Lumrah wanita bergelar isteri gemar berkongsi cerita itu dan ini. Namun apabila hati terguris dek kata-kata suami, jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat, nak pandang pun tak sudi. Kena berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya dalam hubungan rumahtangga.
Satu hari isteri minta tolong belikan pampers anak. Sebabnya pampers anak memang dah nazak sangat, tinggal sekeping je tak boleh survive sampai ke malam.Kisahnya kami biasa beli pampers dengan seorang seller ni, jarang jarang beli di kedai atau shopee. Sekali beli 1-2 kotak terus, tahan lama sikit.
Kebetulan waktu nak beli tu seller tersebut pergi bercuti. Outstation seminggu lebih juga. Nak tak nak terpaksa beli di kedai.
Pada mulanya isteri cakap balik kerja nanti dia belikan. Saya pun ok la, keluar kerja macam biasa. Tup tup, tepat jam 3 petang dapat mesej di whatsapp.
“Abang kat mana, nanti tolong belikan pampers terlupa, dah sampai rumah baru ingat”
Saya reply ok je.
Sepanjang laluan balik ada berpuluh kedai termasuk shopping mall untuk berhenti beli pampers tapi malas punya pasal saya cakap dalam hati,
“Kedai depan rumah pun ada pampers, beli dekat situ je la”
Terus menonong tekan pedal sampai kedai di rumah. Cari parking, tutup enjin kereta terus masuk kedai.
Tak buang masa dah, terus ke bahagian pampers. Cari punya cari pampers yang selalu beli tu tak ada. Tanya pekerja kat situ,
“Dik pampers macam ni tak ada ke?”,
“Semua pampers ada kat situ”, itu je jawapan dia.
Ads
Ah sudah. Tak kan nak pusing balik semata-mata nak cari pampers. Rumah dah dekat ni.
Sekali lagi malas punya pasal saya buat keputusan selamat beli je dulu pampers apa yang ada.Terus buat screening dari satu rak ke satu rak pampers, akhirnya ambil keputusan pilih pampers yang sama nama.
Baik, masa ni hati rasa lega sebab dapat beli. Mesti semua akan ok.
Sampai je rumah, bawa pampers tu masuk terus letak atas lantai. Saya pun duduk menyandar kat sofa, penat screening tadi.
Isteri pun datang tengok pampers yang di beli. Dengan tidak semena-mena dia naik marah.
“Abang pampers ni Aisy tak boleh pakai, kulit dia sensitif”, isteri
“Dah tak ada lain kat kedai, ini je yang ada”, saya
“Abang pergi la beli kedai lain, kesian Aisy melecet nanti”,isteri
“Awak pergi la beli”, saya
Ads
Dengan tidak semena-mena suasana jadi sepi, bunyi angin kipas pun boleh kedengaran kuat bila tak ada orang bercakap. Seharian muncung.. sampai ke malam bila tukar pampers Aisy, boleh dengar bunyi suara mengeluh. Tapi saya ego, biarlah nanti lama-lama dia ok la tu.
Kisah Sebenar
Selang beberapa hari, baru saya dapat tahu kisah sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya isteri dah pergi cari pampers di kedai berhampiran rumah. 3 buah kedai dia pergi semuanya. Oleh sebab tak ada yang sesuai dia tak beli.Pada asalnya memang dia nak beli di mall tapi dalam perjalanan balik dia terlibat dengan kemalangan kecil. Tak serius cuma calar sedikit kereta.
Disebabkan oleh kemalangan tu dia jadi terlupa langsung tentang pampers ni. Terus menonong balik ke rumah.
Sampai di rumah baru teringat pasal pampers. Teringat suami kat area bandar, terus minta tolong belikan pampers. Dia pun terlupa nak pesan, beli di mall. Mungkin masih terkejut sebab kemalangan tadi.
Balik tu ingat nak cerita la pada suami tentang kemalangan tadi tapi suami pula dah buat dia terasa. Terus potong niat nak berkongsi cerita.
Bila Hati Terguris
Bila hati dah terguris jangan kata nak mengadu, nak bercakap pun mulut jadi berat. Muncung sampai ke malam tu bukan sebab pampers salah beli, tapi muncung sebab suami salah adab bila berbicara.
Ads
Aduh, pengajaran sungguh!
Jaga Adab Bicara
Mulai dari saat itu saya dah tekad. Walau apa pun keadaan tak kira penat, marah, stress atau kelaparan sekalipun perkara pertama kena jaga ialah adab bicara.
Bukan dengan isteri sahaja, tapi dengan orang lain juga. Usah berbicara ikut sedap mulut tapi berbicara la untuk beri orang sedap mendengar.
Dari mulut bawa ke hati, mulut yang baik akan bina hati yang baik adabnya. Hati yang baik adabnya akan jauh dari rasa buruk sangka dan busuk hati.
Isteri kalau jenis kuat berdikari dan jarang mengadu apa-apa dengan suami tu baik periksa adab berbicara korang ada kemungkinan isteri tu termakan hati. Diam bukan tanda setuju sahaja, tapi diam juga tanda sakit hati.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kita semua perlukan hati yang bersih untuk rasa gembira dan rasa di sayangi.
p/s : Jika korang nak banyak lagi tips dan info kekeluargan seperti ini, ada banyak dalam channel telegram saya. Percuma dan mudah hadam.
Klik sini 👉 t.me/CoretanFhais
#notakekeluargaanfhais
#emosivsmentaliti
MW: Memang ada benarnya. Pesanan buat suami isteri jagalah adab, susun tutur kata sebaiknya pada pasangan. Jangan ikut sedap mulut je bila bercakap, yang boleh mengguriskan hati, merenggangkan hubungan dalam rumahtangga.
Isteri yang bergelar surirumah tangga sememangnya secara total bergantung hidup kepada suami. Maklumlah tak bergaji, wang hanya diperoleh daripada suami sama ada untuk membeli keperluan sendiri atau barang harian. Jika suami tidak beri, memang tiadalah sumber lain bagi isteri yang tidak bekerja.
Oleh itu sebagai suami, setiap hari setelah anda berikan wang, periksa balik perbelanjaan isteri hari-hari. Bukan check dia beli apa sebaliknya periksa total perbelanjaan supaya anda tahu duit yang diberi telah habis atau tidak. Jika habis gantikan kerana ia merupakan tanggungjawab seorang suami.
“Tiada istilah menghabiskan duit atau tak pandai jimat bila isteri guna duit suami ke arah perbelanjaan harian…” Isteri memang selalu akan letak resit perbelanjaan harian dia di fridge…
Bila saya balik keje, saya tengok satu-satu resit yang dia letak… Itu adalah perbelanjaan dia untuk hari itu, jumlah yang dia keluarkan bila dia pergi beli barang-barang mentah atau kering di pasar…
Dia surirumah, 100 peratus mengharapkan duit suami, dia tiada duit sendiri… Apa yang saya buat bila tengok resit tersebut? Saya tak tengok apa yang dibeli, tapi total yang dibayar…
Diganti Balik
Klu dia spend 30 ringgit, maka saya ambik 30 ringgit atau lebih dari dompet saya, saya ganti balik dalam beg duit dia… Top up semula, bagi ada balik duit belanja untuk dia gunakan esok atau lusa dan hari-hari seterusnya…
Saya bukan nak cakap yang saya ini duit banyak… Tetapi duit yang isteri keluarkan untuk beli barang-barang keperluannya untuk memasak, untuk makan, adalah dibawah tanggungjawab seorang suami…
Wajib bagi dan wajib ganti kalau dia guna duit sendiri… Tak kan sampai tahap macam itu sekali kot?
Ya, bila dah nama tanggungjawab kita, maka kita yang sepatutnya sediakan semampunya… Tak boleh lari dah dari ketentuan itu sebab semua ini akan ditanya kelak di hari pengadilan…
Sebelum menghakimi pasangan atau orang lain adalah lebih baik jika anda menilai diri sendiri. Jangan menjadi manusia yang hanya pandai meletakkan kesalahan pada orang lain dan tidak pernah cermin kesilapan diri sendiri.
Sebaiknya sebelum memandang keburukan orang terutamanya pasanganlah, perbaiki dahulu kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Barulah adil!
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan isteri, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang suami…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan suami, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang isteri…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan mertua, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang menantu…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan menantu, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebagai seorang mertua…
Sebelum pandang keburukan, kelemahan dan kekurangan anak orang lain, pandang dulu keburukan, kelemahan dan kekurangan anak sendiri sebagai seorang ibu, bapa…
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...