“Harap Cepat Cari Pakcik Tua Itu, MOHON MAAF. Risau Bro MENYESAL SAMPAI TUA”

Share

Sememangnya ramai warganet meluahkan rasa ketidakpuasan hati susulan tindakan seorang influencer dan usahawan yang dikatakan tidak beradab dengan seorang pakcik tua.

Sebelum itu tular sebuah rakaman video pendek yang memaparkan pemuda difahamkan pengasas produk kecantikan ‘meninggikan’ suara terhadap seorang pakcik tua.

Seperti mana yang difahami, insiden tersebut berlaku di pusat transit gelandangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Bukan saja warganet malah selebriti popular Mila Jirin juga terpanggil berkongsi teguran terhadap influencer terbabit menerusi entri di Instagram miliknya.

“Bro Kenal Pakcik Tua Tu?”

“Kejayaan bukan diukur dengan TINGGI NYA ILMU, HEBAT & KAYA RAYA. Bro baju hitam (bro baju hitam).

“Alhamdulillah, Allah bagi bro pinjaman nikmat kepandaian, kekayaan dan menjadi penolong orang untuk berjaya.

“Tapi bro, dalam dunia yang hanya 1 Jam 30 Minit waktu Akhirat, KEJAYAAN HAKIKI MANUSIA (Hamba Allah) bila dapat pengakhiran terbaik, dapat masuk Syurga Allah.

“Niat bro bagus “TODAY GOD SEND ME TO HELP YOU” tapi bro, dengan MEMPERLEKEHKAN ORANG TUA ITU. Ianya sangat tidak beretika. Secara PUBLIC ataupun secara berdua pun tetap tak ada adab bro.

“Bro kenal pakcik tua tu??? Tak semua orang yang MISKIN itu MALAS / TAK BERUSAHA / TAK PANDAI.

“Ada Yang Hadir Dalam Keluarga Susah”

“Duduk lepak dengan orang-orang bergitu, sembang sejarah hidup mereka bro. Ada yang hadir dalam keluarga susah, berkorban tak pergi sekolah… Ada yang dahulukan adik adik… Ada yang dibuang anak anak …. Tanya dulu bro, apa sejarah hidup mereka.

“Didunia ni bro, Allah uji orang orang yang BIJAK PANDAI KAYA RAYA macam bro…Allah uji hadirkan orang orang yang tidak berapa bijak dan orang orang susah.. Allah uji untuk LIHAT kita sayang ILMU DAN HARTA atau kita akan SEBARKAN KASIH SAYANG dengan membantu semampunya apa yang termampu?

“Orang Bijak Kaya Raya Dapat Tumpang Kutip Pahala Bantu Agihkan Rezeki Pada Mereka Yang Memerlukan”

“Bro, Orang orang BIJAK PANDAI DAN KAYA RAYA kena banyak banyak berterima kasih kepada mereka yang tidak pandai dan asnaf / gelandangan ini sebab kan mereka, orang orang bijak kaya raya DAPAT TUMPANG KUTIP PAHALA bila berkasih sayang dalam membantu sebarkan ilmu dan bantu agihkan rezeki pinjaman Allah buat mereka yang memerlukan.

“Bro, saya harap bro cepat cepat cari pakcik tua itu, MOHON MAAF..Sebab saya risau bro akan MENYESAL SAMPAI TUA andai pakcik tu pergi tanpa sempat bro mohon Ampun,” luah Mila Jirin.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Mila Jirin

Baca Disini Juga:

Pakcik PEGANG Plastik Hitam Tahan Kenderaan Lalu-Lalang Semata-Mata Untuk SEDEKAH DURIAN

Dua Bulan Pakcik Tidur Dalam Kereta, Raya Haji Ini Direzekikan Rumah

Hadiah Basikal Elektrik, Tunai Hajat ‘Pakcik’ Mudah Berulang Ke Masjid

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

 

Cookies Viral Legend

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

IKLAN