
Taman permainan menjadi lokasi wajib anak-anak untuk bermain. Pantang nampak taman permainan, pasti cuaca panas pun anak-anak sanggup redah. Tetapi, mak ayah harus hati-hati setiap kali membawa anak-anak ke taman permainan.
Kadang-kadang kita terjumpa serpihan cat buaian, kita buat tak nampak sahaja selama ini. Sebenarnya bahaya yer mak, ayah serpihan cat tersebut.
Ikuti perkongsian doktor Taufiq Razif ini:
Hati hati kalau terjumpa serpihan cat buaian atau gelongsor di taman permainan.
Jangan sampai anak kita jilat, makan atau masukkan serpihan tu ke dalam mulut mereka sebab pemeriksaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati sesetengah cat di taman permainan masih mengandungi plumbum yang sangat sangat tinggi.
Kandungan plumbum paling tinggi pada cat yang berwarna kuning.
Takutnya anak kita terkena keracunan plumbum je. Keracunan plumbum pada anak ni bukan main-main sebab boleh menyebabkan kerosakan otak dan masalah pada pertuturan dan pendengaran.
Mujur tadi saya sempat warning anak saya bahaya benda ni. Sudahlah banyak tempat di playground kanak-kanak yang catnya sudah mula terhakis dan luntur tadi. Bahaya betul kalau anak-anak kita pergi jilat atau termakan serpihan serpihan cat tu.
p/s : Kalau sekadar sentuh cat itu tidak mendatangkan masalah tetapi nak tak nak kena beritahu anak-anak kita juga bahaya benda ini kerana malang kan tak berbau. Sekali dah ngap masuk mulut, keracunan plumbum lah jadinya.
Sumber: Taufiq Razif
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak, ayah dalam membesarkan anak-anak. Kadang-kadang benda-benda kecil seperti ini mampu memberi impak besar kepada kesihatan anak-anak. Awasilah anak mak, ayah setiap masa agar tidak terkena keracunan plumbum.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak, Balik Kampung Usahlah Menunjuk-Nunjuk

Ramadan mengajar insafi diri hindari perasaan riak. Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi umat Islam kerana pada bulan ini pelbagai keberkatan dan rahmat diberikan oleh Allah SWT.
Bukan itu saja malah bulan mulia ini juga merupakan bulan latihan untuk menjadi Muslim yang patuh dan taat kepada Allah. Ini kerana pada bulan Ramadan Allah tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga, Allah rantai segala syaitan sebagai bantuan kepada kelancaran dan keberkesanan latihan kita.
Malah pada bulan ini juga mengajar kita agar bersyukur dan menginsafi diri atas kekurangan orang lain.
Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak
Selepas berakhirnya Ramadan, Syawal menjelma ketika itu sebagai umat Islam janganlah kita menunjuk-nunjuk terutama apabila pulang ke kampung halaman. Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, janganlah kita bermega di bulan Syawal. Ingatlah segala nikmat yang Allah berikan kepada kita bukanlah untuk kita bermegah diri.
Seperti mana yang dikongsi oleh Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi Facebooknya, ternyata banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kita. Beringatlah agar jangan bersikap terlalu sombong atau riak terutama pada adik beradik ketika pulang ke kampung nanti.
“Bro, kita kenalah tunjuk apa yang kita ada, barulah orang tahu kita ni dah berjaya.. Apa barang pakai Axia je bro”…
“Kalau simpan je duit kita atau beli rumah banyak² pun, bukan orang tahu dan boleh tunjuk kat depa”, kata seorang anak muda kepada rakannya…””
“Begitulah selalunya pepatah orang muda kita. Pada mereka, hanya harta benda yang boleh dijadikan bukti kononnya mereka itu telah berjaya.
“Ya lah , baju raya, kereta dan emas permata boleh tunjuk kat saudara mara masa open house hari raya. Kalau beli rumah, tak boleh nak tunjuk nanti kata depa…
“Orang kaya selalunya tidak suka menonjolkan kekayaan mereka, sebaliknya orang yang tak berapa nak ada je yang suka menunjuk dan berlagak kaya semata-mata nak pengiktirafan dari saudara-mara.
“Sebab itulah dalam cerita P. Ramlee ada masukkan adegan yang menyindir golongan mereka..
“Makcik tak harus gaduh begini, makcik bukan orang biasa, makcik orang ada-ada.
Betul kata kau Ramlee. Hey mak Sudin, Aku ni orang ada-ada kau tau! Aku ada 2 cincin berlian tau… Hey mak Zaitun, Aku pun adalah, gelang tembaga”…
Bila balik kampung, usahlah dibawa perangai menunjuk-nunjuk yang boleh mengeruhkan suasana di hari raya.
“Masa di kampung nanti, kita akan nampak ada adik-beradik atau saudara mara yang :
1️⃣ Bawa balik kereta mewah serba baru.
2️⃣ Barang kemas penuh dari lengan sampai ke siku.
3️⃣ Baju, tudung dan handbeg mewah design yang terbaru.
“Dan macam-macam lagi gajet yang serba baru. Masa ni lah semua nak tunjuk apa yang mereka mampu.
Kawan…
“Sesungguhnya Ramadhan mengajar kita supaya bersyukur dan menginsafi diri di atas kekurangan orang lain. Kita semua ada rezeki yang berbeza-beza. Rezeki kita semua tak sama…
“Usahlah terbawak-bawak nak menunjuk sampai kita lupa bermacam nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.
“Jangan sampai wujud perasaan riak, sombong dan bangga diri hingga mewujudkan rasa rendah diri, iri hati dan dengki sesama adik-beradik dan saudara-mara.
“Kaya mana pun kita, mati nanti semua pakai kain kapan yang sama sahaja. Tinggi mana pun pangkat kita, akhirnya bersara dan jadi orang biasa juga.
“Yang kaya, yang miskin, yang berpangkat, yang cantik dan yang buruk, kita semua sama disisi Allah, yang membezakannya hanyalah hati dan amalan kita…
“Allah tidak melihat pada rupa, pangkat, darjat dan keturunan. Ingat, sombong itu pakaian Kholik. Bukan makhluk,” kongsi Tuan Mohd Ezairol.
Mingguan Wanita:
Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol
Sumber Foto : CANVA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susulan Kontroversi Belasah Isteri, Rizky Pernah Bagi Hint Adakah Dia Akan Dimaafkan Kalau Curang

