Hebatnya Kejadian Manusia, Tiap Orang Ada Kehebatan Dan Kekuatan Tersendiri

Hebatnya penciptaan dan kejadian manusia. Tiap daripada kita, dilahirkan dengan kehebatan dan kekuatan masing-masing.

Tidak berapa lama dahulu saya berpeluang berceramah kepada para jururawat perbidanan seluruh Negeri Sembilan. Kesempatan seumpama ini  memang saya nanti-nantikan. Lantas saya bertanya kepada mereka tiga soalan yang saya simpan sekian lama.

Hebatnya, Saksikan Kelahiran Bayi

Maklumlah, merekalah saksi yang paling autoritatif kalau anda ingin tahu tentang kelahiran seorang bayi. Mereka telah menyambut entah berapa ramai bayi yang lahir ke muka bumi ini. Bayi  tersebut telah pun menjadi ayah sehinggalah anak-anak mereka.

Soalan pertama saya, adakah ada atau tidak bayi yang dilahirkan ke muka bumi ini ‘ketawa’? Spontan saya terima jawapan yang seragam, “Tiada, mereka menangis”. Soalan kedua, menangis kuat atau perlahan? “Kuat”, kata mereka.

Kalau perlahan atau tidak menangis langsung, bayi tersebut merupakan bayi yang bermasalah, mental retarded, moron dan yang sewaktu dengannya. Soalan ketiga saya, bayi tersebut lahir disebabkan oleh ibunya push atau lahir atas kekuatannya sendiri! Jawapannya menakjubkan, iaitu lahir ‘atas kekuatan sendiri’.

Baca artikel menarik lain di sini:

Salah Ke Tayang Kejayaan Anak? Cuba Positif Sikit!

Main Teka-Teki Dengan Anak Boleh Bina Minda Positif dan Kreatif Mereka

IKLAN

Membenarkan janji Tuhan

Maka benarlah ayat Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dalam sebaik-baik kejadian” (Surah al- Tiin : ayat 4)

Dengan perkataan lain, setiap kejadian insan ciptaan Allah SWT itu memiliki kehebatan dan kekuatan tersendiri serta mampu melakukan apa sahaja dengan izin Allah SWT. Kalau sudah hebat, tentunya tiada elemen-elemen yang berunsur negatif dalam kehidupan yang dijanjikan penuh dengan kejayan ini. Seperti mana ketika kita dilahirkan dahulu, kita diazan dengan lafaz al-falah (kejayaan).

Sebagai insan muslim mukmin, kita harus meletakkan sepenuh kepercayaan tentang janji Allah ini. Kalau bersungguh-sungguh, seseorang pasti akan berjaya. Pelajar yang rajin dan berusaha dengan gigih serta penuh komitmen, pasti dapat mencapai target. Ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab tidak akan mudah kecewa, anak-anak akan berjaya dan rumah tangga akan bahagia. Yang penting, individu mesti mengekalkan diri dalam keadaan yang positif.

Hebatnya Kejadian Manusia, Tiap Orang Ada Kehebatan Dan Kekuatan Tersendiri

Hebatnya Bila Sentiasa bersikap positif

Cuba kita merujuk kepada  peristiwa bagaimana malaikat Jibril a.s. mengajar Rasulullah s.a.w. Apabila Jibril a.s. menyebut, “Iqra’ ya Muhammad” (Bacalah wahai Muhammad). Lantas Rasulullah menjawab, “Aku tak tahu baca.” Malaikat Jibril a.s. terus dengan sikap positif menyeru Rasulullah membaca.

IKLAN

Pada kali  ketiga, malaikat Jibril a.s. meminta Rasulullah SAW membaca sambil memeluk Rasulullah dengan erat serta penuh kasih sayang, maka fasih lidah Rasulullah membaca ayat-ayat dari surah al-‘Alaq yang diwahyukan ketika itu.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini ialah sikap positif yang berterusan mampu memberikan kekuatan dan keyakinan diri untuk bertindak. Jadi apa tunggu lagi! Kita tidak seharusnya selalu melihat kelemahan sebagai halangan untuk berjaya. Sebaliknya, tumpuan kepada aspek-aspek positif dan kebolehan diri merupakan kunci utama menzahirkan peluang untuk terus berjaya.

Hebatnya Minda Kita, Bertindak Cemerlang Bila Kita Positif

Minda individu akan berfungsi dan bertindak cemerlang apabila individu itu berada dalam keadaan positif. Begitulah pandangan pakar bio-psikologi. Sekiranya individu negatif, tenaga elektromagnetik tidak dapat mengalir dengan baik, lantas tidak dapat membuka sumber daya yang dapat menggerakkan anggota tubuh pada kadar sewajarnya. Sebaliknya, fikiran positif boleh membuka ruang yang besar kepada pergerakan sumber daya ke tahap yang lebih besar.

Individu menjadi lebih bertenaga dan seimbang dari segi fikiran, emosi, tingkah laku dan rohani. Wujudlah ketenangan, keceriaan dan seronok dalam melakukan aktiviti yang akhirnya mencipta kecemerlangan dan kebahagiaan.

Tiga Prinsip kejayaan

Tiga prinsip untuk berjaya ialah pertama, pasang niat (attune your mind). Kedua, fokus (concentrate) atau khusyuk dalam bahasa ibadahnya, iaitu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan penuh komited. Ketiga, buat sesuatu itu, selain untuk diri sendiri, lakukan juga untuk orang lain (do for other) atau berjemaah dalam bahasa ibadahnya iaitu kerja sepasukan (teamwork). Kerangka kerja yang bermatlamatkan kejayaan adalah menepati konsep bekerja sebagai satu ibadah.

IKLAN

Jadinya, setiap apa yang kita lakukan sekiranya berencana dan bermotifkan kejayaan, sebenarnya telah menepati ciri-ciri ibadah. Kalau ibadah maksudnya apa yang kita lakukan ini hanya sekadar untuk membenarkan ayat-ayat Allah SWT bahawa semua manusia diciptakan dengan potensi dan kehebatan tersendiri. Bukankah itu bermakna kita sebenarnya mencari keredaan Allah SWT?

Sumber: Dr. Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psiologi

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI