Enam tahun di pasaran, jenama HAUS Cosmetics terus mengorak langkah dengan kejayaan membanggakan.
Tempiasnya tentu menggembirakan Pengasas dan Pengarah Jenama berkenaan yang juga memiliki tiga kilang kosmetik iaitu Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Abd Jalil.
Dr. Fred Zulli dari Mibelle Biochemistry menyerahkan anugerah syarikat “first-in-the-world” yang menggunakan Teknologi MonaJuventa Nu untuk kulit muda 12 tahun di dalam produk HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot kepada HAUS MUDDE
Pada 25 September lalu bertempat di Mines Beach Resort, jenama milik bumiputera itu menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij di Switzerland, Mibelle Biochemistry.
Pengiktirafan Peringkat Dunia
Pengiktirafan berkenaan melayakkan penerima Nona Best Halal Beauty Award, NONA Superwoman Award 2020 itu menjadi syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk terbaharu mereka dipanggil HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot.
Dr. Fred Zulli merupakan saintis yang menghasilkan kajian ke atas bahan MonaJuventa Nu yang terbukti menjadikan sel kulit 12 tahun lebih muda dari usia sebenar
“Majlis penghargaan dan pengiktirafan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dihadiri sekitar 20 orang tetamu.
“Ia adalah satu peristiwa yang benar-benar bersejarah buat kami. Bukan sahaja kerana pengiktirafan tersebut, tetapi juga kerana kehadiran orang kuat Mibelle Biochemistry,
Dr. Fred Zulli, seorang pakar antarabangsa dalam bidang biokimia yang secara peribadi menyerahkan anugerah itu kepada saya.
“Ini memberi makna yang sangat besar kepada kami kerana ia bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan inovatif yang mematuhi piawaian antarabangsa,” kata Eiyma.
Ads
Menambah keterujaan yang memahat di hati, Eiyma merakamkan rasa terharu dan bersyukur kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Sebagai pengasas, ini adalah momen yang paling membanggakan dalam kerjaya saya. Pengiktirafan ini memberi satu bentuk validasi kepada segala usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini.
Ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada saya, tetapi juga kepada seluruh pasukan HAUS yang berdedikasi dan komited.
“Diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia, malah di dunia, yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk kami benar-benar membuktikan bahawa produk tempatan kita juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.
“Tak lupa kalangan terima kasih kepada semua pelanggan setia HAUS, yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepada kami. Tanpa mereka, pengiktirafan ini mungkin tidak akan tercapai. Kami berjanji akan terus memberikan yang terbaik pada masa mendatang,” katanya.
Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics pernah menerima pengiktirafan Nona Best Halal Beauty Award, NONA Superwoman Award 2020 lalu
Bercerita lanjut mentai apa kriteria ditetapkan sebelum dipilih menerima pengiktirafan berkenaan, Eiyma mendedahkan ada beberapa kriteria penting yang harus dipenuhi.
“Pertama sekali, teknologi yang kami gunakan dalam HAUS Mudde Glo12 Beaubright Shot
adalah sesuatu yang sangat unik dan inovatif. Teknologi ‘MonaJuventa Nu’ membolehkan produk ini memberikan kesan anti-penuaan yang luar biasa.
Ads
“Yang mana, ia membantu kulit kelihatan sehingga 12 tahun lebih muda. Selain itu, kami juga memastikan bahawa setiap produk yang kami hasilkan menepati piawaian antarabangsa dari segi kualiti dan keselamatan. Kami bekerjasama rapat dengan pakar biokimia termasuk dengan Dr. Fred Zulli untuk memastikan bahawa formula yang digunakan dalam produk kami adalah yang terbaik.
Plaque istimewa berupa keris dan tertera ukiran “MALAYSIA” sebagai tanda penghargaan dari Mibelle Biochemistry kepada HAUS MUDDE
“Selain itu, sebagai sebuah syarikat Muslim, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami juga patuh kepada piawaian halal. Kami tidak boleh berkompromi dalam hai ini.Malah ia juga menjadi
sebahagian daripada sebab mengapa kami mendapat pengiktirafan ini,” Katanya.
Sijil bukti HAUS Cosmetics menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pengiktirafan dari Switzerland
Tambah Eiyma, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, perancangan kami adalah untuk terus memperkukuhkan jenama HAUS di Malaysia sekali gus di peringkat antarabangsa.
“Kami bercadang untuk memperluaskan pasaran kami ke negara Asia lain, terutamanya di Asia Tenggara dan Timur Tengah, di mana permintaan terhadap produk kecantikan yang berasaskan teknologi dan patuh halal semakin meningkat.
Hasilkan Lebih Banyak Inovasi
“Selain itu, kami juga sedang merangka pelan untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam produk kami. Kami juga merancang untuk meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama lebih ramai saintis antarabangsa.
Ads
Kami mahu jenama ini sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka di dunia yang berasaskan inovasi dan teknologi, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap kualiti dan piawaian halal,” katanya.
Mengenai penerimaan MUDDE Glo12 selepas hampir tiga bulan dilancarkan dan berada di pasaran, Eiyma cukup optimis.
“Penerimaan terhadap HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot amat menggalakkan. Sejak dilancarkan hampir tiga bulan yang lalu, sudah lebih daripada 30,000 unit terjual. Ia satu angka yang melebihi jangkaan awal. Kami menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang merasakan kulit mereka menjadi lebih muda dan segar selepas menggunakan produk ini.
“Teknologi ‘MonaJuventa Nu’ yang terkandung dalam produk ini sangat memberikan kesan yang ketara, dan ini membuatkan ramai pengguna terus setia dengan produk HAUS.
“Ketika ini juga kempen “Scan & Win” dilancarkan. Kempen ini menawarkan hadiah bernilai RM10,000 kepada pembeli produk Kami. Apa yang menariknya, hanya dengan membeli satu item pun, mereka sudah layak untuk menyertai. Mereka perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada kotak produk tersebut.
Selepas itu, mereka perlu mengisi borang ringkas, dan secara automatik akan terus mendapat keputusan mengenai hadiah yang bakal dimenangi,” katanya.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti hidangan berasaskan buffet menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Menyedari keistimewaan sajian buffet yang mendapat tempat di hati penggemar makanan di bulan Ramadan, Restoran I-Dahlia Corner yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur turut melancarkan buffet Sinar Ramadan 2025.
Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya hidangan signature seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops menjadi juadah istimewa mereka.
Hidangan Enak Citarasa Kampung
Menurut pemilik I-Dahlia Corner, Dahlia Aliruddin, ketiga-tiga menu tersebut menjadi juadah paling popular pilihan pengunjung untuk berbuka puasa pada setiap tahun dan mereka memastikan sajian terbabit memenuhi kualiti ditetapkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Menurut Dahlia lagi, perniagaannya turut dibantu oleh menantunya, Zawen yang mengambil tanggungjawab menguruskan restoran keluarga itu.
“Walaupun sibuk, saya akan pastikan dapat sisi masa membantu ibu mertua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera,” katanya.
“Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi. Saya akan memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan mengikut standard yang ditetapkan,”kata Dahlia.
Sinar Ramadan I-Dahlia Corner juga tidak melupakan hidangan lain seperti ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, Pecal, Begedil, pelbagai kuih manisan menyelerakan dan pilihan air menghilangkan dahaga dengan harga RM59+ (dewasa) dan RM39 ( 7 tahun – 12 tahun / warga emas /OKU ).
“Restoran ini mampu memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu masa-satu masa dan kemudahan ruang solat turut disediakan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh penghibur yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan bermula jam 6 petang hingga 10 malam.
“Apa yang menarik, setiap hari, pengunjung bertuah akan berpeluang memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum Bufet Ramadan tamat pada jam 10 malam,” kata Dahlia.
Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641.
Pada majlis pelancaran buffet Sinar Ramadan 2025 baru-baru ini, I-Dahlia Corner tidak lupa untuk mengundang seramai 50 anak-anak yatim dari rumah amal asnaf Al Barakh yang bertempat di Keramat, Kuala Lumpur.
“Saya tidak akan melupakan golongan yang tidak bernasib baik ini dan menghulurkan sumbangan buat mereka, semoga pemberian itu membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik di bulan yang penuh keberkatan ini,” kata Dahlia.
I-Dahlia Corner akan beroperasi semula secara ala-Carte selepas jam 10 malam dan beroperasi semula seminggu selepas Syawal dari jam 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali
Ahad.
Persembahan busking turut diadakan setiap tengahari dan orang ramai boleh menikmati persembahan sambil menjamu selera.