Rizky pernah bagi hint adakah dia akan dimaafkan kalau curang, bila terkantoi ada hubungan terus belasah Lesti. Baru setahun kahwin & viral beri mas kahwin RM300,000, Lesti Kejora dibelasah selepas tangkap suami curang.Pasti ramai mengenali pasangan selebriti muda Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.
Perkahwinan mereka berlangsung tahun lalu dan penuh meriah. Ia mendapat liputan langsung di kaca tv Indosiar kerana populariti selebriti muda ini ditambah mereka adalah pasangan artis disukai ramai.
Susulan Kontroversi Belasah Isteri
Memilih mas kahwin sebanyak USD72.300 (RM300,000) sempena perkenalan mereka pada Julai dan angka 23 merujuk kepada pertemuan pertama mereka berdua. Bahkan ucapan Rizky Billar, 27 kepada isteri yang selamat dinikahinya juga itu tular kerana ungkapannya berbunyi, “isteriku, inilah mahar dariku untukmu dan keluarga. Diterima ya” pada tahun lalu.
Ternyata, baru setahun menikah, sudah kecoh isu bila mana Rizky Billar memukul isteri kesayangannya itu selepas tertangkap curang dengan perempuan lain.
Berdasarkan laporan polis Jakarta Selatan yang dibuat oleh Lesti Kejora, dia dicekik, ditumbuk, ditarik ke bilik air dan dibelasah bertubi-tubi hanya kerana bertanyakan kecurangan suami dan minta dirinya dipulangkan ke rumah orang tuanya.
Akibat pergaduhan itu, dirinya dibelasah teruk hingga lebam-lebam di bahagian muka dan badan.

Menurut Ketua Bidang Humas Polda Metro Jaya, Kombes Endra Zulpan, dalam laporannya Lesti memaklumkan suaminya curang dan hal ini buat Rizky Billar emosi bila diminta hantar ke rumah orang tuanya.
“Tangan kanan, leher dan tubuhnya merasa sakit dan melaporkan (Rizky Billar) ke pihak polis,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Curang Di Tempat Kerja, Isteri Bawa Anak & Sijil Nikah Kantoikan Suami
Isteri Beri PELUANG Sebab Sayangkan Rumahtangga, Suami Jangan Ambil Kesempatan, BERUBAHLAH
Lesti pernah ditanya Rizky apa perasaannya kalau tahu suami curang?
Sebelum dibelasah, pada 24 September lalu, pasangan selebriti yang selalu mempamerkan kebahagiaan di media sosial telah dijemput ke program YouTube Intens Investigasi dan Rizky secara bergurau telah bertanyakan soalan apa akan dilakukan Lesti kalau mengetahui suaminya curang? Adakah mahu memaafkan dan menerima kembali suaminya?
Balas Lesti Kejora, dia akan bersikap tegas kalau mengetahui suaminya curang. Dan dia sesekali tidak akan mempertahankan rumahtangganya.
Lesti kemudian memaklumkan curang ada hal yang tidak boleh dimaklumkan secara terbuka.
“Enggak. Itu urusannya udah lain kan,” kata Lesti Kejora dan masa yang sama, dia seolah memaklumkan mahu berpisah kalau suaminya terbukti curang.
Karena itulah, Lesti Kejora menegaskan tidak akan memaafkan Rizky Billar jika ketahuan selingkuh. Ia seolah mengisyaratkan perpisahan.
Kes pasangan selebriti ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk Hetty Koes Endang yang berharap berita ini tidak benar.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hail Amir Meninggal Dunia, Anak Kongsi Ayah Sudah Mulakan Rawatan Antibiotik Tapi Allah Menyayanginya…

Hail Amir Meninggal Dunia
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” katanya.
Anak Kongsi Ayah Sudah Mulakan Rawatan Antibiotik Tapi Allah Menyayanginya…
Hal yang sama dikongsikan anaknya, Cinta kepada rakan artis terdekat yang mengenali bapanya.
Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.
Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit namun Allah lebih menyayanyinya.
Dijangkiti kuman di paru-parunya, Allah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.24 petang tadi.
Sepanjang hayatnya, pasangan merupakan pasangan duet terkenal bersama Uji Rashid. Antara lagu popular mereka termasuklah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.
Allahyarham turut terkenal sebagai pelakon dan antara filem popularnya ialah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Biduanita Uji Rashid, Dedah Penyakit Misteri & Kisah Malang Timpa Anak Kesayangan
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI