Semalam tular pasal kisah lima beranak di Taman Melur yang tinggal di dalam rumah yang dipenuhi sampah.
Keadaan luar rumah yang tidak terurus dan dipenuhi sampah sehingga mendatangkan bau busuk memberi pelbagai reaksi tidak senang kepada jiran sekeliling.
Dalam rumah yang disewa keluarga itu juga sangat menyedihkan apabila memikirkan tiga beradik yang berusia dua, lima dan lapan tahun terpaksa menggadai nyawa dalam keadaan kotor itu.
Lagi menyedihkan, hanya berbekalkan tilam lusuh yang dihampar di ruang tamu dipenuhi sisa sampah dan pakaian tidak dibasuh menjadi tempat mereka beristirehat setiap hari.
Malah di setiap tiga bilik rumah itu juga tidak terurus dan ruangan dapur pula dipenuhi pakaian, pinggan mangkuk serta periuk yang tidak dibasuh. Menurut penghuninya, ada sebab mereka terpaksa tinggal dalam keadaan begitu.
Betulkan Sikap Suka Hidup Dalam Rumah Bersepah
Agak pelik kenapa ada sesetengah isteri berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas!
Inilah yang patut dibetulkan. Sebenarnya dalam kehidupan berumah tangga, isteri kena pandai curi masa untuk mengemas dan memasak. Bukan masakan yang hebat-hebat, cukup sekadar mengalas perut anak beranak. Tetapi sayangnya ada segelintir suami langsung tak nak bantu isteri. Paling mudah, sekurang-kurangnya salah seorang sudi cuci pinggan mangkuk.
Apa lagi soal nak mengemas satu rumah. Ini memerlukan peranan kedua belah pihak. Isteri masak, suami jaga anak. Mudah! Sebenarnya betul tak ada masa atau jenis biasa hidup dalam keadaan rumah kotor? Hanya tuan empunya diri ada jawapan.
Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk.
Tolong sedar, isteri orang lain juga ada yang bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa. Jadi kenapa rumah masih jadi macam tongkang pecah?
Dalam kehidupan laki bini, saiz rumah ukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asy’ari r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan AlhamduliLlah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solah itu adalah cahaya. Sadaqah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Pendek kata, biar kita susah, miskin, rumah buruk, janji bersih dan kemas walaupun rumah buruk. Sekurang-kurangnya kita selesa tinggal di rumah kita. Walaupun kita susah bukan alasan untuk kita malas mengemas rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI