Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.
Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga
Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera
Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah.
Ads
“PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Ads
Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Ads
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.
Penyampai radio Era, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan melelong sebahagian daripada koleksi kasut peribadinya esok, jam 9 malam menerusi platform Live akaun instagram peribadinya. Jelas Radin lagi ketika dihubungi MW sebentar tadi, wang terkumpul daripada jualan kasut itu nanti 100 peratus akan disalurkan untuk dana membantu frontliners.
Lelongan Amal – “Kita bukan kaya, tapi kita pernah merasa tiada”
Assalamualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada.
Tambah Radin lagi menerusi satu klip video ringkas di instagramnya siang tadi, “Kasut saya saiz UK8, dalam sesi lelongan esok Live di instagram saya, beberapa soalan fakta akan diberikan. Setiap jawapan yang betul hadiahnya bernilai RM10, RM20, RM 30, RM50 ataupun RM100. Pemenang bertuah akan saya ‘dm’ secara peribadi.
“Pemenang juga boleh memilih sama ada untuk wang itu dikreditkan ke akaun milik mereka ataupun jika pemenang itu bermurah hati, wang kemenangan itu boleh juga didermakan untuk misi amal ini,”terang Radin dan mengharap usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu membeli keperluan seperti face mask dan hand sanitiser untuk kegunaan frontliners.
MW memuji usaha murni Radin ini, tak kiralah kecil atau besar sumbangannya nanti…apa yang penting kesedaran beliau menyumbang sesuatu untuk membantu pihak yang memerlukan wajar dicontohi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas lapan tenaga kerja produksi termasuk pelakon drama Demi disahkan positif Covid-19, pelakon Ashraf Muslim akui yang dirinya juga positif Covid-19. Penghujung bulan lalu, Ashraf turut terlibat menjalani pengambaran drama bersiri itu di Inverness, Scotland.
Beliau turut memaklumkan dirinya disahkan positif pada 12 April lalu.
“Tanggal 12 April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan sampel Covid-19. Ya, saya dijangkiti virus Covid-19.”
“Sewaktu itu, walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.”
Debaran hati tak dapat ditahan-tahan bila mana, dia mula dibawa ke dalam ambulans untuk ke hospital. Bagaimanapun, Ashraf tidak memaklumkan lokasi hospital berkenaan.
“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu.”
Ashraf juga meminta maaf kepada ahli keluarganya dan sahabat handai dan memohon agar mendoakan dirinya dan pesakit-pesakit Covid-19 yang sedang diuji ketika ini.
“Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua. Semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.”
“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini. Iyalah.. harap faham dengan situasi saya sekarang ini.”
“Tak lupa juga pada frontliners, doktor-doktor, MA, nurse-nurse dan mereka yang terlibat. Terima kasih u all are our hero.”
Sepanjang terpisah dari keluarga, Ashraf menitipkan rasa rindunya untuk kedua isteri dan anak-anaknya.
“And to mama, ibu, Sarah, Adam, Anad dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari Covid ni cepat ya. Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.”
“Ayah rindu sangat.. tapi jangan risau ya, ayah ok kat sini. Sihat dan boleh solat dan baca Quran macam biasa. Sama-sama kita berprasangka baik pada Allah. Hanya DIA yang berikan penyakit dan dari DIA jua yang memberi kita kesembuhan.. Allahualam.”
Kru produksi drama Demi ini berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, iaitu sebelum kes penularan Covid-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergarakan (KPK belum dikuat kuasa.
Pada 31 Mac lalu, 18 orang tenaga kerjanya termasuk pengarah, pelakon dan kru tiba di Kuala Lumpur. Antara kru drama yang disahkan positif termasuk pengarahnya, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa.
Terjawab akhirnya, tanda tanya status terkini penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26. Ketika bersoal jawab dengan para peminatnya, Bella Astillah mengakui dirinya sudah pun rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz waktu dalam eddah lagi.
Bella yang semakin berseri-seri itu juga memaklumkan dirinya sedang hamil. Bermakna Ayden Adrean bakal mendapat adik.
“Alhamdulillah masa dalam eddah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.” Jelasnya apabila peminat bertanya sama ada dirinya sudah kembali bersama bekas suaminya itu.
Bella juga mengiyakan ketika ditanya tentang perubahan di wajahnya, adakah disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Dan memohon agar para followernya mendoakan kebahagiaan rumah tangganya kelak.
Sebelum ini, Bella dan Aliff telah melalui kemelut rumah tangga akibat perbuatan curang Aliff dengan beberapa orang wanita. Sehingga membawa keretakan dalam rumah tangga pada Mei lalu.
Dan Februari lalu, Bella berkongsi kesediaannya untuk menerima semula bekas suaminya itu demi anak sulung mereka, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Keduanya mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Akuinya lagi, peristiwa lalu adalah kenangan pahit. Tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Kisah rumah tangganya yang pernah viral suatu ketika dahulu adalah sebagai pengajaran untuk suami dan orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya.
“Saya post tu untuk bagi pengajaran pada suami dan perempuan yang mengganggu suami orang. Bukan minta simpati. Tak perlu bakc up saya. Saya doakan orang tak lalui apa yang saya lalui.” Jelasnya ketika ditanya peminat sama ada dirinya tidak serik dengan ujian kecurangan rumah tangga.
Ramai kutuk bila nampak anak muda kahwin dengan orang dah berusia. Tak perlulah begitu, itu rezeki dia dan macam kita tahu yang urusan jodoh itu ketentuan Ilahi.