Cukup membimbangkan apabila ramai yang dijangkiti virus influenza. Ia mudah dijangkiti melalui titisan cecair pernafasan menerusi batuk dan bersin. Menurut kenyataan akhbar KKM, berdasarkan trend yang direkodkan kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI), terdapat peningkatan kes semenjak pertengahan bulan Disember 2019, lepas.
Seeloknya jika anak-anak mempunyai influenza, mak ayah kena lebih bersikap bertanggungjawab kuarantin mereka di rumah. Tak perlu hantar anak ke sekolah, pusat transit, nurseri mahupun berada di tempat awam.
Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya
Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Antara simptom-simptom Influenza A adalah;
– Demam dan menggigil
– Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– Sakit kepala dan otot
– Sakit tekak dan batuk
– Selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Ads
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom;
– Sesak Nafas
– Nafas Laju
– Demam Tinggi yang berpanjangan
– Kulit kelihatan kebiru-biruan
– Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
-Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (Lampin kering, Menangis Tiada Air Mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
– Sakit Dada
-Sesak Nafas
-Kebingungan
-Muntah-Muntah yang berpanjangan
-Selsema berkurang tetapi deman dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah;
Rehat di rumah.
Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap.
Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat.
Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar.
JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH
Tutup mulut ketika bersin dan batuk.
Cuci tangan dengan kerap.
Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital.
Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.
Ads
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (Pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti;
– Bayi
– Kanak-kanak kecil
– Warga emas
– Wanita hamil
– Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA
Ads
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mencegah jangkitan influenza serta menjaga anak-anak yang mengalami jangkitan ini.
Selepas tularnya perkongsian seorang ibu anak tiga yang yang mendakwa suaminya dirampas seorang wanita bernama Yaya. Terkini, usahawan kuih bakul, Haziqah Nurul Huda Harun, tampil membuat penjelasan.
Katanya yang mesra dengan panggilan Yaya, “Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa. Dan semua dakwaan dibuat di Facebook itu adalah fitnah.”
“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.”
Dalam kenyataan di facebook milik Hanna Baa, ibu anak tiga itu mendakwa yang Yaya sudah dianggap bagaikan adik kandung sendiri. Malah, mengasihi gadis itu dengan ikhlas.
Tidak sangka, teman baiknya yang dianggap adik itu menikamnya dari belakang menjalinkan hubungan cinta diam-diam dengan suaminya.
Sebaliknya gadis ini menafikan malah baginya dia tidak mempunyai alasan untuk berkahwin di Thailand. Hidupnya sentiasa ditemani ayah, memandangkan keupayaan memandu yang terbatas. Sebab itulah ayah yang akan membawanya ke mana-mana.
“Kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam.”
Ada dakwaan menyatakan tarikh 6 Januari 2020 adalah tarikh perkahwinan Yaya dengan lelaki itu di Thailand. Akui Yaya, ianya sama sekali tidak benar.
“Kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.”
Baru-baru ini, Yaya juga berkongsi keajaiban yang terjadi ke atasnya selepas kerusi rodanya dicuri di Makkah. DIa boleh boleh berjalan semula setelah 9 tahun diuji dengan lumpuh.
Bagaimana pun, usahawan kuih bakul berstatus halal ini memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Dan berharap semoga kebenaran akan terjawab juga akhirnya.
Yaya tidak dapat menghalang netizen daripada menghukum malah mengecamnya kerana fitnah itu.
“Saya yakin berada di pihak yang benar.”
“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.”
Ulasnya lagi, dia cuma mempunyai ibu dan ayah serta keluarganya selain daripada perniagaan yang diusahakan. “Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah.”
Bagaimana pun Yaya, tak teragak mahu menyaman individu terbabit jika terus-terusan memburukkan nama baiknya.
