hatinya tidak tenang mengenangkan keadaan suami yang tiada khabar berita.
Baru Dua Bulan Bernikah
Susulan kehilangan kapal selam yang berlaku di Jakarta, seorang wanita yang baharu dua bulan bergelar isteri kepada kru kapal selam KRI Nanggala-402 terus berdoa agar suaminya selamat dari sebarang kemalangan.
Bagaimanapun, Mega Dian Pratiwi, 23, enggan ditemubual kerana masih lagi terkejut dan bersedih menerima berita tragedi kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu, lapor Detik News.
Isteri Kru KRI Nanggala-402 Tak Putus Berdoa Suami Selamat
Ibunya, Yayak Dwi Ernawati berkata, menantunya yang juga kru kapal, Serda Ede Pandu Yudha kali terakhir menghubunginya pada Isnin.
“Pandu sempat telefon Dian memaklumkan akan berlayar untuk latihan ketenteraan di perairan Bali. Malah meminta doa agar pelayarannya selamat.
“Mereka baharu dua bulan berkahwin. Anak saya tidak mengikut suaminya kerana bekerja sebagai jururawat di Klatak,” katanya pada Jumaat.
Menurutnya, dia berharap agar kesemua kru kapal termasuk menantunya berjaya diselamatkan hari ini dan tiada sebarang masalah semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.
Yakin Pandu Selamat
“Saya sangat rapat dengan Pandu dan hingga saat ini kami masih yakin Pandu akan kembali berkumpul dengan keluarga,” ujarnya.
Seramai 53 kru berada di dalam kapal selam tersebut yang hilang ketika menyertai satu latihan ketenteraan di luar pantai Bali.
Hanya Mampu Bertahan 72 Jam
Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada jam 4.25 pagi Rabu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.
Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono melaporkan, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam tersebut hanya kekal bertahan selama 72 jam sahaja dan SAR perlu dikerahkan sebelum oksigen kehabisan sehingga jam 3 pagi Sabtu.
MW: Team MW mendoakan semua kru KRI Nanggala-402 tak putus dan ditemukan segera. Semoga keluarga semua mangsa terlibat tabah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Seorang lelaki warga Malaysia yang cedera parah selepas ditembak di sebuah kediaman di Sungai Golok, Thailand, disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kejadian tragis ini mencetuskan perhatian ramai kerana dipercayai berpunca daripada masalah hutang yang membawa kepada insiden berdarah tersebut.
Lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam ketika sedang dirawat di Hospital Sungai Golok akibat lapan das tembakan yang diterimanya.
Keluarga terkejut terima berita duka
Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata beliau menerima berita duka itu daripada menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, sekitar waktu yang sama. Menurutnya, beliau pada mulanya diberitahu anaknya cedera akibat ditembak lapan kali sekitar jam 8 malam, namun tidak lama kemudian mendapat panggilan kedua memaklumkan bahawa anaknya telah meninggal dunia.
Siasatan awal polis Sungai Golok
Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan seorang rakyat Malaysia cedera parah ditembak di rumah di kawasan Sungai Golok pada petang Sabtu. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.40 petang, mangsa dikatakan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan, siasatan awal menunjukkan insiden berdarah di Sungai Golok itu dipercayai berpunca daripada masalah hutang, hasil maklumat yang diperoleh daripada beberapa saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian.
Tragedi di sempadan Malaysia-Thailand
Kes tembakan di kawasan sempadan seperti Sungai Golok bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan tersebut sering dilaporkan terlibat dengan kes penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dijangka bekerjasama bagi menyiasat punca sebenar kejadian bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang.
Kes ini turut menjadi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dalam urusan peribadi dan kewangan, khususnya apabila melibatkan pihak yang tidak dikenali. Tragedi tembakan di Sungai Golok ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta masyarakat setempat yang terkejut dengan berita tersebut.
Kisah menyentuh hati tentang Nur Qasehku hilang selama dua bulan akhirnya berakhir dengan berita gembira apabila remaja itu ditemui selamat di Cheras. Doa seorang ibu akhirnya dimakbulkan.