Hidup memang tidak selamanya indah. Kadang-kadang mak, ayah merasakan telah melakukan yang terbaik untuk bahagia, tetapi masih tidak beruntung seperti orang lain, Paling menyedihkan apabila orang yang sering menyakiti hati kita hidup lebih bahagia, lebih tenang dan lebih senang.

Jangan sesekali rasa iri hati dengan kehidupan orang lain, serahkan segalanya pada Allah. Hidup ini jangan berpandukan perasaan semata-mata. Percayalah jika Allah mengambil sesuatu dari mak, ayah pasti suatu hari kelak akan tiba masanya Allah akan mengantikan sesuatu yang lebih baik untuk kalian.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:

Kenapa orang yang bagi kita sakit hati, gembira? Kenapa orang yang bagi kita menderita, bahagia?

Sebab dia pilih untuk gembira… Sebab dia pilih untuk bahagia… Walaupun dengan cara tersebut dan kita masih memilih untuk berduka, untuk merasa tidak redha…

IKLAN

Kalau kita nampak tujuan yang jelas dalam hidup kita, kita juga mampu untuk rasa gembira dan bahagia walaupun setelah disakiti dan dibiarkan menderita…

Jangan sandarkan kegembiraan dan kebahagiaan kita itu pada manusia…

IKLAN

Dan jangan pula hendak dia rasa apa yang kita rasa kerana itu kerja Tuhan, bukan kerja kita sebagai manusia… Biar Allah sahaja yang membalas perbuatannya terhadap kita… Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati semata-mata kerana adakalanya ianya boleh menjahanamkan diri kita sendiri…

Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu berlandaskan kenyataan…

Allah Pasti Gantikan Sesuatu

Ingat, Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi…

IKLAN

Dalam hidup ini, kita akan jatuh, kita akan gagal, kita akan ditipu, kita akan kecewa, kita akan disakiti, kita akan ditinggalkan dan kita akan kehilangan… Tapi itu adalah sebahagian yang perlu kita hadapi sebab hidup tidak menjanjikan bahawa kita akan berjaya sepanjang masa, kita akan gembira dan bahagia sepanjang masa…

Belajar menerima apa saja yang berlaku dalam hidup kita… Belajar juga melepaskan perkara yang membuatkan kita bersedih dan tidak bahagia agar kita redha dengan ketentuan Allah SWT…🙂

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Hidup bukan bahagia semata, hadapilah sisi-sisi hidup yang kurang manis untuk jadikan kita lebih dewasa dan matang. Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan, insyallah kita juga berhak merasa bahagia.