Talkshow tengah hari tadi membincang tentang persediaan anak-anak ke sekolah. Dalam tempoh persediaan itu, tentu ada keperluan yang disediakan cukup mahal, sebabnya anak pertama yang bersekolah. Menurut panel jemputan hari ini, Fariz Sakina Abdullahm Pegawai Psikologi (Kaunseling) Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia:
“Tempoh sebulan percutian, mak-mak perlu buat checklist keperluan barang persekolahan anak-anak. Kadang-kadang permintaan barang sekolah anak ini terlalu mahal dan semua ini atas pengaruh kawan-kawan sebaya.
“Tidak salah untuk membeli barangan keperluan ersekolahan yang mewah tetapi mak-mak kena tahu manfaat apa yang boleh dapat dari barangan tersebut.
Manakala Ieza Yusof, Mentor Kewangan pula:
“Sebenarnya, keperluan kehendak hanyalah 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah keperluan asas. Mak-mak kena buat kiraan bajet dan bukan fokus pada keperluan persekolahan tetapi bayaran yuran sepanjang persekolahan nanti.
Walau bagaimanapun keperluana persekolahan ini berbeza bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Paling penting ukur baju di badan sendiri dan jangan mengajar anak untuk bermewah-mewahan.
Bagi mengikuti kupasan lanjut topik ini, saksikan siaran ulanangan di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam nanti bersama Siti Elizad dan Hana Ismail.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sayu kisah ibu ini. Anaknya, Nik Mohamad Muadz, 4 tahun meninggal dunia disebabkan Influenza B, yang pada mulanya ibunya menyangkakan anaknya cuma demam biasa. Apabila suhu naik tinggi, ibunya masukkan ubat punggung.
Selepas anak kecil ini meninggal dunia, barulah ibu ini, Farrah Meklehs tahu yang anaknya demam Influenza B dan pemberian ubat punggung memberi kesan lebih teruk pada demam anaknya.
Lebih menyayat hati, pemergian permata hati itu, membuatkan ibu alami depresi. Dan ketika ini, dirinya semakin pulih dan masih dalam rawatan untuk penyakit depresinya.
Hari ini 23/1/2020, sekiranya arwah masih ada, genaplah umurnya 4 tahun.
Arini aku cita sikit macam mana arwah pergi meninggalkan kami. Dia salah seorang mangsa influenza. Yang pasti kami suami isteri tak tahu dimana arwah dapat jangkitan (tapi kami ada ke airport hantar family pergi umrah).
Influenza ni cepat merebak dan kena cepat dapatkan rawatan. Jangan jadi macam aku, kerana sibuk oncall anak demam lambat dapatkan rawatan.
Pada 11/11/18, 3am – arwah dah start demam dan aku bagi supp VOREN. Alhamdulillahhh demam kebah.
Pada pukul 7 pm – pada hari sama arwah demam lagi, supp VOREN diberi lagi, tapi demam tak turun. Aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah.. (dalam masa sama dilema nak gi klinik untuk rawatan sebab aku oncall tak tahu nak pass kat sapa. Nilah keputusan paling bodoh sekali yang pernah aku buat)
Kol 10 pm – anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwah masih boleh senyum. Nak tak nak redah je ke klinik swasta…sampai sana, alhamdulillahhh. Takde patient, masuk jumpa dr, (yang ni part paling aku nak marah sampai nak saman dr nih) Dr cuma amek temp tanpa sentuh ank aku.
Cakap tanya demam bila, tak cek pernafasan ke apa, cek tekak pon tak, dia cakap demam biasa, sebab aku dah bagi supp VOREN. Dr tak bagi ubat dah. Katanya balik jelum je.
Balik dari klinik dengan tanpa ubat, aku tak sedap hati. Direct ke HTAA… otw ke hospital anak aku macam dah drowsiness dah. Pastu dia start sawan… aku dalam kereta rasa lama sangat perjalanan nak sampai ke hospital.
Sampai ke hospital terus masuk red zone. Arwah masih drowsy lagi, Dr bagi supp valium dengan supp paracetamol dan on oksigen high flow mask. Dalam masa sama kena mandi berjelum. Anak aku dah menggigil.
Team peads dah datang dan suh admit…otw nak naik anak sawan lagi, iv valium diberi lagi. Lebih kurang kol 1 am ada kat atas kena temu ramah dengan HO.