I-Dahlia Corner ditubuhkan pada tahun 2013 setelah pelbagai liku-liku bidang perniagaan ditempuhi oleh Dahlia Aliruddin seperti bidang kecantikan (1997), produk kecantikan (2003) dan jualan pakaian (2015).
Siapa yang tidak mengenali jenama Gula Cakery? Terkenal sebagai salah satu perniagaan kek dan pastri tempatan, Gula Cakery telah menawan hati ramai pencinta manisan di Malaysia.
Kini, mereka meneruskan langkah besar dengan membuka cawangan ke-11, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala, yang terletak di Elmina Lakeside Mall, Selangor.
Perniagaan yang diasaskan oleh keluarga ini bukan hanya sekadar memenuhi impian mereka, tetapi juga membuktikan bahawa kerjasama keluarga mampu menghasilkan sebuah jenama yang berjaya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery Petite, Arieni Ritzal, lokasi baru ini dipilih untuk memenuhi selera masyarakat setempat sambil mengembangkan jenama mereka.
Menu Istimewa Cawangan Elmina: Sentuhan Melayu yang Unik
Cawangan ini tampil istimewa dengan menyajikan hidangan Melayu yang sukar ditemui di kafe-kafe lain. Dari roti jala hingga ke hidangan seperti kicap ayam, masak lemak udang, daging dendeng, dan nasi ayam, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala benar-benar menawarkan kelainan.
Selain itu, mereka juga menyediakan snek tradisional seperti cucur bawang dan cekodok pisang, menjadikannya tarikan bagi mereka yang mencari sentuhan rasa tempatan.
Arieni menekankan bahawa hidangan Melayu ini diperkenalkan untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan, memandangkan kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai restoran makanan segera.
“Di kafe lain kami menampilkan makanan barat, tetapi di sini kami ingin memberi kelainan dengan menyajikan makanan Melayu,” jelasnya.
Lebih 60 Jenis Kek dan Dekorasi yang Memukau
Walaupun kafe ini berkonsepkan ruang kecil dan comel, ia menawarkan lebih daripada 60 jenis kek, termasuk kek dan pastri terbaru seperti soft cookies yang dipilih sendiri oleh Arieni dan chef.
Menariknya, kesemua kek yang disajikan di sini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pelanggan Muslim.
Dari segi dekorasi, Arieni memilih tema yang segar dan memukau. Dinding kafe dihiasi dengan rona kuning lembut yang diserikan dengan motif bunga berwarna merah, mencipta suasana yang nyaman dan harmoni. Arieni, yang gemar mencipta ruang yang cantik!
“Saya memilih warna-warna yang mampu membangkitkan keserian pada bahagian dalaman kafe. Ini penting agar pelanggan dapat menikmati suasana yang menyenangkan ketika menjamu selera.”
Untuk pelanggan yang lebih suka menikmati makanan di luar, kafe ini dihiasi dengan bunga-bungaan pelbagai warna, menjadikan ia spot yang sempurna untuk bergambar.
Cabaran Mengekalkan Kualiti & Konsistensi Rasa
Arieni juga tidak menafikan cabaran besar dalam memastikan setiap cawangan mengekalkan kualiti rasa yang sama.
“Mengekalkan konsistensi rasa di setiap cawangan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila setiap cawangan menguruskan penyediaan makanan mereka sendiri,” katanya.
Beliau menekankan bahawa kesegaran makanan menjadi kunci utama dalam setiap hidangan.
“Semua makanan Melayu di sini dimasak segar oleh chef sejurus selepas pelanggan membuat tempahan, memastikan mereka menerima makanan yang panas dan berkualiti,” tambahnya.
Jenama Gula Cakery tidak asing lagi dengan dunia kek dan pastri tempatan. Dengan cawangan di pelbagai lokasi termasuk Kota Kemuning, KL East Mall, dan IOI City Mall, Gula Cakery telah berjaya mewujudkan legasi sebagai kafe kek dan pastri yang dipercayai. Dengan pembukaan cawangan terbaharu ini, mereka sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan makanan yang berkualiti tinggi sambil mengekalkan elemen tradisi dalam setiap hidangan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 (KUWM2024) yang berlangsung selama tiga hari pada 8 hingga10 November lalu di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, IOl City Mall Putrajaya baru-baru ini telah menarik ramai pengunjung. Sebanyak 100 booth jualan menyertai acara ini, antara yang diserbu pengunjung ialah booth Nazirin Skin Clinic.
Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Kecantikan adalah anugerah, manakala penjagaannya merupakan suatu kewajipan. Bagi wanita, kecantikan merupakan suatu perkara yang sangat dititik beratkan. Pelbagai definisi kecantikan sebagaimana banyaknya cara wanita dalam menjaga dan merawat kecantikan. Dek kerana itu juga, ramai wanita yang berkunjung di KUWM2024 tidak lepaskan peluang untuk melakukan analisis kulit sambil mendapatkan konsultasi kulit di booth Nazirin Skin Clinic.
Pakar dermatologi dan estetik, Nazirin Skin Clinic yang diasaskan oleh Dr. Nazirin Ariffin sebenarnya sudah ramai yang mengakui keberkesanan membantu dalam rawatan kulit mereka di klinik ini. Jadi tak hairanlah booth mereka diserbu. Para wanita hadir bagi melakukan analisis kulit sambil mendapatkan konsultasi kulit dan tawaran pakej pada harga murah!
Kulit Wajah Sihat & Berseri Cermin Keyakinan Diri Wanita
Kulit wajah yang sihat dan berseri adalah aset berharga yang mencerminkan keyakinan diri seseorang. Namun, mencari penyelesaian yang benar-benar berkesan untuk masalah kulit sering kali menjadi cabaran. Di sinilah Nazirin Skin Clinic sebagai antara pilihan terbaik yang menawarkan rawatan kulit yang profesional, selamat, dan disesuaikan mengikut keperluan individu.
Berbeza dengan pusat kecantikan biasa, setiap rawatan Nazirin Skin Clinic dirancang oleh Dr. Nazirin yang merupakan seorang doktor berpengalaman luas dalam bidang estetik dan dermatologi. Malah klinik ini juga menyediakan teknologi terkini untuk memberikan rawatan yang bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, dan penuaan, tetapi juga mengekalkan kesihatan kulit untuk jangka masa panjang.
Selain kepakaran, pendekatan peribadi Dr. Nazirin menjadikan setiap pelanggan berasa istimewa. Di mana Dr. Nazirin memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, justeru dirinya mengambil masa untuk mendengar, menganalisis, dan memberikan penyelesaian yang tepat. Ini bukan sekadar rawatan kulit – ia adalah pengalaman penjagaan diri yang holistik dan menyeluruh.
Pilihan Yang Dipercayai
Nazirin Skin Clinic berdiri teguh sebagai pilihan yang dipercayai. Pendekatan klinik ini yang berasaskan perubatan memastikan setiap rawatan dilakukan dengan penuh berhati-hati, menjamin hasil yang nyata tanpa risiko yang tidak diingini. Anda bukan hanya membayar untuk kecantikan luaran, tetapi juga untuk kesihatan kulit yang lebih baik.
Dengan reputasi sebagai pakar dalam rawatan kulit, Nazirin Skin Clinic juga berusaha mendekati lebih ramai individu yang mungkin belum mengenali mereka. Klinik ini membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang mencari penyelesaian kepada masalah kulit, tidak kira besar atau kecil. Setiap lawatan ke Nazirin Skin Clinic adalah peluang untuk melangkah ke arah keyakinan diri yang lebih tinggi.
Langkah pertama untuk kulit yang sihat dan berseri bermula di sini. Jadilah sebahagian daripada mereka yang telah menemui solusi sebenar untuk kulit mereka bersama Nazirin Skin Clinic. Bagi anda yang berdepan dengan masalah kulit yang tidak berkesudahan seperti jerawat, pigmentasi, atau tanda penuaan? Atau mungkin anda sekadar ingin memanjakan diri dengan rawatan kulit yang selamat dan profesional? Nazirin Skin Clinic adalah destinasi yang tepat untuk anda!
Promosi Istimewa Menanti Anda!
Nazirin Skin Clinic juga menawarkan diskaun istimewa untuk rawatan pertama anda! Ini adalah peluang terbaik untuk anda memulakan perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat dan berseri.
Rebut peluang ini untuk merasai sendiri keajaiban rawatan kulit yang profesional. Hubungi Nazirin Skin Clinic untuk tempahan dan maklumat lanjut di Facebook dan Instagram
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...