Anak aku tidur (kurang sikit risau, tapi sebenarnya mase tu la anak aku dah start nak brain death) aku tukar shif dengan papa dia jaga arwah… c abang tak leh naik, jadi aku decide untuk balik memandangkan abg penat nak tido ( mase tu aku terlalu mengantuk, tak tahu lah kenapa) lebih kurang kol 3am papa dia call guna telefon hospital. Kateanya anak kritikal, dah buat CPR. Aku menggigil, tinggalkan abangnya pada kakak Balqis.
Sampai di wad, anak aku ditolak ke picu.. wayar berselirat di seluruh tubuh arwah. Aku tanya suami aku, kenapa jadi makin teruk? Suami aku cakap Dr suh lap badan anak pastu anak berak banyak sangat… lepas tukar pampers arwah berhenti bernafas.
Suami angkat dia dan tepuk banyak kali, dan akhirnya bernafas dan muntah darah. Dr datang dan tolak arwah ke bilik rawatan…lepas check Dr keluar dari bilik rawatan. Dr beritahu tiada harapan dah sebab arwah internal bleeding dan dah brain death (aku dengar brain death terus rasa luruh jantung, dengan kata lain anak aku dah tak ada) tapi suami aku suruh Dr selamatkan jugak.
Jadi Dr buat CPR dan beri bantuan pernafasan ventilator… luluh hati aku, aku tahu, aku hanya melihat jasad ank aku. Aku tak mampu nak beritahu suami apa sebenarnya berlaku. Dia sangat rapat dengan arwah. Dalam masa sama, aku berdoa supaya diberikan keajaiban. Kebetulan semua family aku ada di Mekah, aku minta mereka doakan dan solat hajat untuk anak aku.
Hari berganti hari, tapi keadaan arwah masih sama… pada hari Khamis, 15/11/18 Dr putuskan untik menukar ventilator kepada bantuan pernafasan lain (aku dah lupa nama dia + aku takde kat situ sebab balik rumah untuk mandi) dapat panggilan dari suami beritahu arwah dah sangat kritikal sampai sana arwah hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am.. dia pergi dalam keadaan aku keseorangan, semua family tiada untuk uruskan arwah… mujurlah saudara terdekat ada dan sedia hulurkan bantuan.
Diagnosis arwah semasa meninggal meningoencephlitis… tapi tu bukan final diagnosis sebab masih ada beberapa test masih pending… beberapa hari selepas arwah pergi, result swab ETT sampai. tTernyata arwah pergi kerana influenza B. & baru aku tahu pemberian VOREN menyebabkan dia makin teruk (Maafkan mama, mama tak tahu baby kena influenza)
Dari dulu lagi arwah guna supp VOREN untuk turunkan suhu badan… alhamdulillahhh takde pape, tapi hari tersebut (mungkin sudah tertulis ajalnya) supp VOREN telah buat anak aku brain death dan pergi selama-lamanya.
Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab apa, untuk keselamatan, gunakan supp paracetamol sahaja (mengikut berat anak dan dos) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku… sekarang aku sedar, aku belum cukup ilmu, sekadar mendengar pendapat kawan-kawan dalam merawat anak. Kadang-kadang rasa sangat-sangat bersalah pada arwah. Lebih baik jumpa doktor sebelum memberi apa-apa ubatan pada anak.
Pada anak mama Nik Mohamad Mu’adz, maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik dan tidak menjadi mama yang baik. Mama rindu baby. Hero mama sentiasa berada di dalam hati mama.. jumpa nanti di syurga.
Dan aku, redha dengan pemergian anak tercinta, aku telah di diagnosed dengan depression (MDD), hanya masa mengubati nyawaku yang separuh hilang… alhamdulillah aku semakin pulih dari MDD walaupun masih dalam rawatan… bukan senang menerima hakikat, berat mata memandang, berat sangat bahu ini yang memikul.
Jagalah amanah Allah sebaik-baiknya, curi lah masa untuk bermain-main dengan mereka, jangan sampai 1 masa kita menyesal, dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu.
#NikMohamadMuadz #23/1/16-15/11/18
Hujung-hujung tahun ini terdapat sedikit sebanyak peningkatan kes yang melibatkan jangkitan influenza.
Sehingga mana terdapat hospital dan klinik swasta yang kehabisan ubat anti-viral untuk melawan jangkitan kuman influenza iaitu Tamiflu(Oseltamivir).
Tetapi yang paling dirisaukan adalah penggunaan ubat masuk punggung Supp Diclofenac yang digunakan pada kanak-kanak.
Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami masalah Acute Necrotizing Encephalopathy.
Dalam penyakit ini, sebahagian sel dalam otak akan mati menyebabkan otak tidak dapat menjalankan fungsinya.
Selalunya pesakit akan mempunyai simptom 🔴Perubahan dalam tingkah laku 🔴Kelihatan letih 🔴Tidak sedarkan diri 🔴Sawan
Kebanyakan daripada pesakit ini juga akan mengalami kematian otak dan tidak mudah untuk diselamatkan.
⭕️Kesimpulan⭕️
Jika anak anda mengalami demam, batuk dan selesema, gunakan ubat yang mempunyai paracetamol sahaja termasuk ubat punggung.
Elakkan pengambilan ubat diclofenac termasuk ubat suppository diclofenac untuk mengelakkan masalah acute necrotising encephalopathy.
sumber: TheDiagnosa
❌Demam baru sehari ❌Tidak diketahui demam tersebut berpunca daripada apa ❌Berumur kurang setahun ❌Kawasan rumah mempunyai kes denggi
Ubat ini dikenali dengan suppository diclofenac iaitu ubat yang dimasukkan ke dalam dubur sama seperti Supp Paracetamol untuk merawat demam. Selalunya supp diclofenac ini digunakan sebagai ubat tahan sakit tetapi ia juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu ketika demam.
Dalam gambar ini ianya adalah brand voren. Tetapi apa-apa brand lain yang mengandungi diclofenac juga adalah ubat yang sama.
Ibubapa selalunya lebih suka menggunakan ubat jenis ini kerana ia dapat mengurangkan suhu badan pesakit dengan lebih berkesan berbanding PCM.
Cuma masalahnya apabila mereka yang mengalami demam denggi mengambil ubat ini, pesakit akan mempunyai 2 risiko iaitu: 🔴Kerosakan hati 🔴Demam denggi berdarah
Kajian telah dibuat dan mendapati mereka yang mengambil ubat jenis diclofenac iaitu ubat tahan sakit jenis NSAIDs ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi kerosakan hati dan demam denggi berdarah. Bahkan kadar kematian juga semakin meningkat ketika mengambil ubat jenis ini.
💢Bila boleh tahu seseorang itu tidak menghadapi demam denggi ataupun tidak?
Selalunya adalah pada hari yang ke-3 setelah anak anda mengambil darah dan keputusan darah itu menunjukkan anak anda bukan menghadapi demam denggi.
Jika doktor kata boleh ambil ubat ini lepas daripada ujian darah itu, silakan. Tetapi jika doktor masih suspek denggi juga, lebih baik jangan ambil.
Selagi mana anda tidak mengetahui punca kepada demam tersebut dan doktor tidak memberi kebenaran untuk menggunakannya, dilarang untuk memberi ubat ini kepada anak anda. Sebab mudharat yang mungkin akan berlaku adalah lebih teruk berbanding faedah yang anak anda akan dapat.
Ubat ini boleh digunakan jika: ✅Telah diketahui punca kepada demam tersebut(darah telah diambil dan menunjukkan ia bukan disebabkan demam denggi) ✅Sebagai ubat tahan sakit ✅Tiada alahan kepada ubat ini.
Mohon follow channel telegram kami di t.me/ediagnosa untuk mendapat info kesihatan
Patutlah arwah dapat internal bleeding 😢😢
sumber : TheDiagnosa
MW : Al Fatihah buat Allahyarham Nik Mohamad Muadz, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.